Suara Anak Pahang - Perlu Baca

12 May, 2010

UMNO KIRI DAN UMNO KANAN

Gambar DS Adnan yang 'burpp' dari Pahang Daily.


KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anggota Umno perlu menjadikan perjuangan untuk rakyat sebagai jati diri bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin yang dekat di hati masyarakat, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin Umno perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun
padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja.

"Untuk kita sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman... bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi.

"Tetapi masa inilah kita mesti tunjukkan kita pemimpin yang sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat sepanjang masa. Inilah Umno yang mesti dijadikan jati diri kepada kita semua," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Selasa.



Demikian hasrat PM Satu Malaysia kita supaya semua ahli UMNO terurtama pemimpin menghayati perjuangan untuk membela rakyat. Tapi apakah pemimpin-pemimpin lainnya mempunyai hasrat yang sama? Apalah pemimpin UMNO lainnya berkongsi aspirasinya dengan PM?

Zahid Hamidi, seorang menteri yang sentiasa kelihat menentang arus yang mungkin ada agenda tersendiri berucap kepada kira-kira 6000 pemimpin-pemimpin cawangan dengan meminta supaya kerajaan memberikan imbuhan bagi menyenangkan kehidupan mereka dari segi ekonomi. Zahid seolah-olah mengajar ahli UMNO supaya perjuangan parti dikemudiankan dan perjuangan diri diutamakan.



Begitulah pandangan tentang UMNO. Satu, berjuang dengan ihklas untuk parti tanpa memikirkan imbuhan seperti pada zaman dulu dan inilah apa yang PM kita inginkan, dan dua, berjuang atas nama parti tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.

Memang ucapan Zahid itu menyakitkan hati tetapi itu adalah realiti apa yang berlaku sekarang ini. Bahkan apakah menteri-menteri kita benar-benar berjuang untuk parti? Pemimpin di peringkat bahagian kita benar-benar berjuang untuk parti?

Mungkin PM kita sedang menipu diri dan cuba menutupi segala keburukan yang sedang terjadi dalam UMNO sekarang. Mohon maaf kalau saya katakan bahawa saya juga sudah hilang percaya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang perjuangannya kebih mengutamakan diri sendiri dan kroni mereka. Semangat perjuangan untuk rakyat seperti mana zaman selepas merdeka sudah tidak ada lagi.

Kehidupan kita dipenuhi rasuah dimana-mana dan rasuah sudah menjadi budaya serta berakar-umbi dalam kehidupan bahkan dalam perjuangan atas nama parti.

Di Pahang, penerokaan haram dan berleluasa tanah di cameron highland umpamanya, sudah sampai diperingkat yang mendatangkan mudarat. Pentadbir peringkat daerah tidak nampak? MB besar memang sudah tidak nampak kerana matanya sudah 'berpinar'. Dalam keadaan kawasan balak tidak lagi diluluskan, lori balak yang di negeri Pahang tidak pernah bergerak kosong. Dari mana datangnya balak-balak ini? Pemimpin UMNO berjuang untuk diri sendiri dan 'burpp' bersama-sama kroni.

Jangan sangka UMNO semakin mantap kerana UMNO sudah semakin tua. UMNO mengidap panyakit yang sudah terlalu kronik. Walaupun umno stabil tetapi kritikal, bak kata MB Pahang..'stabil tetapi kritikal'.

7 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam
perrgghh...pedas bro!
ubat selalu nya pahit..

bRAVEhEART said...

Salam PM,
yg pedas tu parpukari, bh ni hanya layan gatal mulut je, hehe

Pendekar Melayu said...

Zaid Hamidi ni dengarnya ramai juga yang tak berkenan. Perangai lebih kurang sama dengan Zaid mabuk.

Dulu pernah dengar kes yang Zaid Hamidi ni pukul orang. Disebabkan dia ni menteri, orang tak boleh ambil tindakan. Polispun buat tak tahu je bila report. Ini hanya cerita orang, akupun tak tahu benar atau tidak. tapi bila kena bab menteri, tak ada yang mustahil kan.

eloklah Zaid hamidi ni ditolak keluar. Begitu juga dengan beberapa menteri lain yang acuh tak acuh dengan perkembangan semasa. semuanya hanya membawa bala kepada umno kemudian hari.

sri tribuana said...

Bravo!

sembang kedai kopi said...

Salam.Memang pemimpin UMNO dah berubah.Mereka dah makin bangsat dah tidak lagi memperdulikan teguran rakyat

cucu mamak kutty ori punya bukan jadi2an punya tau said...

semua tu betul....kah kah kah tak lama lagi lingkup le umno tu

bRAVEhEART said...

Pendekar Melayu, dengar khabar dari angin yg membawa khabar Zahid Hamidi mmg begitu. Kalau tak tk kan dia bongkar kes enjin jet yg hilang tu, mcm nk tikam PM dari belakang je. Mmg patut ditolak keluar besama KJ.
CMK - ko masuk takat nk membakar bontot aku je, nk membakar jiwa aku je, maaflah, aku ni klas hardcore tk akan tergoda dgn ayat2 ko tu, hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...