Suara Anak Pahang - Perlu Baca

11 May, 2010

UMB STABIL DAN KRITIKAL, MB PAHANG KRITIKAL DAN TAK STABIL (?)

Dari hampir 300 peserta dalam pertemuan aktivis media baru Pahang, berapa orangkah yang masih gagah memegang senjata (jika mereka sebagai pejuang) ? Sri Tri Buana, Warisan Pahang, Aku Yang Gambi dan satu atau dua lagi.


BH mengungkit masalah kelemahan aktivis media sosial Pahang ini berkali-kali sebelum ini. Penyokong pembangkang mentertawakan BH kerana menganggap bahawa BH bersuara kerana kecewa tidak mendapat perhatian dari pihak kerajaan negeri. Sementara di pihak kerajaan sendiri menganggap BH hanya akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada pihak lawan untuk menentang balas kerajaan. Hendak didiamkan begitu saja, kerosakan semakin teruk, luka semakin parah bahkan jika dianggapkan ianya seperti bisul, maka semakin membesar dan akan menjadi tokak. Demikianlah jika tanpa ada usaha untuk memulihkannya.


Semalam BH masih lagi bercakap mengenai media sosial ini dan kelemahan kita dalam membantu memperjuangkan dan mempertahankanya kestabilan politik negeri dan negara. Akhirnya kita dihina oleh pihak pembangkang sepertimana disiarkan dalam PahangDaily Online;

[Kami cuba menjengok ke Blog ADUN Kerdau untuk melihat perkembangan terkini aktiviti politik beliau, namun ternyata hampa apabila paparan terakhir yang dikeluarkan bertarikh 29 Jun 2009(hampir setahun yang lalu). Ini membuktikan kepada rakyat Pahang bahawa ternyata UMNO Barisan Nasional di Pahang cukup lemah dalam"perang siber", malah mereka langsung tidak peka dengan pengaruh blog dan internet yang telah banyak mengkucar-kacirkan BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Biarpun keadaaan YB terbabit dikatakan semakin stabil, namun ramai juga dikalangan pemerhati politik di Pahang yang kini mencongak untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil negeri pada bila-bila masa dari sekarang. Sebelum ini, sudah berlaku dua pilihanraya kecil negeri iaitu bagi DUN Sanggang dan juga DUN Ketari di negeri ini. Andainya berlaku pilihanraya kecil di Kerdau, makanya sudah pasti satu lagi pertembungan hebat akan berlaku dan menyaksikan apakah kekuatan BN di Pahang masih utuh atau tergugat. Apapun, kita mendoakan semoga ADUN terbabit cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat seperti biasa kepada seluruh rakyat di kawasanya].

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/05/panas-spekulasi-ahli-dewan-undangan.html


Saya tidak tau jika Ketua Unit Media Baru Pahang tidak ada perasaan malu bila dimalukan begini, atau mungkin sudah benar-benar 'hilang kemaluan' sejak lama dulu lagi. Susahkah untuk memanggil semula pengamal-pengamal media baru Pahang untuk mengadakan sedikit perbincangan bagi menganjakkan dan menyatukan semula semua tenaga yang ada untuk memperkuatkan membantu kerajaan?


Mungkin mereka takut untuk berhadapan dengan blogger-blogger ini, bimbang mereka akan dihentam oleh para blogger tetapi apakah masalah akan selesai dengan mendiamkan diri begitu saja? Sebesar manakah marahnya golongan blogger ini terhadap kerajaan? Tidakkah mereka ini menegur kerana ingin memperbaiki dan kerana sayangkkan kerajaan juga? Atau mungkinkan dalam jiwa Ketua UMB Pahang juga sudah hilang perasaan dan sensitiviti terhadap segalanya. Mungkin mereka ini perlu menggunakan ' sensation oil' (?) untuk memulihkan sedikit sensitiviti mereka itu - gamak sayalah!


Semalam di TV, MB ditanya pemberita tentang keadaan YB ADUN Kerdau, jawapan beliau; ....."keadaanya adalah stabil tetapi kritikal.....kritikal tetapi masih stabil...dan telah dipindahkan ke IJN" Kalau ada yang bertanya mengenai kedudukan DS MB Pahang, mungkin kita akan mendengar jawapan begini; .." kritikal dan tak stabil.............."

Baca juga blog 'Suara Prihatin UMNO Jerantut' yang semakin mantap. Semalam 'PahangDaily Online' memetik sumber dari SPU untuk bacaan umum. Pembangkang lebih kenal antara intan dan kaca, hanya 'Johari' yang mengenal 'Maniam'.

Tiba-tiba saya tersedar bahawa saya telah di 'removed' dari 'friend' di facebook ketua UMB Pahang, hik hik hik, begitu sekali ye? Maka kumpulan kecil itu akan jadi semakin mengecil. Hahaha, rupanya begitu cara 'kita' befikir dan bertindak! Akhirnya suara "Cakap Kecil' jadi langsung tak bersuara. Dato' blogger Pahang sudah kurang pritahin pada masalah negeri Pahang sebab dia khabarnya sudah 'brupp', menulispun sekadar menyokong KJ mengintai dan mengharap peluang naik junjung.

7 comments:

Tinta Emas said...

umno pahang tak perlukan kita blogger ni. biarkan ler..nanti bila dah kalah, baru sibuk sibuk nak minta tolong dengan blogger.

Pendekar Melayu said...

saya tergelak semalam bila melihat jawapan yang diberikan oleh Toknan. Macam jawapan kartun. Dengan air muka yang tak serius, seolah olah beliau sendiri tak yakin dengan jawapan yang diberikan.

umb pahang memang tak wujud.kalau tak, dah lama mereka ini aktif.abaikan saja mereka ini semua.semuanya sampah masyarakat.

Anonymous said...

Sedih nyer, nape jd bgitu yek?

YANG GAMBI said...

Salam bro, susah juga ye nak komen artikel tuan.... yang jelas keikhlsan menulis serta memperjuangkan kebenaran itu amat sukar dibuat....

Muadah-mudahan YB ADUN Kerdau segera sembuh dan dapat menjalankan khidmat kepada masyarakat dalam kawasannya..dan jangan lupa update blog...

bRAVEhEART said...

Salam semua,
saya bercakap bukan untuk diri sendiri, saya bercakap bagi pihak semua blogger dan pentingnya tenaga yang ada ini disatukan dan disepadukan, maka tentulah musuh dengan mudah akan dapat dikalahkan, tetapi orang politik ini fikiran mereka berbelit2, mereka bukan ikhlas melihat UMNO kukuh kerana bila umno lemah baru tenaga mereka dirasakan perlu oleh pucuk pimpinan. Saya dah masak dengan kerenah pemimpin UMNO kita, mereka semua sama saja, cuma nama dan bin saja lain2. Terima kasih juga sdr Yang Gambi, kita akan tetap spt dulu juga, apa yang saya perjuangkan bagi pihak kawan2 kita tidak akan menjadi kenyataan, saya saja yang bermimpi dan memberi mimpi indah utk kawan2 blogger kita, maaflah.

bRAVEhEART said...

Ton Nan jwb mcm org bodoh, tu pasal saya jawab lebih bodoh dari dia supaya nampak dia lebih cerdik sebagai MB Pahang, hehe.

sri tribuana said...

Salam Bro,
dalam pejuangan tidak boleh pilih bulu. Mana yg aktif dan mengangkat senjata perlu digembeling. Tidak kira sependapat dgn ketua UMB atau tidak, gunakan mereka. Ini bukan UMNO peribadi, ini UMNO semua org. Jgn ada yg dipinggir2kan.
Bravehaert, keep it up

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...