Suara Anak Pahang - Perlu Baca

13 May, 2010

'uRang dRrulug' - SUARA DARI PEDALAMAN, SUARA SEBENAR AKAR UMBI

Ini bukan tokoh politik, bukan MB, bukan Setpol, bukan Ketua UMB, bukan Ketua UMNO Bahagian, dia hanya orang kampong yang.......



Blog-blog kecil @ kampongan cambah bagai cendawan selepas hujan dimana-mana. Demikian juga di Pahang. Menulis bukan saja mengenai politik bahkan lain-lain juga. Cuma kita tidak menemui blog-blog berkenaan kerana blog-blog itu tidak diketengahkan dengan baik. Bagaikan produk yang kurang promosi. Namun di Jerantut ada kelainan sedikit kerana blog Suara Prihatin UMNO Jerantut mencungkil dan mengetengahkan blog-blog berkenaan dengan memberikan link untuk mudah dicapai oleh pembaca. Justru, SPU merupakan pemangkin terhadap perkembangan blog-blog khususnya politik di Jerantut.

Apabila blog-blog kecil ini bersuara, yang kita dengar itu adalah suara akar umbi, suara sebenar rakyat yang sangat5 jarang kita dengari selama ini kerana kita sentiasa tidak punya peluang. Kerana itu saya lebih suka memberikan perhatian kepada mereka berbanding yang lain-lain yang suaranya seakan sama antara satu sama lain.

Tulisan ini saya CnP dari Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut dan tulisan asalnya dari blog 'uRag dRrulug'. Bacalah cerita yang segar terus dari mulut mereka yang mengetahui permasalahan sebenarnya dikawasan mereka:


Baca sebahagian dari posting di blog berkenaan atau klik disini.

Kumpulan DUN Damak @ 'Damak' yang diketuai 'Godfather', selama ini tidak pernah memberikan perhatian kepada KW nampaknya sejak kebelakangan ini sudah selalu menjeling-jeling, bermain-mata dan bertegur-sapa. 'Penghulu Abai' yang tidak pernah ke pejabat KW dulu, sekarang ini sudah rajin melawat dan macam nak berumah-tangga disitu. 'Godfather' nampaknya sedang menggerakkan jenteranya. 'Batin Garuk' juga nampaknya sudah sedia menggalas sumpit untuk berjuang. 'Panglima Hitam' juga turut membantu, dia ni orang kuat dalam belia 4B dulu. Sekarang ni dah tak ada apa-apa jawatan selain dari melukut ditepi gantang.

Buat masa ini sasarannya adalah kepada mereka yang cubamemancas KW. 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' harus sudah membaca gerak itu dan sepatutnya sudah bersedia bertindak balas. Sarang tebuan kenapa dijolok? 'Wanita kedua' juga selalu terlibat dalam operasi memancas KW oleh 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' ini pun patut bersedia untuk menerima balasan, atau cepat-cepatlah berpaling kebelakang dan mohon ampun dari KW sebelum dipergunakan lebih banyak lagi pihak musuh. Saya rasa masih ada waktu untuk berpaling bagi 'Wanita kedua' ini.

Kepada pemimpin yang pekak dan bisu: Wahai pemimpin-pemimpin semua, rakyat telah bersuara dengan suara mereka sendiri, dengarlah kerana jika suara mereka tidak didengari dan teguran mereka tidak diendahkan maka mereka akan MARAH. Mereka mampu lakukan sesuatu yang pemimpin semua tidak mampu menduganya selama ini. Mereka mampu mengubah segalanya seperti yang mereka mahukan bila rasa hormat kepada pemimpin sudah hilang.




3 comments:

Anonymous said...

Sdra BH,

Ada lagi sekarang ini, rumah berdinding buloh, masih lagi keadaan tahun 60 an saja. Yang ada dinding seperti itu adalah hiasan di Restoran . Kalau masih ada seperti itu, maka pemimpin atau wakil rakyat tempat itu kena ambil perhatian dan tindakan segera kerana bahaya terbakar lebih lagi di musim panas ini. Nanti Wakil Rakyat terbakar sekali akibat rakyat tak ndak beri undi lagi, heheeeee.......Panas hati wakil rakyat tidak jadi hal tapi panas hati rakyat jadi hal. Apa macam uRag dRulug?,

Tk

bRAVEhEART said...

Terbakar kampong nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tau? - hehe, karam sing wallia lebih peka dn prihatin dari pemimpin kita nampaknya

.@blogger.com said...

kita bakar, jgn tk bakar...hati rakyat dh lama terbakar..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...