Suara Anak Pahang - Perlu Baca

28 May, 2010

POLITIK DAN EKONOMI KITA YANG SURAM DAN KELAM

Dato' Seri, KJ jangan dilantik sebagai menteri, Nazri dan Zahid tu bolehlah disarakan, MB Pahang patutlah yang baru, pembangunan perlulah utamakan orang-orang Melayu........



PRU13 banyak pihak yang percaya akan diadakan pada tahun 2011. DS Najib terpaksa tidak dapat menunggu lebih lama lagi. Antara alasan yang menghambatnya adalah ekonomi dunia yang akan menjunam tidak lama lagi serta membuat clearence, membersihkan menteri-menteri kabinet yang bukannya kehendak beliau dan menggantikan dengan yang beliau kehendaki.

Hasrat untuk menganjak PRU kepenghujungnya tidak akan dapat dilakukan kerana dijangkakan lebih banyak masalah akan terpaksa di hadapi dan ditepis terutama kebimbangan terhadap tekanan ekonomi. Ada sumber yang menyatakan bahawa jika kerajaan terus berbelanja dengan memberikan subsidi kepada rakyat maka negara akan jatuh muflis menjelang tahun 2012.

Ini memberikan andaian bahawa PRU tetap akan diadakan pada 2011 dan berbagai dasar baru akan diperkenalkan yang kebanyakkannya tentunya tidak akan memihak kepada rakyat dengan alasan menjaga ekonomi negara.

Siapa saya untuk membincangkan mengenai ekonomi negara tetapi pada pandangan mata kasar saya adalah kita berbelanja dengan boros selama ini. Dengan memenuhi janji dalam beberapa siri PRK yang memperlihatkan perbelanjaan diluarjangka yang membantu membebankan negara.

Selain itu, masalah rasuah masih menjadi bebas utama yang selalu kita pinggirkan. Cuba bayangkan jika kos sebenar sesuatu projek bernilai RM20 juta, namun untuk memenuhi kehendak pihak tertentu maka kos nya akan meningkat kepada RM30 atau RM40 juta umpamanya, apakah itu tidak membebankan negara? Keadaan dan perbuatan ini berlaku dimana-mana walaupun kadarnya berbeza. Cuba kita bayangkan jika kadar sesuatu projek terpaksa dinaikkan 10% atau 20% dari kos asal semata-mata kerana urusan 'mudah cara' (nama yang manis untuk perbuatan rasuah ini)

Jika PRU diadakan selepas 2012, ketika ekonomi menjunam ramai percaya BN akan tersembam dan DS Najib akan menjadi PM yang menjawat jawatan paling singkat. Jika pelbagai subsidi diteruskan, kerajaan akan menjadi muflis menjelang akhir tahun 2012 (menurut sumber). Jika rasuah masih berleluasa seperti ketika ini, negara juga akan jadi muflis dan rakyat golongan miskin akan tetap tertekan.

Kepercayaan rakyat harus dikembalikan segara. Pemimpin-pemimpin semua harus menunjukkan contoh yang baik serta bersihkan diri dari sebarang skandal terutama melibatkan rasuah. Imej PM harus dibersihkan dari bayangan mereka yang ada dibelakangnya. Perbelanjaan negara harus menunjukkan kepada perkara-perkara yang benar-benar berfaedah kepada rakyat. Sebarang pemborosan dan kemewahan pemimpin-pemimpin harus dielakkan atau disembunyikan.

Rakyat yang marah dan kecewa akan membuat keputusan yang tidak dijangka oleh kerajaan dalam PRU13 nanti. Seperkara yang harus diingat adalah PRK Hulu Selangor terutamanya bukanlah indikator kepada sokongan rakyat terhadap BN. Ahli-ahli PKR yang keluar parti serta mereka yang tidak lagi menyokong PKR tidak bererti bahawa mereka akan menyertai dan menyokong UMNO/BN. Pengundi Cina masih jelas tidak menyokong kerajaan walau apapun hajat mereka yang kerajaan penuhi, dan pengundi Melayu pula akan merasa kecil hati kerana dipinggirkan.



2 comments:

WZWH said...

Salam braveheart,
M'sia boleh jimat RM103 bilion dlm masa 5 tahun ke depan jika potong subsidi skg. Hutang M'sia berjumlah RM362 bilion. Mesti kurangkan subsidi yg berjumlah RM74 bilion tahun lepas supaya tidak bankrap pd 2019 macam Greek!
Jika pada kadar 12.5% setahun belanja subsidi, M'sia menuju bankrup pd 2019! M'sia boleh diselamatkan jika income per capita meningkat dan kerajaan potong subsidi petrol,diesel,gas,elektrik,gula,tepung, tol,. M'sia negara paling banyak bagi subsidi di dunia. Tentu tindakan ini tidak popular dikalangan pengundi PRU 13. Mana rakyat mahu kurang subsidi atau negara bangkrap?

bRAVEhEART said...

Persoalannya adaah; negara bolej jadi bankrup dengan rakyat miskin tetap miskin namun orang-orang tertentu masih dapat nikmati hidup dengan senang lenang. Setiap perbelanjaan tambahan terhadap kos pembinaan dan sebagainya (rasuah) rakyat yang akan menanggung bebanan. Jurang perbezaan akan semakin melebar, yang miskin akan menjadi semakin miskin dan yang kaya termasuk dengan cara memberi dan menerima rasuah akan hidup senang lenang.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...