Suara Anak Pahang - Perlu Baca

31 May, 2010

HANGAT: BLOGGER PRO MAHATHIR SUDAH NAIK MARAH

Sila lawati blog aggregator Gabungan Suara Anak Pahang (klik sini)

Terbalikkan Khaled Nordin, sebelum beliau terbalikkan UMNO/BN



Beberapa laman blog yang pro kepada negarawan Tun Dr. Mahathir sudah naik angin dengan tindakan UM dijadikan lokasi mengaibkan Tun.

Baca blog Taiping Mali, House PK, Penang Wasabi, Pejuang Bangsa dan beberapa laman blog lagi yang menyuarakan perkara serupa.

Soalnya kenapakah ini boleh berlaku? Tidakkah ada pemantauan pihak tertentu atau garis panduan khusus supaya tokoh negarawan kita tidak sesuka hati dihina? Atau mungkin sudah ada konspirasi yang terancang yang memang berniat jahat?

Seseorang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Khaled Nordin harus bertanggungjawab sepenuhnya. Beliau harus meletakkan jawatan atau dgugurkan. Marah melayu semakin membara. Kebelakangan blogger pro kerajaan juga sudah mula protes kepimpinan. DSN dan pihak kerajaan, SILALAH AMBIL PERHATIAN kerana PRU semakin hampir.

Apakah ini akan membenarkan teori RAHMAN, dan DSN akan mengakhiri penguasaan UMNO/BN sebagai PM terakhir?

2 comments:

Anonymous said...

Rasanya tidak akan ada tindakan apa-apa dari pihak kerajaan.Setiap apa yang dilakukan oleh puak pembangkang atau individu tertentu yang boleh mengganggu gugat negara dan kerajaan akan dipandang sepi oleh kerajaan.Tak tahu kenapa.Apakah kerana takut atau ada perasaan sayang individu tertentu dipihak kerajaan terhadap puak pembangkang.Atau mungkin ada puak pembangkang yang menjelma menjadi pihak kerajaan sementara menunggu waktu dan ketikanya menjatuh dan menguasai kerajaan dan akhirnya menggadaikan negara.-ASP-Z-

Student said...

Ini diambil dari blog Khaled Nordin - www.khalednordin.com


KENYATAAN AKHBAR
YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI
DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
ISU SYARAHAN BARRY WAIN,
PENULIS BUKU MALAYSIAN MAVERICK IN TURBULENT TIMES,
DI UNIVERSITI MALAYA (UM)

31 MEI 2010.


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpandangan bahawa universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan program-program dalam kampus atas budi bicara Naib Canselor.

Seseorang Naib Canselor sebenarnya boleh menilai kewajaran sesuatu program itu dianjurkan. Begitu juga dalam hal penganjuran program berbentuk syarahan di mana universiti tidak perlu merujuk kepada kementerian.

Berkaitan isu penganjuran program syarahan Barry Wain, penulis buku Malaysian Maverick in Turbulent Times, kementerian beranggapan bahawa universiti mempunyai kebijaksanaan dan pertimbangan yang wajar untuk membenarkan program tersebut diadakan di universiti.

Sekiranya benar syarahan tersebut dilaksanakan mempunyai motif dan tujuan tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin terutamanya seorang negarawan yang mempunyai banyak jasa kepada pembangunan negara, pihak kementerian melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar dan bertentangan dengan budaya, amalan dan norma akademik yang berasaskan keilmuan dan kebenaran.

Memandangkan aktiviti keilmuan termasuk syarahan dan forum ini akan sentiasa berlaku (dianjurkan) di universiti, pihak universiti hendaklah menyediakan garis panduan dan tatacara yang jelas supaya program-program berbentuk akademik yang hendak dianjurkan tidak lari daripada matlamat asalnya apatah lagi menjadikannya platform untuk agenda bagi individu-individu tertentu.

Hal ini penting supaya kebebasan akademik (academic freedom) yang dimiliki oleh universiti tidak disalah gunakan bagi mereka yang berkepentingan.

Dalam isu berkaitan juga, pihak kementerian telah mengarahkan pihak Universiti Malaya (UM) menyediakan laporan terperinci mengenai penganjuran syarahan berkenaan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...