Suara Anak Pahang - Perlu Baca

08 May, 2010

KALAU DS ADNAN MEMBACA BLOG...



Kalau DS Adnan membaca blog dan prihatin pada blog dan blogger, tentu dia akan tahu braveheart adalah blogger anak Pahang. Kalau DS membaca blog, mungkin dia akan 'ter' jumpa blog dibawah ini. Kalau DS Adnan membaca blog, mungkin dia terasa malu kerana blog ini (klik sini) Mungkin blogger Pahang hanya ada seorang saja, ianya persara politik yang pandai dan rajin menulis, yang mencari peluang untuk memanjat semula, bagai kadok mencari junjung.


Kalau TDM calonkan saya pun Dato’ Sri Adnan akan pancas juga (pada) 2008 kerana orang lain sudah berbaris tunggu giliran untuk jadi calon BN setiap kali Pilihanraya. Jika TDM letak saya calon Parlimen PRU 1999 itu, mungkin TDM tidak bersara lagi 2003 dan tentu BN tidak koyak teruk kerana Pak Lah tidak jadi PM. “Siapa kamu?” soal mereka. Mudah sahaja saya jawab, kadang kala sebiji batu kecil pengalas tiang tergolek, menyebabkan rumah jadi runtuh semua.


Bukankah saya exco pemuda UMNO Malaysia zaman sebelum politik wang dahulu yang menyinsing lengan bila Anwar hentam Dr. M. Kemudian TDM anugerah satu sijil kepada saya kerana keberanian itu. Barangkali pemuda lain tidak dapat ijazah itu. Sijil itu diberi apabila TDM sedar bahawa dia terlepas pandang hingga saya tidak bertanding 1999. Apa pun kita jangan sesal kerana sedar atau tidak kita bergerak dalam rangka ketetapan Tuhan. Saya insaf.

(Klik baca disini)

20 comments:

Anonymous said...

BH kenape nye awok posting gambar DS Adnan yang itu, macam orang ada 1001 masalah je?, macam ada sesal je ? atau berfikir dalam susah!. Jadi MB bukan sonang , banyek pokaro kone fikir, umpama masalah tikam belakang, permintaan yang bukan-bukan, duit negeri kurang dsb nye,. Ko tengok lah gambar silandak exco IT itu, senyum semacam menunggu peluang dan giliran , "bila lah aku dapat duduk ditempat Bang Denan?". Itu sebab last tulis 08 .. oh sekarang nak tengah 2010 ye?.

BH, Kalau ditakdir dan diberi peluang kelahiran kali kedua lebih baik kerana dah beliau mengalami macam-macam pengalaman pahit manis nye, sekarang ia sudah ada master pulok. Tengok aje posting nye buah fikiran sarjana. BH kita sokong lah itu pemblog MelayuRaya/suara majlis, dia adalah sireh mendekati junjung ,bukan kadok, kadok boleh melata atas tanah. Sireh ini di gemari semua golongan, tua muda, india meklayu serta siam. Apa macam BH?.

BH semua orang paheng dan jolantok tahu awak lah pencetus dan pembelog terawal, sekarang telah banyak. Itu lah Q BH. Hidup BH. Hidup Melayuraya!!!!!.


TQ, Merawan Siput Gunung.

Chairman Kaga said...

ukankah saya exco pemuda UMNO Malaysia zaman sebelum politik wang dahulu yang menyinsing lengan bila Anwar hentam Dr. M. Kemudian TDM anugerah satu sijil kepada saya kerana keberanian itu. Barangkali pemuda lain tidak dapat ijazah itu. Sijil itu diberi apabila TDM sedar bahawa dia terlepas pandang hingga saya tidak bertanding 1999. Apa pun kita jangan sesal kerana sedar atau tidak kita bergerak dalam rangka ketetapan Tuhan. Saya insaf.

KAH KAH KAH KAH KAH
DAPAT IJAZAH APA NI
ALANGKAH MALANGNYA KERANA MADEY MUDAH LUPA
BODOH BENAR PENCACAI NI
PI LANYAK ANWAR SEKADAR DAPAT IJAZAH (KEPUJIAN KOT)
TAPI ANAK MADEY DAPAT BEBILLION BILLION
KRONI DISELAMATKAN
IJAZAH DITURUNKAN
TULAH 1MALAYSIAH
HA HA HA

Pendekar Melayu said...

Dato Nan mana ada masa nak baca blog. Beliau kan sibuk. Tentang politik siber ini, "lalat lalat" disekeliling dia je yang handle. Malangnya lalat inipun tak guna langsung. Bukannya tahu apa. Cuma tahu terbang mengampu saja.

Ada juga "lalat" ini yang kawan kenal kat Bentong. Malas je nak sebut nama. Ada jugalah kaitan sedara mara dengan kawan. Memang "lalat" ini ramai juga yang kenal.

Cuma orang buat tak tahu je. Malas nak bising bising. Sebab diapun dah tua. Biarlah dia.

menyegar said...

Salam.Sebenarnya UMNO perlukan pemimpin yang berani membuat teguran.Bukan hanya YES man saja.Kita memerlukan pemimpin seperti Dato" Azizan Jika UMNO masih mahu kelihatan relevan.

bRAVEhEART said...

Hanya satu blogger Pahang yang diiktiraf Kerajaan Pahang, pesara politik yg kerajaan negeri hantar berkrusus di Janda Baik;
Sri Mersing mencari lokan
hendak dibawa ke Ulu Cheka
yang ditembak orang di Pekan
kenapa orang Jerantut yang luka?

selagimasihada said...

Ketua UMB Pahang orang Raub bukan Temerloh

Semut Hitam said...

Salam.

Saya bukan nak komplen apa-apa, tetapi hanya sekadar mengingatkan.

Tulisan saudara Bh adalah hak saudara BH sendiri. Tujuan dan matlamat juga hak saudara BH sendiri.

Tapi ingatan saya kepada BH, buat la apa pun. Jangan sampai menyombong diri. Baca tulisan BH hari ini macam mendabik dada, bangga dengan pengiktirafan yang diberikan Kerajaan.

Ingat, ilham itu anugerah Allah S.W.T. Jangan lah kita sombong dengan nikmat Allah.

Sekian. Wal-Asr...

Kamal said...

BERANIKAN HATI
KAMI DAH MULA RISAU BILA KERTAS UNDI MINTA TOK NAN SURUH LETAK JAWATAN BH KELUARKAN. KAMI SEMUA GIGIL SEBAB TERPAKSA PANGKAH TOK NAN GOOD BYE MB PAHANG.
2.KAMI LIHAT MALAM INI UNDI DAH 77% TOK NAN PATUT BERENTI. 23% TAK KISAH. ESUK LUSA TAK KISAH MUNGKIN KURANG. YANG TAK MAU TOK NAN MENINGKAT.SEKARANG ORANG TAK SEDAR LAGI. LAGI LAMA KENA PARAH.
3. TOK NAN KENA SETTLE DGN BH NI KALAU TIDAK MERAPAK BLOG2 SELURUH NEGARA MENGULAS NANTI.APA KENA SETIAUSAHA POLITIK TOK NAN MAKAN TIDOR TU DGN BUDAK2 MEDIA BARU BERLAGA.
4. TOK LANDAK EXCO TU KUAT JOLOK BONTOT MB BUAT APA? SABARLAH. RAKAN MEDIA KUALA LUMPUR DAH MULA BORAK2 IKUT RENTAK BH NI
KERUSI MB TOK NAN DALAM KEADAAN BAHAYA.
KALAU DULU MEDIA KERTAS POWER SEKARANG MEDIA BARU NAK TEST POWER. TOK NAN ADALAH OBJEK PERCUBAAN PERTAMA DALAM SEJARAH.
PANDAI2LAH TOK NAN BAWA DIRI. SALAM BLOGGER.

Anonymous said...

Sdr Bh,
sampailah masanya Tok Denan berundur
negeri pun dah kering kontang, tuk Denan pun tiga penggal MB, kerja pun tak berapa jalan, kemas-kemas jelah mana yang patut tak payahlah nanti orang orang diatas buat keputusan.

Terima kasih hidup bh

Kuantan Bridge said...

Hai sahabat Bh
kami sokong bh betul betul class. Bh patutlah buat undi MB bukan layan sangat bloggers. semut gatal jer.

Bh teruskan . salam

Anonymous said...

bh,
ehem... ehem...ehem... ngundi kita meriah ni plihanraya kecil MB pahang

||Aku Pemikir|| said...

salam hormat tuan,

Sy ingin minta link nya dan mohon untuk di link kan ke blog tuan, walaupun masih lagi belajar jauh di seberang, tetapi masih lagi ada waktu nak memerhatikan cerita terkini dan politik negara,
neutral dalam menafsir dan menilai sesuatu isu..ini link saya

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

khairul hafidz
YDP Persatuan Pelajar Malysia di Indonesia (PKPMI) Pusat,
Fakultas Kedokteran UNPAD,
Bandung , Indonesia
anak kelahiran mentakab pahang

bRAVEhEART said...

Salam semua;
Merawan sipit gunung: Dato' Nan sudah ada 2002 masalah, nak selesai kenalah stepdown.
Chairman Kaga: lu mau ketawa sampai pecah perut itu lu punya pasal.
Pendekar Melayu: Tok Nan memang sibuk, setpol dia pun sibuk main di facebook, hehe
Menyegar: itu pendapat peribadi - no komen
Selagimasihada: saya pun tak kata ketua UMB Pahang orang Temerloh
Semut hitam: baca postini ini berkali-kali untuk fahamkannya - saya tidak sombong dn bukan mendabik dada.
Kalam: ini undi soal selidik saja, tapi mungkin boleh pengaruhi pendapat umum juga
Anon 5:59: Tok Nan pun dah terasa dia akan kena tinggalkan kerusi MB juga, bukan dia nak menongkat langit disitu
Kuantan Bridge: MB Pahang memang tak perlu dan tak layan blogger Pahang, tak ada faedah katanya, buat mengabis kan beras saja
Anon 6:10: Memang meriah mengundi memilih antara nk kekalkan Dato' Nan atau nak buangkan dia, macam PRK juga, meriahhhhhhh
Aku Pemikir: Terima kasih perhatian dari pelajar kita di Indonesia kepada blog beranikan Hati ini. Saya dah link-kan di dalam blog yang diberi muka dan dalam Gabungan Suara Anak Pahang - http://gerbangtemumaya.blogspot.com

Dato' Azizan Yaakob said...

BH,Salam
Saya tidak menduga bahawa catatan saya mengenai DEB vs MEB dalam melayurayadaily satu artkel ekonomi mengundang sensitiviti politik diPahang dan mendapat perhatian rakan-rakan rangkaian bloggers dan masyarakat umum.

kedua, saya tidak upaya menghalang hak kebebasan mentafsir dan kepelbagaian sudut memahami terhadap penulisan saya.

Ketiga, Oleh kerana artikel itu tidak "berniat politik" saya mohon maaf dari pucuk pimpinan Kerajaan negeri pahang.

salam hurmat.

Semut Hitam said...

Salam.

Maaf kalau soalan saya ini menyinggung. Tetapi saya sekadar mahu memahami.

BH minta saya baca posting ini berkali - kali. Maka itu yang saya lakukan. Timbul persoalan, kenapa kena baca berkali - kali?

Adakah tulisan yang ada pada posting ini bukan menceritakan kisah BH sendiri atau ianya 'Copy and Paste' dari orang luar?

Begitu juga dengan komen BH sendiri:
Hanya satu blogger Pahang yang diiktiraf Kerajaan Pahang, pesara politik yg kerajaan negeri hantar berkrusus di Janda Baik;

Adakah blogger itu merujuk kepada BH atau orang lain?

bRAVEhEART said...

Salam Semut Hitam;
Untuk menjelaskannya; kisah itu bukan mengenai saya sendiri. Bukankah itu saya CnP dari blog Suara Majlis, kisah itu mengenai Dato' Azizan.
Dan blogger Pahang yang seorang itu adalah Dato' Sakmongkol AK47. JELAS DAN TERANG LAGI BERSULUH KERANA SEPANJANG LEBIHRAYA TIMUR BARAT BANYAK SPOTLIGHT, HEHE

Semut Hitam said...

mohon juga jasa baik BH untuk menambah blog saya dalam senarai 25 BH.

terima kasih.

Semut Hitam said...

Terima kasih diatas penjelasan BH.

Kan senang, tulis terang - terang. Jujur dengan kebenaran. biar pun ianya pahit nak ditelan.

Biar kita kutuk depan - depan, jangan main sembunyi mcm kat dalam mahkamah sekarang. (sebab dia banyak main belakang. hehehe...)

Kita atur langkah, susun gerak kerja. Zaman sekarang kalau tak cakap terang - terang susah.

Bagi tepat je ke muka. biar mereka faham apa kita rasa.

Bukan saya tidak ada pengalaman berhadapan dengan mereka. Tapi biasa lah. Siapa kita?

Macam saya, Semut Hitam je.

bRAVEhEART said...

semut hitam, insyallah akan saya usahakan selepas meneliti kandungan dan identiti blog tuan itu nanti

Anonymous said...

memang pun tok nan kena fikir utk letak jawatan. tak ada produktif langsung. perasaan sahaja. ingat dapat anugerah dari u jordon jadi pandai ker? tengok jam pun tak tau. asyik dtg lambat ke majlis org. kalau janji masa pun tak dpt dipenuhi, bukanla pemimpin yg baik. memang patut cari pemimpin lain. harap bukan tok wan tg lumpur. nanti bab sekolah anak dia pun masuk dalam dun berbincang. kesian kat cikgu, tak dpt nak jawab.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...