06 May, 2010

KJ DILANTIK MENTERI SELEPAS PRK SIBU?

KJ bercita-cita tinggi, kerana itu dia berlatih untuk melompat tinggi-tinggi. Kalau tak dikawal, mungkin dia akan melompat lebih tinggi dari PM. Kenalah PM berhati-hati kalau tak hendak nanti gigit jari.



PRK P212 Sibu semakin hampir. Hari penamaan calon pada 10hb. Mei dan jika ada pertandingan hari pembuangan undi akan diadakan pada 16hb. Mei.2010.

P212 ada seramai 54,695 pengundi berdaftar. 66% adalah kaum Cina Foochow, 17% adalah Melayu Melanau, 15% terdiri dari campuran antara kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan India. Pengundi pos adalah 2,537.

Senario di Sarawak jauh berbeza dari Semenanjung. Justru bilangan pengundi majoriti dari kaum Cian disini tidak memberi gambaran bahawa pembangkang akan menang mudah. Rekod masa lalu menunjukkan bahawa sokongan rakyat Serawak masih kukuh terhadap Kerajaan pimpinan BN. Jadi ramai penganalisis politik beranggapan bahawa kemenangan adalah memihak kepada BN.

Kemenangan BN sangat penting sebagai kayu ukur kepada kepimpinan PM DS Najib bahawa rakyat menyokong dan menaruh kepercayaan kepada beliau. Ini akan membuatkan PM lebih yakin untuk membuat rombakan kabinet dengan memilih menteri-menteri pilihannya sendiri.

Perlantikan beberapa orang sebagai senator juga dikatakan membayangkan bahawa mereka akan dilantik sebagai menteri kabinet dalam rombakan akan datang. Banyak laman-laman blog membincangkan isu berkenaan masa kini, dan sudah tentulah ianya memang ada asasnya.

Bagaimanpun banyak pihak masih manaruh kebimbangan jika sekiranya PM melantik KJ, Ketua Pemuda sebagai menteri kabinet. Dosa-dosa dan kesalahan lampau KJ masih tidak dapat dilupakan. Blog TDM yang membangkitkan soal kawasan telaga minyak yang diserahkan kepada Brunei oleh Pak Lah seakan mengingatkan PM supaya jangan melantik KJ sebagai menteri.

Mungkin hasrat PM untuk melantik KJ akan tergendala lagi (jika ada) sehingga suasana menjadi dingin dan rakyat dapat memaafkan KJ. Sudah tentu banyak pihak yang tidak akan berpuas hati jika PM benar-benar berniat melantik KL, atau memang sudah termaktub dalam perjanjian diantara PM dengan Pak Lah suatu ketika dulu?


Klik sini baca suara prihatin UMNO Jerantut. Klik sini baca blog waadat mengenai haji hadi hina orang sarawak

3 comments:

Skandal Politik said...

Salam Bro,

Tidak ada satu pun tindakan beruk itam ini yang baik untuk negara.

Barua Anwar yang amat sayang pada sifu CIFUT BABI ini akan pengaruhi pak mentua bodoh dan suka tidur untuk buat tindakan yang merugikan negara sepanjang masa.

Detguaq said...

Aku memang dok cari lamadah gambaq ni dlm google image, yahoo image dan msn image. hilang begitu lama, mungkin berdiam diri dalam blok. Dan tiba-tiba hari ini terpacul kembali gambar paling kurang hajar seumpama beruk sarkas ini. Pinjam broooo....

bRAVEhEART said...

detguaq,
hang nak gambaq, tak pa, hang ambiklah, aku tak kisah punya dengan hang, hang pun kawan aku jugak, hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...