Suara Anak Pahang - Perlu Baca

05 May, 2010

KELUARKAN MCA DAN GERAKAN DARI BN




Terus terang saya katakan dari segi keterbukaan, orang Melayu tidak ragu-ragu untuk mengundi bukan Melayu. Namun, belum tentu bukan Melayu sanggup mengundi Melayu. Siapakah yang lebih terbuka sebenarnya? Melayu atau bukan Melayu? Saya tidak katakan semua bukan Melayu bersikap sedemikian. Dengan sebab itu, dalam apa jua aspek berkaitan dengan Melayu, kita gagal untuk memperkasakannya kerana kita tidak mempunyai rakan setia. Rakan kita kadang kala mengambil sikap menikam dari belakang.


Seolah-olah memperlihatkan UMNO diperalatkan untuk mencapai kepentingan tertentu atau mendapatkan lebih lagi, apa yang telah dapat. Berterima kasihlah kepada Perdana Menteri kerana telah mengotakan janjinya dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor baru-baru ini. Saya yakin ada orang akan berkata, peruntukan tersebut diambil daripada cukai rakyat, apa yang hendak dihairankan. Saya yakin yang banyak bercakap itupun tidak pernah bayar cukai atau selalu mengelakkan diri daripada dikenakan membayar cukai.


MCA dan Gerakan menuduh Perkasa yang menjadi punca sokongan bukan Melayu beralih arah. Itulah jawapan simplistik barisan kepimpinan baru mereka yang begitu agresif berbanding dengan kepimpinan sebelumnya yang agak berhikmah. Justeru, tidak hairan barisan kepimpinan baru ini dipilih mereka walaupun mempunyai skandal yang sukar untuk diterima oleh norma masyarakat timur. Saya yakin kejayaan mereka mempunyai kaitan rapat dengan sikap ultra kiasu dan pakatan senyap dengan parti ultra kiasu. Pada saya, tidak perlulah kita menuduh orang atau menuding jari untuk menutup kelemahan sendiri. Muhasabah diri sahaja. Apakah kita benar-benar mempunyai semangat setiakawan atau kawan makan kawan?


Jika MCA dan Gerakan begitu berpengaruh dan kuat, saya cadangkan mereka bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu seperti kawasan-kawasan parlimen Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negara seperti Pulau Pinang. Kita lihat MCA dan Gerakan akan menang atau tidak. Pada ketika itu, UMNO tidak perlu berkempen untuk MCA dan Gerakan. Biarkan kedua parti komponen ini berkempen dengan cara mereka sendiri mengikut rentak budaya sendiri. Kita mahu lihat sejauhmana sokongan bukan Melayu terhadap mereka. Saya bimbang mereka akan hilang wang pertaruhan dengan parti ultra kiasu. Jangan salahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kajilah sifat-sifat nyamuk tersebut. Beritahulah sebenarnya apa kehendak orang bukan Melayu, senang cerita. Tidak payah berbelit-belit menyalahkan orang lain.


Kawan sebangsa saya berkata MCA dan Gerakan sudah tidak relevan lagi kepada bukan Melayu kerana dikatakan terlalu mengikut telunjuk UMNO? UMNO dikatakan tidak lagi disukai oleh bukan Melayu? Apakah dakwaan itu benar? Kajian secara intensif perlu dibuat, bersekali dengan perubahan hidup bukan Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama 52 tahun. Adakah hidup mereka bertambah baik atau sebaliknya. Lu fikirlah sendiri.



Terlalu banyak pendapat terutama dari bangsa Cina sendiri yang menyalahkan bangsa Melayu atas kelemahan mereka. Kerana itu selain UMNO dan BN yang dipersalahkan, Pribumi Perkasa juga turut dipersalahkan sebagai rasis dan punca penurunan undi Cina terhadap BN.

Selebihnya kita harus melihat apa yang tersirat. Bangsa Cina tidak akan bebas dari menagamalkan budaya dan politik 'ultra kiasu' nya. Bangsa Melayu harus melihat ini adalah permainan bangsa Cina untuk mendapat seberapa banyak yang mungkin. Mereka sedar bahawa sebelum ini DEB akan lebih mengutamakan kaum bumiputera, kerana itu mereka menggunakan strategi mendapatkan sesuatu untuk kepentingan bangsa mereka dari 2 sumber, luar dan dalam.

Seacara jelasnya adalah, melalui MCA dan Gerakan bangsa Cina akan mendapat apa yang ingin mereka dapatkan dan dalam masa sama mereka juga mendapat dari sumber luar yang gagal mereka dapatkan dalam kerajaan iaitu melalui pembangkang khususnya DAP.

Siapakah yang lebih untung? Siapakah yang lebih pandai? Malangnya bangsa Melayu terperangkap dalam perpecahan sesama Melayu. UMNO dan Pas seakan tidak ada jalan perdamaian. Kehadiran Perkasa juga sering di perlekehkan oleh Pas sendiri yang sepatutnya Perkasa lah menjadi penghubung bagi menjalin antara UMNO dan Pas.

Malangnya Melayu dibumi sendiri akibat jumud terhadap parti mereka menolak perpaduan dengan seribu alasan.

5 comments:

Pendekar Melayu said...

bangsa cina ini sedikit sebanyak macam orang yahudi. hanya merasakan mereka saja yang betul.

majoriti orang cina tidak berterima kasih pada orang melayu. mereka hanya percaya kepada bangsa sendiri dan sanggup membuat apa saja demi survival mereka.

apabila mereka sudah mengaut keuntungan dari negara ini, mereka akan berhijrah ke negara lain. inilah budaya mereka.

mohd rozany said...

Soalan saya adalah:

Bolehkah orang Melayu berkuasa jika tanpa sokongan MCA dan GERAKAN?

Selagi PAS dan UMNO tidak boleh berdamai, selagi itulah BN memerlukan MCA dan GERAKAN.

bRAVEhEART said...

Salam,
Pendekar Melayu, memang benar seperti katamu itu, mereka merasakan mereka adalah insan terpilih dan mereka berhak atas apa saja dengan apa cara sekalipun.
Mohd Rozany,Itulah kelemahan Melayu - susah untuk bersatu, jika pihak ini bersatu pasti ada pihak lain yang membelot, melayu yg khianati melayu. Jika Pas dan UMNO bersatu, bangsa Cina akan gerun kepada kita dan tentu mereka tidak berani memaksa kita menuruti kehendak mereka. Doalah agak bangsa Melayu boleh bersatu supaya tidak melayu hilang didunia.

Mohd said...

Kaum Cina akan memerintah The Republic of Malaysia selepas PRU13 nanti!
1. MCA dan Gerakan adalah musuh dlm selimut dlm BN. Menjelang pilihanraya kecil atau besar, mereka akan meminta bermacam2 utk kaum Cina sekurang2nya sejuta dua utk sekolah2 Cina. UMNO kononnya dgn harapan nak ambil hati pengundi2 Cina akan melayan tuntutan2 mereka ini.
2. Kaum Cina tahu jalan ke Puterajaya adalah melalui Kerajaan Pakatan Rakyat. Dgn itu kaum Cina akan mengundi Pakatan Rakyat. Mereka akan mengundi DAP, PAS atau PKR. BN sorry!
3. Nasib kaum Melayu adalah malang sekali!
4. Disebabkan PAS salah congak menyokong PR, ahli2 PAS terpaksa mengundi PR setelah dijanjikan syurga bila pangkah PR oleh TGNA.
5. PAS sudah mula merasakan mereka akan ditinggalkan dlm pemerintahan PR kelak bila Anwar telah menjanjikan TPM kpd Cina. PAS pun membalas dgn mahu meletakkan calun2 bukan Melayu di PRU13 nanti.
6. UMNO yg suka utk berlumba2 dgn PR supaya tak kalah dgn Anwar akan pula cuba menjanjikan TPM kpd MCA!
7. Ingatlah DAP telah berjanji utk menghapuskan Hak2 orang Melayu jika mereka memerintah.
8. PAS dok kata mereka tak pentingkan Hak2 Melayu. Bagi PAS yg penting adalah Hak2 Islam. Tetapi jika kita lihat Hak2 Islam pun PAS tak jaga. Tengok saja bagaimana TGNA memyokong orang bukan Islam mempersendakan Kalimah Allah!
9. PAS mengatakan mereka nak tegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud jika mereka dapat tumpang memerintah The Republic of Malaysia. Ini adalah terang2 salah satu penipuan kpd orang kampong. TGNA telah mengaku tak ada dalam Perlembagaan PAS utk menegakkan negara Islam boleh baca katanya. Apa ni cakap berbelit2?
10. UMNO pulak spt biasa tidak akan berubah. Pemimpin2nya asyik menjaga kedudukan masing2. Jika ada orang2 muda yg sepatutnya jadi pelapis masuk UMNO akan dicantas supaya tidak dapat menggugat kedudukan pemimpin2 di peringkat cawangan dan bahagian dan seterusnya.
11. Perhatikan gelagat pemimpin2 UMNO dan PAS seolah2 mereka tahu tak lama lagi memegang kuasa. Contohnya, Nazri mencadangkan dibina sebuah bangunan Parliamen yg baru berharga RM800 juta. Senanglah kroni dan menteri sendiri buat duit dari duit rakyat.
12. PAS pula mencadangkan ahli2 PAS tambah lagi pelaburan dlm Kohilal supaya duitnya boleh disalahkira lagi oleh lebai2 PAS. Dlm Muktamar PAS masalah Kohilal didiamkan sebab tak boleh membuka aib teman2 dlm parti. Ini pula nak kutip Dana Palestin supaya duitnya nanti boleh dirembat oleh lebai2 PAS spt yg telah berlaku dgn dana Memali. Tak kiralah lagi duit2 sedekah dari penjualan balak2 di Kelantan.
13. Akhirnya, rakyat marhaen terutama orang Melayu juga yg akan menderita terpaksa mengemis di tanah air sendiri spt di Singapura.
Nauzubillah.

Anonymous said...

letak calon ikut majoriti pengundi...baru le takde sape2 yg mengada2...waktu itu le kita boleh tgk sape kawan, sape lawan, sape musuh dlm selimut...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...