Suara Anak Pahang - Perlu Baca

14 May, 2010

KENAPA TUN MAHATHIR DIUSIK?



Tun Dr. Mahathir bukan hanya bekas Perdana Menteri tetapi beliau adalah bapa kepada Melayu Baru yang menunjukkan semangatnya dan keberaniannya dipersada antara bangsa. Dia bukan hero kampong, dia adalah hero bertaraf dunia. Apapun kelemahan dan kegagalannya sewaktu sebagai PM adalah kelemahan dan kegagalan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia yang gagal menyumbang dalam merealisasikan cita-cita dan harapannya untuk membawa bangsa melayu dan negara Malaysia ke pentas dunia.

Membaca sambil lalu posting Ti Lian Ker, namun saya dapat merasakan bahawa ada yang tersirat dalam yang tersurat. Yang jelasnya tulisan itu menghentam Tun Dr. Mahathir dari beberapa sudut bermula dengan menganggap TDM sebagai 'ultra malay' suatu perkataan yang sinonim dengan masyrakat Cina yang sangat cenderung dan tebal semangat 'kiasu'nya. Perkataan yang selalunya terpantul dari para pemimpin DAP yang jelas mempraktik 'ultra kisau'

Saya membaca juga posting dari Sri Tri Buana yang memberikan pandangan bertentangan, walaupun keseluruhan isi tulisan beliau bukan mengenai TDM dan tidak juga sebagai jawapan kepada tulisan Ti Lian Ker, namun ianya masih boleh dihubungkaitkan.

STB menulis mengenai yang kuat itu benar, dan saya percaya pada kata-katanya itu. Semasa TDM masih memegang jawatan PM, beliau masih berkuasa dan beliau dianggap kuat pada ketika itu, apakah berani Ti Lian Ker menulis begini pada masa itu? Saya tidak hendak membincangkan mengenai perkara rasis. Ti Lian Ker menganggap TDM sebagai 'Ultra Malay' namun saya melihat Ti Lian Ker pula sebagai rasis dan 'ultra kiasu'.

Seharusnya Ti Lian Ker tidak membincangkan isu ini pada masa ini melainkan beliau mengalas tanggungjawab tertentu terhadap sesuatu kumpulan yang menulis dengan niat yang tertentu juga, bagai kata pepatah; ada udang disebalik batu. Saya sangat kesal atas tulisan Li Tian Ker dan menganggapnya sebagai seekor tikus yang berani dan bermaharajalela apabila kucing sudah menyimpan kukunya.

Dato' blogger Pahang (orang itu) mungkin terlepas pandang posting ini kerana masih tidak memberi apa-apa tindak balas, atau mungkin juga sehaluan dan sependapat. Yang jelasnya beginilah sikap pemimpin UMNO kita yang selalu bermuka-muka, dapatkah kita bayangkan apa tindakan mereka jika TDM masih PM? Sudah tentu ramai yang akan tampil kemuka dan mendabik dada 'kunun' nya merekalah yang akan berjuang mempertahankan TDM.

Pemimpin Melayu yang ada ketika ini hanyalah sekumpulan pengecut yang hanya membiarkan bangsa dihina.







15 comments:

bRAVEhEART said...

salam semut hitam,
blog tuan dah di masukkan dalam link blog yg diberi muka

YB Raz said...

betul tu pemimpin sekarang takde telor terutama menteri amaran.itu tak campur lagi menteri yang sokong judi.

umno lemah sebab kebanyakkan pemimpinnya hancur akhlak.

dinbangi said...

Pandangan kepada Artikel yang dinyata.

You seem to be just a very angry man who wanted to climb-up again in your political ventures.

In my opinion, your statement was and is an insult not only to Tun Dr. Mahathir but to Malays, Bumiputera and Malaysians at large.

Yes, 13th of May 1969 was a tragedy to Malaysia. I still felt the composed but nervous father and mother (reciting Al-Quran verses) waiting for a car (kereta sapu) to bring us (including my late Brother) from Klang to Meru that night of 13th. May 1969. I also had seen more. There are a lot of people still alive to tell the story of 13th. May. So please don’t use 13th. May as your platform to re-insert or enhance yourself in the political arena of Malaysia (this includes everyone).

Personally, I’m greatful to YAB Tun Abdul Razak for his vision of maintaining Malaysia under a ‘civil government’ instead of the ‘military government’ post 13th. may 1969. The leaders of his era and rakyat supported him because they want a ‘peaceful Malaysia’.

I’m also thankful to Tun Dr. Mahathir for his strong actions oriented policies and programs – Vision 2020 to develop Malaysia and the Malays/Bumiputera to achieve the 30% NEP target. Sadly, Malays/Bumiputera just achieved less than 18% today.
You are talking about Mahathir cronies but you don’t touch the ‘Taukehs and Professionals’ who make a lot of money and live comfortably everyday during the NEP and nowadays. Also don’t forget ‘many Malaysian who changed citizenship’ and now want to come back to Malaysia. Don’t deny this because in the 80’s I met some Malaysians who turned ‘not Malaysians anymore’.

You rediculled Tun Mahathir’s Islamic depth. Let me tell you, his Islamic knowledge and practice and visdoms are more depth than a lot of current Ulamaks (old and young) who are now running around the country and some nations talking about Islam yet have done nothing in reality. Tell your friends about this reality.

...
Yes, race and religious relations must be strengthen and managed properly. These are the challenges faced by Prime Minister YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. The 1Malaysia is his vision. Some will agree and happy, some will feel not happy about it and protest but do it constructively.

Bottom line, all of us have to contribute positively to make this country peaceful and prosperous.

(Penuh dalam blognya)

Wenger J Khairy said...

Dinbangi,

Bravo! Bravo!
Sila beri tepukan gemuruh kepada seorang pencacai bertaraf otak udang.

Ketika saya menulis posting ni matawang Euro sedang dikerjakan kaw kaw oleh kerana beban hutang yg ditanggung oleh negara Eropah. Euro, yg dibelakangi oleh kuasa kuasa gergasi seperti Jerman, Perancis dan sebagainya tidak dapat bertahan tatkala ianya dibebani hutang yang terlampau berat.

Negar kita bakal berdepan dengan krisis yang sama oleh kerana pendekataan ekonomi Dr. Mahathir yg lebih mementingkan bailout untuk anak dan kawan.Hutang negara sudah hendak mencecah RM 400 billion. Jaminan dah nak mencecah RM 80 billion. Keluaran dalam Negara dianggarkan sekitar RM 700 BILLION pada harga semasa, bermaksud negara kini dalam keadaan yg amat kritikal. Persoalannya bukan samada krisis ni bakal berlaku tetapi bila? Saya berpendapat diantara 2011-2012 dan oleh kerana tu, saya meramalkan PRU 12 kena diadakan tahun ni juga.

Statistik tersebut mungkin tidak memberi makna tetapi ianya akan merendahkan nilai ringgit dan menyusahkan rakyat terutamanya golongan miskin tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada saat itu, dimana anak anak Dr Mahathir sudah bergelar ribuan jutawaan, kita harus berterima kasih dan menghayati kembali kepimpinan beliau yg telah menyebabkan sesebuah negara yang kaya dengan pelbagai khazanah bumi terpaksa meminta bantuan dari IMF ataupun World Bank.

Para pencacai Dr. Mahathir terdiri daripada mereka yg kurang berpengetahuan. Dr. Mahathir bercakap atas platform retorik. Retoriknya memang sedap utk didengar. Tetapi kita lihatlah apa yang bakal berlaku

Wenger J Khairy said...

Dan kita juga harus berterima kasih kerana Tun Dr. Mahathir cuba mengungkit kembali peristiwa berdarah 13 Mei. Nyatalah anak anak dan sahabat karibnya boleh menaiki pesawat peribadi dan menghilangkan diri ke Australia, Britain dan sebagainya sementara negara diselubungi peristiwa berdarah. Setelah situasi reda mereka bolehlah kembali dan mengembangkan bisnes masing2. Malah peluang baru mungkin tercipta akibat kerosakkan modal dan infrastrutuktur akibat sebarang rusuhan kaum yg sedang cuba dicetus oleh mantan Perdana Menteri ke 4.
Tahniah Tun!
Tun memang layak dipanggil negarawan.

BERTIH JAGUNG said...

SDR BH,
TEE LIAN KER tidak berubah sebagai hero kampung sejak ADUN lagi. Sebenarnya dia tersalah pilih parti politik. Tempatnya bukan MCA sebalik DAP. Jika kita baca seluruh text nya jelas idealisme DAP.

2. Lagi banyak Tee Lian Ker Menyerang melayu dan kempimpinan Melayu lagi kemerosotan MCA. Kebodohan Tee Lian Ker tidak dapat predict pa yang akan berlaku bila seorang pemimpin MCA menghentam UMNO, melayu dan Islam serta pemimpinya. Tee Lian Ke r adalah TOOL DAP dalam MCA. MCA tidak akan bangkit semula jika ramai pemimpin seperti ini.

3. Apa yang dibuat oleh TEE Lian KER adalah reverse psikology supaya cina kekal dalam DAP dan yang masih grey to confirm DAP. Sila baca melayurayadaily " Malaysia menghadapi gelagat politik beruk" yang memusnakan perpaduan negarabangsa untuk politik mereka. Apakah Tee Lian Ker terkelas kepada spesis yang sama?. Nampaknya begitulah.Kerana ketawa besar bila melihat orang melayu marah.
Melayu marah UMNO semakin kuat teapi MCA makin lemah.

Tee Lian KEr, berhentilah buat kerja bodoh itu tak payahlah tunjuk hero kampung. Betapa tajamnya Chauvenistik dan ultra kiasu sdr tidak bererti kalau MCA ditolak masyarakat cina kerana statement awak yang tidak datang apa2 kesan pun kepada premis yang ada.

Ada banyak tokoh di Chawkit Road yang lebuh kurang sama dengan emosi saudara Tee Lian Ker.

bRAVEhEART said...

wenger j.khairy,
memang awak ccerdik dan pintar serta banyak pengetahuan tentang politik dan ekonomi, tetapi yang patut dipersoalkan adalah tentang tulisan ti lian ker ini, sama ada menyokong atau membangkangnya, kenapa pula tentang tun mahahtir serta anak cucunya yang panjang lebar diulas? rupanya dalam bijak pun ada kebodohannya juga, namun itu melengkapkan sifat kemanusiaan kita, maafkan saya

DULU KUTTY SEKARANG MELAYU said...

mahathir tu melayu ke....mahathir tu negarawan melayu ke....kenapa le org2 melayu umno ni banggang sangat,dah le bodoh kerana pilihnjadi ahli umno,dah le bodoh krn jadi org yg sokong parti yg menghina islam dan menentang hukum ALLAH SWT......bodoh nya teruk sangat sangat....sampai tak dapat nak bezakan org melayu dgn org keling....woi umno bebal....mahathir tu bukan melayu dahhhh...mahathir tu keling dahhhhh....dia tu keling kutty dah....klu org melayu dgn keling pun kau dah tak dapat nak bezakan....kahkahkah....patut le melayu ni teruk sangat....dulu PM no1 darah siam,PM no2 darah bugis,PM no3 darah turki,PM no4 keling kutty,PM no4 darah turki,PM no5 keling kutty,PM no6 arab badwi,PM no7 bugis juga........kahkahkah....yg darh keturunan melayu nya bila le agaknya boleh jadi PM MALAYSIA......kahkahkah....betul ke melayu ni banggang semua.....sampai satu pun tak layak jadi PM...zainudin maidin tak layak KE JADI pm......dia melayu ke.....kahkahkah...woi braveheart ENGKO NI MELAYU JUGA KE....KEHKEHKEH

Wenger J Khairy said...

Tuan Braveheart,
Tun Dr Mahathir berkempen diatas platform Agenda Bangsa Melayu. Ianya sedap utk didengar. Sudah 50 tahun tetapi masih ada tidak keseimbangan dari struktur sosio ekonomi dan sebagainya.

TLK menolak platfom tersebut. Dalam segi itu kita membantah TLK. TLK tidak payah melabelkan TDM sbg Melayu Ultra kerana ianya adalah label yg cuba memberi gambaraan seolah2 sesorang yg kononya memperjuangkan nasib orang Melayu adalah dajal.

Maka dari segi itu, saya cukup menyokong apa kecaman yg dilemparkan kpd TLK

Tetapi jikalau TLK melabelkan TDM sebagai penipu dan pendusta, tu saya kena setuju 200 ratus peratus.

Hanya pendekataan mantap spt disarankan oleh KP UMNO dilihat sbg satu2 caranya utk membangun org Melayu secara total - iaitu dari segi ekonomi dari segi rohani dan dari segi sosial

bRAVEhEART said...

Salam sdr. Wenger J Khairy,
"Tetapi jikalau TLK melabelkan TDM sebagai penipu dan pendusta, tu saya kena setuju 200 ratus peratus" - saya hormati pendirian awak sebagai hak awak, tetapi nagaimana awak boleh demikian optimist bawa pendekatan yang KJ bawa akan benar2 baik dan berkesan dalam memberikan perubahan kepada bangsa Melayu? Nampak mcm alat kepada seseorang untuk menyambung rhetorik nya saja? hehe. Sekilas ikan diair itu saya juga dapat melihat jantan betinanya.

Wenger J Khairy said...

Tuan Braveheart,
Pogram tersebut akan dilancarkan selepas pertengahan bulan Jun tahun ni.

Saya juga meminta maaf kerana terlanjur kata. Biarlah saya memperbetulkan hujah terdahulu dengan sekadar berhujah bahawa "..Tun secara kebiasaan tidak becakap benar"

Ini bakal dilaksanakan tidak kira sama ada YB Tn. Hj. KJ diberi kerusi kabinet ataupun tidak. Yakin, kita cukup berdedikasi utk menjayakan pogram memperkasakan agenda orang Melayu dengan cara yg terbaik dimana manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.
Inilah kelebihaan sistem 1KJ dimana pencaturaanya bukan pencaturaan saya menang, engkao kalah tetapi sistem menang-menang ataupun win-win.

Yakin boleh!

bRAVEhEART said...

Tuan Wenger J.Khairy,
Terlanjur kata menghina TDM itu mohonlah maaf kepadanya, saya bukan anak cucu dia dan tak ada hak langsung memberi sesiapa kemaafan bagi pihaknya.
Win-win situation, ayat yg sedap didengar tetapi tentunya bukan dengan semua orang kan? Tentu dengan kroninya saja paling2 pun dengan pencacainya saja.
Atas kapasiti apa KJ hendak laksanakan itu? Ketua Pemuda? AP Rembau? Menantu bekas PM? Perasuah politik? Tetapi memang bukan atas kapasiti sebagai menteri kerana dia tidak akan jejakkan kakinya sebagai menteri, kehkehkeh. Saya hormati pandangan tuan tetapi tuan masuk salah tempat agaknya, huhu

Chairman Kaga said...

MUHAHAHHAHA
AKIBAT BERHUJAH DENGAN POKEMON
TUAN WENGER DISIMBAH ASID
HE HE HE HE

Anonymous said...

BH,
IKJ huhuhu,...hahaha....hehehe pecah perut aku ketawa. lKJ.... lKJ..lKJ.....
baliklah kira karong duit cekau masa mentua jadi PM {pak meretoh} ari tu dah.Buat program tak berkat.

Kita dah tau helah IKJ nak buat program bila nampak ada kosong kabinet. Tak lekat kabinet esuk sonyaplah.

aku cucu mamak kutty said...

mahathir tu bukan melayu ....dia tu keling kutty....apa le punya bangang kau ni...sampaikan keling pun kau kata melayu...klu keturunan keling...tetap sampai bila2 pun keling...mcm mane pulak boleh jadi melayu...kahkahkah...klu mcm tu mamak2 kimma tu melayu ke....boleh di terima jadi ahli umno ke...klu mcm tu ...bubar aje le klimma tu....mamak2 tu boleh beli ASB ke....kahkahkah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...