30 May, 2010

HANGAT: SAMBUTAN HANGAT TERHADAP MUGILLAN


Menurut Agenda Daily, sehingga jam 2.15 petang tadi ada kira-kira lebih 2,000 orang telah berada di Dewan Pusat Konvensyen The Mine, Sri kembangan dekat Kuala Lumpur. Dewan ini boleh memuatkan 5,000 dan penganjur GAS menganggarkan kira-kira 15,000 orang akan hadir.

Jika dilihat pada sambutan konvensyen iaitu 3 kali ganda dari sasaran awal maka harapan Mugillan untuk merampas kuasa sebagai Presiden MIC nampak cerah. Bagaimanapun kejayaannya kelak adalah bergantung kepada sokongan para ahli MIC. Jika benar seperti congakan maka tidak mustahil Palanivel hanya akan mampu mengigit jari. Ini juga akan menjadi satu pengajaran dan hukuman kepada Samy Velly yang dilihat terlalu rakus bertindak sebagai kuku besi dan terlalu sombong serta bongkak.

Berita ini dicatat pada jam 3.00pm


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...