31 May, 2010

PEMIMPIN UMNO ENGGAN BERUBAH - THE UNSPINNERS

Klik untuk baca:


Yang bongkak, sombong dan takabur tidak sesuai jadi pemimpin negeri,
jadi Tok Batin pun sudah tak layak juga, jadi Tok Mudim boleh lah gamaknya!


Blogger pro kerajaan bagai berada dipadang, dari House PK kepada Beranikan Hati dihantar kepada The Unspinners dan diumpan kembali kepada Beranikan Hati dan merembat....Gol!!!

Kami istiharkan kami blogger pro kerajaan, berjuang melalui penulisan menangkis dakyah lawan selepas PRU12 lalu tanpa mengharap apa-apa dari kerajaan. Tetapi berikanlah sedikit penghargaan kepada kami supaya kami merasa adanya harga diri. Hargai kami yang bersukacita berbakti.

Atau jika merasa kami tidak diperlukan maka kami boleh beralih arah dan menembak kebelakang semula. Dan sebenarnya kebelakangan ini sudah ramai blogger yang pro kerajaan menghentam dasar kerajaan, bukan kami benci tetapi mesti ada yang memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

Apakah kerajaan sedar ini? Atau apakah kerajaan memang sengaja inginkan kami tidak berpuas hati dan berpaling kearah lain? Saya masih ingat, datang ke Angkasapuri semasa pelancaran blog TMY, dijanjikan broarband walau bukan itu yang kami harapkan, namun janji yang sebegitu kecil pun mereka berdusta? Tanya Gomo-Gomo.

Jangan salahkan kami jika angin kami sudah tidak baik lagi nanti. Ini bukan ugutan tetapi sekadar peringatan, bukan kami yang meminta tetapi mereka yang berjanji. Kami tidak akan lupa, dan syaitan pun tidak akan lupa akan perjanjiannya.


Baca artikel penuh dari House PK > BH ? The Unspinners > BH dibawah ini;

Monday, May 31, 2010

Pemimpin UMNO memang enggan berubah?

Posting kali ini memberi respon kepada posting di blog House PK; Pendedahan Panas - Bila UMNO akan berubah.

Saya berpendapat bukan sebilangan keci itu saja yang menyuarakan perlunya UMNO betul-betul berubah. Sebenarnya orang-orang Melayu sayangkan UMNO dan hendak UMNO berubah dengan seberapa segera. Tetapi siapakah didalam UMNO yang inginkan perubahan itu?

Memang Presiden UMNO dan Timbalan Presiden inginkan perubahan. Mungkin juga semua Ahli Majlis Tertinggi juga inginkan perubahan itu. Tetapi hasrat ingin berubah itu semakin kebawah semakin mengurang.

Diperingkat negeri, bahagian dan cawangan segaa keinginan untuk berubah itu tidak lagi terasa, malahan saya merasakan bahawa diperingkat cawangan mereka tidak langsung merasakan apakah keperluan terhadap perubahan itu.

Pemimpin di peringkat negeri dan bahagian bimbangkan perubahan itu akan memberi makna mereka akan digantikan dengan pemimpin lain. Kerana itu mereka menyekat hasrat ingin berubah itu dari sampai keperingkat bahagian dan cawangan.

Baru-baru ini, setelah hampir 6 tahun tidak menyertai perhimpunan agung UMNO cawangan, maka buat pertama kalinya saya kuatkan hati untuk menyertainya, apa yang saya lihat kehadirannya hampir 50% kurang dari sewaktu saya aktif dahulu.

Kenapa ini berlaku?

Pertama adalah kerana sikap ketua UMNO cawangan serta AJKnya sendiri. Mereka ingin kekal menjadi AJK dan terutama sekali sebagai perwakilan ke bahagian (kerana disana mereka akan dibeli/ini berdasarkan sistem mesyuarat terhadulu). Oleh yang demikian mereka tidak akan mengedarkan notis mesyuarat kepada individu yang mereka rasakan akan mencabar mampu jawatan mereka.

Kedua mereka sudah tidak ada semangat dan kesungguhan untuk menambah bilangan ahli UMNO mungkin juga sebab alasan diatas tadi. Mereka akan meminggirkan golongan yang dirasakan cerdik pandai dan mereka juga tidak bersungguh-sungguh mengajak mereka yang kelihatan cenderung kearah parti lain sedangkan ahli parti Pas umpamanya akan bersungguh-sungguh meng-Pas -kan ahli UMNO. Kita mungkin masih memandang remeh dan merendahkan keupayaan parti lain.

Ketiga, kebencian masyarakat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan bahagiansudah tidak mampu ditahankan. Mereka kelihatan merebut jawatan bukan lagi untuk berkhidmat tetapi hanya untukkepentingan diri mereka sendiri sahaja. Kebanyakan mereka dalam kumpuan ini bukanlah menyokong parti lawan tetapi akan rela mengundi parti lawan sebagai tindakan protes.

Sikap pemimpin UMNO masih tidak berubah. Mereka masihenggan mendengar suara rakyat dan mereka masih utamakan kroni mereka sendiri saja.

Isu lain yang ingin saya bawakan sebagai tanda keegoan pemimpin UMNO ini. Ini berkenaan dengan golongan pertama blogger pro kerajaan di Pahang. Saya telah suarakan perkara ini berkali-kali namun kebebalan mereka membuatkan hati mereka sepi dan mati.

Sumber: Braveheart

Menurut Braveheart, UMB Pahang di bawah seorang blogger kroni MB Pahang tidak bergerak. Malahan Ketua UMB tidak update blog sendiri selama 4 bulan. Baca isu yang ditimbulkannya sini.

Rasanya isu ini dah lama kenapa Small Talk no answer??? Kenapa blogger2 Pahang tak boleh selesaikan? Kalau pemimpin UMB tak boleh selesaikan, terajanglah ketua keluar! Kalau dia nak selesaikan, bantu supaya sampai semua bersatu.

Jangan blogger2 pun perangai mengikut2 macam pemimpin UMNO yang tak mahu berubah!!! Ambil pendirian dan lakukan sesuatu.

Jangan sampai blogger hilang kebebasan dan ditarik hidung macam kerbau oleh pemimpin2. Blogger mesti bebas dari pengaruh politik dan pemimpin politik. Kita adalah 'check dan balance' pada pembangkang dan juga pemimpin kita dari melalut jadi haramjadah!

Hai .... letih letih. ADUN Kerdau belum stabil. Pahang tu bersih sangat ke dari isu? Sempurna sangatkah Tok Nan? Tak perlu ke 'cyber warrior' dan 'psy warrior'? Inilah sombong UMNO.

Kalau diberitahu, ditegur dan dicadang, mereka kata dah sedia, dah ada, dah tau, dan diperkecilkan cadangan kita. Padahal satu apa takda. Kalau mereka mahu buat, mereka mahu peruntukan diberi kepada kroni mereka yang pastinya tidak tahu apa2.

Wahai blogger2 sekelian, kita kena henti melayan makrib gini

Kalau perangai angkuh macam b**i liwat anjing, bolayan sama mereka. Yang berani, belasah balik jika mereka tidak ada adab dan angkuh. Lepas tu laporkan kepada pihak teratas atau blog kasi dedahkan. Orang macam ini semua kena di ajar!!!

Posted by The Unspinners at 5:28 PM

3 comments:

Anonymous said...

komen yg macam ni buat aku nak masuk umno. kalau nak seribu daya, tak nak berjuta dalih. tolong la berubah wahai umno. jangan la asyik pikir pasal duit. pikir la pasal agama dan bangsa lepas tu baru pikir pasal perut & kaum kerabat boleh tak. anuwar berahim dulu jatuh pun sbb ni jugak. silap dia sbb terlalu tamak dunia. bukan pasal liwat sangat. tak caye tanye org umno yg lama

May 31, 2010 6:12:00 PM GMT+08:00

Anonymous said...

Kalau Nik Ajis boleh berubah daripada konsep sendirisme kepada nepotisma kenapa orang lain tidak!

Kalau Pak Hadis boleh buang fatwa lama dan buat yang baru, kenapa anda tidak!

Kalau Pas boleh letak tepi sasar utama perjuangan, kenapa parti lain tidak.

Yang penting berubah. Tak kisahlah apa jenisnya tetapi asalkan berubah OK le tu. Kah, kah, kah.

Pakar Perubahan@Fuyoo. com.

May 31, 2010 6:27:00 PM GMT+08:00

Anonymous said...

Parti baru macam PR pacak lambang mata menggunakan kerangka kayu agar sentiasa terbentang tanpa menunggu tiupan angin.

Ada parti dalam abad 21 yang belum berubah dalam cara mengibarkan lambang parti - pacak dan tunggu angin mengibarnya.

Justeru, satu lambang PR sudah cukup berdiri megah dalam persekitaran pacakan berpuluh-puluh lambakan lambang pihak lawan yang tertutup layu!

Kesimpulan: Berubahlah dari sikap pengabaian aspek estetika kepada sikap yang memandang tinggi nilai estetika. Bukannya apa, estetika mudah menambat mata hati insan yang terpesona dengan hedonisma, yop.

ANAK PERAK

May 31, 2010 6:45:00 PM GMT+08:00

7 comments:

Wake UP! said...

Katakan apa saja yang terbuku di hati kerana ini sekurang-kurangnya membuktikan kita masih sayangkan parti dan mahukan pemimpin UMNO berubah ke arah lebih baik dan agar mendapat sokongan ramai.

Cheguman... said...

nampaknya BH betul2 dah mengamuk.

Sabar, bro...

Demang dah lama terputus hubungan dengan UMNO Jerantut setelah berhijrah. Tapi Demang dengar khabar angin masih ramai suku sakat Demang di situ.

bRAVEhEART said...

Salam, wakeup, itu yg saya lakukan .....kerana sayang. Cheguman, bukan mengamuk, sekadar menjringkan gol pada minit-minit terakhir...bola dari House PK kepada BH kepada the unspinners dan balik kepada bh, dan bh menjaringkan gol ...semuga UMNO pahang sedar diri..UMB Pahang sedar diri, Biro ICT Pahang sedar diri, MB Pahang sedar diri

Wake UP! said...

Kita menegur secara ikhlas dan kerana sayangkan parti. Kalau tak sayang, boleh pegi mampus la.

Arab nations should have nuclear arms.

wan said...

barah semakin merebak kat negeri PM, apa tak sedar lagi ke? jgn jadi mcm Tun Dol negeri sendiri tergadai..

bRAVEhEART said...

Tak mustahil Pahang boleh dikalahkan. Kekyatan pembangkang @Pas kadang2 tak dapat diduga. Kebencian kepada UMNO makin menjadi2

kifli said...

KALAU DAH HARI HARI BALUN RASUAH
TUTUH DUIT JUDI HALAL TAJAAN NAJIB
ARAK DAH JADI LAMBANG KEBANGGAAN
DITOGOK SIANG MALAM PAGI PETANG
JANGAN HARAP LAH PEMIMPIN UMNO/APCO NAK BERUBAH...
DAH LA PERANGAI MACAM YAHUDI....

سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ لَيۡسَتِ ٱلنَّصَـٰرَىٰ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَىٰ لَيۡسَتِ ٱلۡيَهُودُ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ وَهُمۡ يَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ‌ۗ كَذَٲلِكَ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ مِثۡلَ قَوۡلِهِمۡ‌ۚ فَٱللَّهُ يَحۡكُمُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ (١١٣) وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا كَانَ لَهُمۡ أَن يَدۡخُلُوهَآ إِلَّا خَآٮِٕفِينَ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١١٤)

Al-Baqara

Dan orang-orang Yahudi berkata: Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar) dan orang-orang Nasrani pula berkata: Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar); padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. (113) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (114)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...