04 May, 2010

NIK AZIZ DAN KJ - MALAPETAKA KEPADA NEGARA





1. Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya di Tumpat malam semalam yang
menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk
berpolitik sebagai "bodoh".
Masjid adalah rumah Allah tempat kita beribadah dan bukan untuk menabur fitnah mahu memburukkan orang lain.
Jika Nik Aziz boleh menghalalkan politik menabur fitnah dalam masjid di Kelantan, jangan anggap negeri lain sama.




2. Saya juga ingin mengulas mengenai isu yang sangat berhubungkait dengan Petronas yang masih hangat sekarang ini. Terleibh dahulu sila klik (disini) untuk mendapat maklumat awal.

Kita nampak terlalu banyak kelemahan yang dilakukan semasa rejim Pak Lah mentadbir kerajaan. Kelemahan Pak Lah bukanlah kerana dirinya sendiri melainkan adalah kerana kegagalan beliau mengawal orang-orang sekelilingnya termasuklah KJ.

Kita cuma ingin memberikan ingatan kepada pucuk pimpinan, sekiranya masih ada pihak-pihak yang cuba membawa KJ kedalam pentadbiran kerajaan, ini akan bermakna kerajaan juga bersedia untuk dikecam dan tidak dihormati.

Kelicikan dan kerakusan KJ dalam politik sipa yang boleh lupakan? Dia adalah tokoh utama yang meruntuhkan rejim pemerintahan 'Bapak Mertua'nya sendiri. Mungkin ketika ini dia berdiam diri seketika, namun jika dia berpeluang bangkit dan naik, ini akan menjadi pentunjuk bahawa DS Najib sudah hampir ke hujung jalan.

Pelandok tidak akan melupakan jerat. Disekeliling DS Najib sedang cuba dipenuhi dengan mereka yang sehaluan dengan KJ, jika KJ lepas melonjak naik tidak hairanlah beliau akan mampu mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia sebelum mencapai umur 40.

3 comments:

House PK said...

Sekiranya si Kito itu dilantik walau timbalan sekalipun, aku akan hentikan sokongan aku terhadap kerajaan! Aku dah pernah lafaz begini dan aku tetap dengan pendirian aku! NO KJ, aku tak boleh maaafkan pengkhianat yang menjual kedaulatan negara!

TQ Bro kerana menulis isu ini

bRAVEhEART said...

Bro PK, pendirian kita sama sejak dulu lagi dan aku tak pernah akan berubah arah. NO to KJ.

Pendekar Melayu said...

amat malang disaat kaum lain sedang berusaha nak menjatuhkan orang melayu didalam politik, orang melayu masih lagi bercakaran sesama sendiri.

blog saudara agak berat untuk diakses, harap dapat dibaiki supaya ianya mudah dilawati walaupun pengguna menggunakan internet tadak berkelajuan tinggi.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...