09 January, 2012

901 HARI PENENTUAN


Penyokong yang taksub dan sebahagiannya adalah 'perusuh upahan'.


1. Hari ini hari penentuan buat Anu arr. Penentuan dan hukuman kes liwatnya. Juga menentukan berapa sokongan yang masih ada dan setia kepadanya.

2. Jalan disekitar kawasan perhimpunan sesak. Bagaimanapun menurut sahabat yang berada disana sejak petang semalam memaklumkan bahawa sehingga 7 pagi ini hanya ada sekitar tidak lebih 4 ribu orang sahaja.  Sasaran 100 ribu orang yang dicanang oleh Anu arr nyata gagal, walaupun mereka diupah RM400 seorang sebagai elaun menjerit dan mencetus kekacauan.

3. Dapatkah Azmin dan Samsul Iskandar yang berunding dan bersetuju dengan syarat dikenakan oleh Polis untuk perhimpunan ini mengawal penyokong mereka? Jika berlaku sebarang kekacauan akibat dari kegagalan mamatuhi 10 syarat yang dikenakan maka Azmin dan Samsul Iskandarlah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya.

4. Seperti yang diramal bahawa perhimpunan ini pasti akan mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan pasti akan ada pihak yang bertindak ganas dan cuba memprovokasi pihak keselamatan.

5. Masih awal untuk memberikan gambaran sebenarnya, namun foto-foto dibawah ini sudah dapat dijadikan petunjuk bahawa keadaan tidak mampu dikawal.



Apalah salah dan dosa kereta dan pemilik kereta berkenaan?


Apabila sudah beramai maka perlakuan tentu susah untuk dikawal, 
yang rugi adalah rakyat dan negara akibat kerosakan harta benda

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...