05 January, 2012

ANU ARR AKAN SUMPAH




1. Anu arr semakin tertekan. 9hb. semakin hampir dan dia sendiri sudah tahu apa keputusan yang hakim akan berikan. Peguambelanya sendiri sudah tidak mampu membela kesalahan yang dilakukannya. Justeru Anu arr salahkan hakim kerana menghukumnya. Anu arr adalah 'Imam Mahadi' dan Anu-gerah Tuhan yang dilantik oleh puak pembangkang. Sebarang kesalahan yang dilakukannya tidak boleh dipersalahkan dan tidak boleh dihukum. Tok Guru Pas juga akan membenarkan Anu arr masuk syurga, mungkin dari pintu belakang juga.

2. Dalam kes liwat Anu arr, rakan-rakan pembangkang sendiri pun turut percaya. Jangan kita lupa bahawa Karpal Sinkh adalah antara yang paling awal bersuara untuk mendakwa Anu arr yang mana ketika itu masih TPM. Zaid Ibrahim juga percaya namun dalam nada lembut berkata itu dilakukan 'suka sama suka'. Jika seorang pemimpin hendak dipertahankan, apakah moral Anu arr yang sebegini wajar kita pertahankan?

3. Kes Liwat 1, hakim percaya ada berlaku 'kemasukan' ke dubur Azizan namun kerana teknikal beliau dibebaskan dari tuduhan. Dibebaskan dari tuduhan melakukan kesalahan bukan bermakna tidak melakukan kesalahan. Terbaharu, video klip seseorang yang kelihatan mirip Anu arr melakukan hubungan seks dengan pelacur yang didakwa 'chinadoll', siapa dapat menyangkal bila 99.9% ada persamaannya? Namun Anu arr memberi alasan bahawa perut antara kedua mereka tidak sama besar.

4. Jika mereka yang mendakwa Anu arr bersalah, kenapa Anu arr yang selama ini sangat terkenal dengan rekod kegemaran 'menyaman' tidak menyaman mereka yang menuduh beliau? Jika berani kerana benar, apakah kali ini Anu arr takut kerana sedar bahawa beliau memang bersalah?

5. Talian hayat Anu arr adalah dengan sokongan rakyat untuk bersetuju dan membetulkan setiap yang salah yang dilakukannya. Kerana itu slogan Anu arr terbaharu adalah 'Mahkamah Rakyat', ia itu kononnya biarlah rakyat yang menghakimi beliau. Sejak bila Anu arr tidak percaya pada sistem kehakiman? Atau hanya kerana mahkamah akan mempersalahkan apa yang dilakukannya maka dia tidak rela. Bermakna mahkamah benar dan adil selagi tidak menghukumnya.

6. Kempen Bebaskan Anu arr 901 adalah satu rusuhan yang akan dilakukan dengan mengajak rakyat merusuh supaya akan jadi sebagaimana di Mesir dan Libya baru-baru ini. Namun rakyat Malaysia lebih cerdik dari rakyat dari negara teluk itu dan kes serta isunya pun berbeza. Rakyat tidak akan bangkit untuk memberontak dan merusuh hanya kerana mempertahankan kesalahan dan perbuatan kotornya melainkan rakyat Malaysia yang teramat bodoh dan 'dilembukan' sahaja yang akan lakukan demikian.

7. 'Lembu-lembu' sedang diasuh oleh Anu arr dan dimulakan dengan rusuhan mahasiswa di UPSI baru-baru ini. Mahasiswa yang terdiri dari mereka yang gagal dalam akedemiknya diasuh untuk jadi perusuh jalanan oleh puak pembangkang. Kerana itulah mahasiswa yang cemerlang serta dari kaum lain tidak sertai rusuhan bodoh itu.

8. Anu arr sudah semakin lemas dan akan tenggelam. Lojiknya bagi sesiapa yang dalam keadaan demikian akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri hatta jika ada 'taik' hanyut dan terapung pun beliau sanggup berpaut padanya. Justeru tidak mustahil bagi 'binatang politik' ini akan bersumpah bahawa dia tidak meliwat sebagai balasan kepada sumpah Saiful yang mendakwa beliau diliwat.

9. Anu arr si 'Binatang Politik' tentu akan sangup bersumpah dan menipu Tuhan selain dari menipu rakyat. Sebagai Anu-gerah Tuhan tentu Pas akan kata dia layak lakukannya. Tambahan pula dengan adanya sokongan 'ustaz sesat' yang mengangkat beliau sebagai Imam Mahadi, tentulah taraf Anu arr bukan lagi sekadar manusia biasa mungkin beliau sudah setaraf dengan 'Ayah Pin' yang berkuasa di kerajaan langit.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...