08 January, 2012

901 HARI PERARAKAN LEMBU

Mana Haji Hadi? Nika Aziz dan Tuan Ibrahim Tuan Man?


Utusan Malaysia Online:
HULU TERENGGANU 7 Jan. - Pas mengalu-alukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi, Isnin ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak mempunyai masalah untuk menerima Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti.


1. Pas tiada masalah bahkan mengalu-alukan Anu arr sebagai Perdana Menteri apabila usaha menawan Putrajaya mereka berjaya nanti. Ini tidak menghairankan kita kerana Nik Aziz pun pernah berkata bahawa mereka sanggup bersahabat dengan syaitan sekalipun untuk menjatuhkan BN/UMNO.

2. Justeru perjuangan utama mereka bukanlah untuk menegakkan Islam atau membela rakyat, hanya untuk menumbangkan BN/UMNO dan untuk berkuasa.

3. Malangnya, untuk mencapai cita-cita mereka, mereka sanggup dan rela gadaikan prinsip dan perjuangan parti yang selama ini dihormati dan dijunjung oleh pemimpin lama mereka. Bahkan agama Islam pun mereka sanggup gadaikan kerana cita-cita politik.

4. Perjuangan Pas bukan lagi untuk menubuhkan negara Islam, bukan lagi ingin melaksanakan hukum Islam (hudud) tetapi hanyalah untuk pemimpin-pemimpinnya berkuasa biarpun terpaksa berkongsi dengan golongan 'kafir harbi' yang rasis sekalipun.

5. Pas sanggup berimamkan Anu arr yang sudah diketahui jelas latarbelakangnya dan keburukannya. Layakkah peliwat dan penzina diangkat jadi Perdana Menteri? Hanya pas yang jiwanya rosak dan dipenuhi syaitan sahaja yang akan katakan ya.

6. Kita lihat berapa ramai yang berserban dan berkopiah yang akan sertai rusuhan 901 ini nanti, berapa ramai lagi yang sanggup berbaring diatas jalan dan menyamakan taraf kemanusiaan mereka sama seperti lembu jalanan.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...