26 January, 2012

UNDI ANU ARR = TEMPAH BILIK NERAKA

Lidah siapa yang kata begini? 
Lidah siapa yang menjilatnya semula?


1. Pas hanyalah sebuah parti politik yang berkepentingan politik kepada para pemimpinnya untuk berkuasa. Pas selalu keluarkan 'fatwa-fatwa' yang mengelirukan dan memesong akidah atas kepentingan berdasarkan keadaan.

2. Ulamak-ulamak Pas dan bahkan Tok Guru-nya juga tidak lagi boleh dipercayai. Fatwa dan kata-katanya hanyalah berdasarkan kepada untung dan rugi politik semata-mata. Hari ini haram hari esok jadi halal. Hanya yang buta hati masih percaya bahawa Pas itu perjuangkan Islam.

3. Sewaktu bersendirian Pas bertekad perjuangkan Islam, namun apabila bersama DAP kafir harbi, Pas tunduk dan terpaksa ketepikan agama demi mendapat sokongan dan undi. Kerana itu negara Islam sudah ditukar kepada negara kebajikan.

4. Lidah Pas adalah api yang membakar dan merosakkan agama. Imam UMNO tidak sah. Sembelihan UMNO haram. Undi Pas masuik syurga. Mereka permainkan agama. Pas sesat dan terus menyesatkan.

5. Harakah @ Serakah lidah Pas adalah lidah 'Pasik', penyebar berita dusta. Ketika Anu arr disebelah sini mereka sebarkan kenyataan 'Mengundi Anu arr ibarat menempah bilik neraka'. Kini, Anu arr yang sah melakukan kesalahan seks luar tabii dipuja dan diaggungkan.

6. Pemimpin Pas merasakan mereka semakin kuat namun hakikatnya mereka semakin lemah. Penyokong sudah semakin kurang percaya kerana setiap kata mereka adalah dusta semata-mata. Mungkin masih ada penyokong yang setia, namun mereka itu hanyalah sekadar 'lembu-lembu pawah' semata-mata yang akan bersedia untuk berbaring dimana-mana jalan raya untuk demonstrasi yang mereka sendir tidak fahami dan mengerti.

7. Untuk mendapat sokongan, Pas membakar api kebencian rakyat terhadap kerajaan. Segala yang kerajaan lakukan mereka anggap salah belaka. Namun akhirnya mereka ramai-ramai bersungguh-sungguh juga menerima  RM500.00 'BR1M'. Siang malam memaki hamun kerajaan namun 'BR1M' mereka menerimanya tanpa malu dan segan. 

8. Rakyat perlu sedar bahawa Pas tidak mampu membawa kita kemana-mana. Di Pahang Tuan Ibrahim kononnya akan berikan tanah percuma apabila mereka memerintah. Dapatkah kita menebus semula jika kita membuat pilihan yang salah? Pas pandai berjanji tetapi sentiasa memungkiri. Kerana Pas parti Islam, berdusta pun mereka tidak mengapa. Syurga dan neraka mereka yang tentukannya.

9. Pas dan pembangkang mudah menyalahkan kerajaan dan orang lain namun mereka tidak juga mampu berbuat apa-apa selain dari menjual janji. Cukuplah, dan jangan kita tertipu lagi.



Ini bukan fitnah. Ini adalah kenyataan PAS yang terpampang jelas di lidah rasmi mereka iatu HARAKAH satu ketika dahulu. Kenyataan ini dibuat sebagai amaran kepada PAS suatu ketika dahulu. Tetapi PAS tetap langgar amaran yang telah ditetapkan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku ? Nik Aziz semakin nyanyuk membela Anwar Ibrahim. Kekuatan PAS yang pernah menjadi tonggak utama pakatan pembangkang kini sekadar melukut ditepi gantang. Sedangkan semua orang tahu kekuatan jentera PAS yang paling hebat dari segi komitmen ahli parti mereka.

Dr. Hasan Ali cuba peringatkan kepada PAS dan pimpinannya tentang Anwar Ibrahim. tetapi apa yang berlaku? Beliau dipecat serta merta tanpa wujudnya ruang keadilan. Satu tindakan autokratik ala komunis oleh pimpinan PAS. Sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim itu maksum taraf Imam Mahdi ?. Sebab Nik Aziz itu maksum taraf Nabi ?

Sesiapa sahaja yang kritik Anwar Ibrahim akan dianggap musuh Islam. Sesiapa yang menegur Anwar Ibrahim dianggap menghina pemimpin suci PAS iaitu Nik Aziz. Ini lah perkara sebenar yang berlaku. Ini lah kisah benar yang RAKYAT perlu tahu.

Anwar Ibrahim bukan maksum. Dia adalah PENIPU. Bukan saya cakap atau FITNAH. Tanya sama rakan-rakan rapatnya. Berapa ramai yang sudah ditipu Anwar Ibrahim tentang janji 16 September ke Putrajaya sehinggakan peguambelanya sendiri yang juga Pengerusi DAP menuntut Anwar Ibrahim BERTAUBAT !!!

Raja Petra Kamarudin (RPK) pemilik portal Malaysia-Today yang menjadi sarang maklumat pembangkang juga mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah PENIPU. Menipu RAKYAT bahawa dia tidak kenal Datuk Eskay yang keluarkan video seksnya tetapi RPK sendiri sahkan Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Datuk Eskay kepada beliau. Nah! RPK sendiri menjadi saksi kepada PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM.

Sekarang sudah lihat PAS menjilat ludah mereka sendiri. Peringatan 'UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NEREKA' yang tidak diendahkan sudah MAKAN DIRI kepada PAS.

Sampai bila ahli dan pimpinan PAS mahu terus percayakan Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh Nik Aziz?????

http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/01/undi-anwar-tempah-bilik-neraka-kini.html

5 comments:

Anonymous said...

ada aku kesah?

Anonymous said...

pas ok..sebab dasar perjuangan islam
umngok tak ok.. sebab dasar perjuangan kebangsaan..hasil drp penjajahan british laknat..apa2 hal bangsa..2X..maknanya bangsa lebih dimuliakan drp islam..haram bin jadah betul..Ingatlah sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri tak menjanjikan bangsanya utk dpt masuk syurga.Umno ni mengaku mendokong islam tapi hakikatnya kita semua pun tahu..bila tiba hari keputeraan Rasulullah SAW bukan main segak lagi berarak siap bersampin bagai tapi ajaran nabi,hukum ALLAH SWT yg ada dlm al quran semuanya tolak tepi..tak sesuailah..belum masanyalah..& entah apa2 lagi alasan yg diberi..sekali lagi haram jadah betul..emm penatlah..
biar org lain sambunglah..kalau nak tulis semua kejahatan @ kesetanan umno ni sampai esok pun tak habis..akhir sekali utk pendokong umno,.ingatlah kehidupan kita dialam barzakh nanti..

bRAVEhEART said...

uikk!! marah nampak? tp itulah hakikatnya dan kenyataannya yg harus Pas telah setelah menjilat segala kotoran yg Anu arr tinggalkan utk Pas

Anonymous said...

Biasa la,,kalau dah terkena batang hidung sendiri,,,marah,maki hamun la jawapannya,,aku pun heran jugak,,knapa la ada yg masih taksub sgat,,aku pun dulu memuja Annu Arr,,tapi setelah difikirkan semula,,aku bru nampak akan kepalsuan yg ada pada dirinya,,

Anonymous said...

Salam,
Tuan dan puan sekalian..
sila tgk balik gambar yg di attach ni betol2..
tajuk dan gambar lari alignment nye.. tak nampak ke senget2 tu..?
tengok gambar bawah tulisan "BILIK NERAKA"
mcm mane kite nk tahu gambar ni di edit? kelihatan pixel yg pecah pada tulisan tu.. kalo benar, sila beri tarikh suratkhabar ni dikeluarkan.. sekiranya tidak benar, sy mohon yg menyebar gambar ni, tlg la jgn tambah2 lagi saham tu yer..

- Pembaca Harakah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...