29 January, 2012

PAS PAHANG JANJI BERI TANAH?




1. Pas Pahang mengulangi cara lama mereka menjelang PRU13, iaitu memberi janji-janji palsu. Kali ini Pesuruh jaya Pas Pahang janji untuk berikan tanah 'jika' mereka menang PRU. (Klik Sini)

2. DSD MB Pahang nasihatkan rakyat supaya tidak termakan janji Pas itu. '...orang jahil hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka tidak jahil, dia tidak boleh tipu'....kata MB lagi. (Klik Sini)

3. Janji-janji adalah tindakan terdesak Pas dan Pakatan Pembangkang dalam menghadapi PRU. Mereka sedar bahawa sokongan sudah semakin hilang terhadap mereka. Keretakan didalam Pakatan Pembangkang juga sudah semakin jelas.

4. Selain itu, isu sokongan membabi-buta Pembangkang terhadap DS Anwar Ibrahim juga mengecewakan penyokong Pas kerana majoriti mereka sudah percaya bahawa DS Anwar memang terlibat dalam banyak kes-kes berbuat onar.

5. Kes pemecatan Hassan Ali juga menyinggung hati sebahagian besar penyokong Pas. Ketika DS Anwar dipecat, beliau dimaklumkan terlebih dahulu dan diberikan peluang membela diri namun dalam kes Hassan Ali, pucuk kepimpinan Pas bertindakdiktator dengan mengenepikan hak-hak tertuduh untuk membela diri, ini bukan cara Islam sebenar.

6. Memang mudah untuk berjanji, namun janji-janji lama, semasa PRU12 dulu masih banyak yang Pakatan Pembangkang tidak mampu tunaikan. Pas Kelantan contohnya, sedang berpusing-pusing lidah dalam isu janji-janji PRU ini. Dulu Pas Kelantan janji nak beri RM100 kepada warga emas tapi masih belum tertunaikan lagi. (Baca Sini)  Jika janji wang sebanyak itu pun masih tidak mampu ditunaikan, bagaimana pula untuk tunaikan jajnji yang lebih susah? Memberi tanah bukan semudah memberi wang tunai melainkan 'tanah kubur'. Di Kelantan, kaum kerabat Nik Aziz pun masih berganttung kepada ikhsan Kerajaan BN. (Baca Sini)

7. Ketika menjelang PRU12 lalu, Pas Kelantan juga berjanji untuk berikan tanah kepada rakyat, namun selepas menang PRU, mereka sibuk memberi alasan bahawa tiada siapa yang berjanji demikian. Demikianlah apabila 'Ularmak' berpolitik. Apabila mereka yang menonjolkan imej Islam berpolitik rakyat mangharapkan mereka akan jujur dan tidak menipu, namun sebaliknya.

8. Nik Aziz kata, mana ada laporan dakwa calon Pas janji untuk beri tanah. (Klik Sini) Dengan serban masih diatas kepala, Nik Aziz sudah memusingkan kata-kata. Apakah tidak ada laporan bermakna tidak ada penipuan?  Jika Nik Aziz ini bukan Mursyidul Am Pas, tentu dia sama taraf dengan Ayah Pin, pemimpin 'Kerajaan Langit'.

9. Harap-harap rakyat Negeri Pahang akan lebih cerdik dari Rakyat Negeri Kelantan yang sudah lebih 20 tahun jandi mangsa penipuan Pas dengan janji-janji syurga yang mustahil dapat mereka tunaikan. Air bersih pun Pas Kelantan tidak mampu bekalkan kepada rakyat, justeru apa lagi yang mampu mereka berikan selain dari janji-janji manis untuk terus berkuasa setiap kali Pilihanraya.

10. Mungkin benar apa yang Tuan Ibrahim kata, Pas Pahang akan beri tanah, tetap janji Pesuruhjaya Pas Pahang itu hanyalah 'sekeping tanah kubur' yang sudah pun jadi hak setiap rakyat  -  PahangKu





3 comments:

mama carrie said...

Janji manji...

Tengok je lah kat slangor, kedah dan penang. Bukan kate nak bagi tanah, yg bertuan pun kene rampas.. tanah wakaf punnnn nak kene ambik. Harta2 kerajaan negeri? Habis dah kene jual.

Rakyat Pahang janganlah tertipu.. nanti baik2 dah ade tanah sendiri, tak pasal2 kene ambik pulak. putih mata hang nanti...

Rakyat Pahang dan semua rakyat Malaysia terutamanye orang2 melayu islam, tepok dada fikirlah sendiri. Bile bepikior, otak tu letak lah kat tempatnye, jangan letak kat pungkoq pulak..

Cikgu Ngah said...

Salam saudara.

Tuan Ibrahim sendiri datang menumpang mencari rezeki di bumi Pahang dari Kelantan Bumi Lindungan Syurga. Berkat ihsan kerajaan BN Pahang dari dulu lagi, maka Tuan Ibrahim dan kaum kerabatnya dari Kelantan dapat memiliki tanah dan membuka kampung di Batu Balai, Besul, Merapoh, Kubang Rusa, Sg Damak dan banyak tempat lagi di Pahang. Ramai yg jadi kaya raya termasuk Tuan Ibrahim sendiri dan juga Dato Rosni Zahari dari Maran yg sampai dapat jadi wakil rakyat. Kalau kita orang Pahang pergi Kelantan dapatkah buat begitu? Sekarang ini dia pulak nak bagi tanah kat orang Pahang sendiri? Betul kata Long Nan, orang jahil hanya boleh tipu orang yang jahil. Saya nak ulang sekali lagi pada Tuan Ibrahim dan kaum kerabatnya, kalau kerajaan Pahang ni zalim sangat, dan keadaan ekonomi Pahang ni terlalu daif sampaikan rakyatnya hidup menderita dan perlu diselamatkan (macam slogan pakatan di Pahang), maka saya cabar dia balik saja ke negeri Kelantan yang serba makmur itu.

Terima kasih. Wassalam.

Anonymous said...

ye .sy juga turut sedih dan kesal.juga amat terkilan bila eset bumiputra lenyap macam tu juga.terasa mereka bebas buat apa saja.macam tak ada perbincangan dgn pihak sultan..yayasan selangor katanya dah dibeli oleh biaDAP.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...