09 January, 2012

TERKINI 901: 8:52 - 8:22 PAGI





8:52 - Anwar yang ditemani Wan Azizah dan anak-anaknya kelihatan hadir di dalam kamar. Wajah Anwar jelas tanda-tanda kelesuan/keletihan. Rihatlah di SG Buloh.

Adakalanya wajah Anwar terpampang tanda kerisauan. Dato S Ambiga dan Dato A Samad Said tidak ketinggalan hadir di galeri awam. Keadaan dalam galeri awam kamar penuh sesak dan ramai hadirin bdiri-diri berikutan tempat duduk telah dipenuhi melebihi tahap maksimum.


8:45 - Dato Yusuf dan DPP lain tiba dlm kamar. Wajah Dato Yusuf jelas kelihatan ceria semasa bersembang dgn Saifuddin Nasution 


8:33 - Galeri awam mula dibuka kepada orang ramai termasuk wartawan dan pemerhati asing. Tan Sri Khalid dan isteri turut dilihat masuk ke dalam kamar. Seramai 13 orang pemerhati asing dilihat masuk ke dalam kamar dan mengambil tempat di galeri awam. Galeri awam mula sesak dgn kehadiran org ramai.


8:30 - Sankara Nair, Dato Param, Dato PV Prabakaran dan beberapa peguam pemerhati Anwar masuk ke dlm kamar.


8:22 - S. Nair bersama pembantunya dilihat berlegar di luar pintu kamar mahkamah sambil menjawab pertanyaan wartawan. Mat Sabu dan Dato A Samad Said turut dikesan hadir. Keadaan di luar lobi riuh rendah dengan kehadiran para wartawan dan beberapa penyokong Anwar serta pemerhati. - The Unspinners


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...