28 January, 2012

HJ HADI INSAF DAN TIDAK AKAN TANDING PRU




MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya  -  (Klik UOL)


1. Tak siapa tahu apa sebenarnya ada dalam hati Hj. Hadi. Mungkin dia benar-benar sudah ingin bersara kerana sudah terlalu lama. Selain itu dia juga sudah gagal mengeluarkan fatwa-fatwa baru dalam memnburuk-burukkan kerajaan dan UMNO yang selama ini memberikan kekuatan kepada Pas.

2. Mungkin juga dia sudah terasa tekanan dari pemimpin-pemimpin baru dalam parti Pas itu sendiri selain dia sudah terasa gagal untuk menyaingi kuasa dan sokongan yang ahli berikan kepada Mursyidul Am Pas sendiri.

3. Mungkin Hj Hadi merasa bersalah dan insaf apabila memikirkan Hassan Ali yang dipecat dari parti itu adalah dipoihak yang benar dan dia sendiri serta 'ularmak-ularmak' lainnya sudah melakukan kesilapan besar terhadap agama dan bangsa.

4. Atau dia mungkin sudah insaf dan menyedari bahawa apa yang Pas lakukan selama ini adalah salah serta memecahbelahkan agama dan bangsa Melayu serta memesongkan akidah dan terasa berdosa kerana berbuat demikian.

5. Kita tunggu seruan supaya penyokong-penyokong keluar dari parti yang membawa kesesatan selama ini.

2 comments:

Anonymous said...

pada pendapat aku haji hadi tidak mahu memikul bebanan akan dipersalahkan oleh parti pas akan kekalahan pas yang mungkin akan teruk jatuh pada PRU 13 nanti.

Anonymous said...

Kalau x sahih jangan main agak-agak...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...