07 February, 2010

AYO: PEMIMPIN MELAYU PENGECUT

Word of the day:
AYO - Ringkasan kepada ayat pertanyaan dari seorang yang dituduh meliwat kepada mangsa liwatnya yang bermaksud: 'Are you okay?' Ayat ini dilafaskan sewaktu tertuduh peliwat menikmati karipapnya dengan penuh berselera selepas memuaskan selera nafsu serakahnya itu.



Kita merasa kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya UMNO yang memimpin kerajaan yang kelihatan semakin hari semakin penakut dan tersasar dari asas perjuangan yakni terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

UMNO dan kerajaan kelihatan terlalu bertolak ansur dan menjaga hati bangsa lain mungkin hanya kerana ingin mendapatkan undi dan simpati sedangkan dalam masa sama hati dan perasaan orang Melayu sendiri tidak lagi dipedulikan.

Sikap pemimpin yang takutkan bangsa lain semakin jelas dan antaranya adalah peristiwa permohonan maaf dari Dato’ Hishamuddin yang menjulang keris sewaktu dalam satu perhimpunan Pemuda tidak lama dulu diikuti beberapa peristiwa lain lagi.

Apakah akhirnya nanti orang-orang Melayu tidak lagi punya keberanian untuk perjuangkan bangsa sedangkan dalam masa sama bangsa lain dengan berani mengecam bangsa Melayu dan menghina kita serendah-rendahnya. Alangkah malangnya bangsa Melayu mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah hilang keberanian. Jangan sampai anak bangsa akan datang mencaci pemimpin-pemimpin yang tidak berani ini.

Apabila ada perbuatan menghina bangsa Melayu dan negara kita oleh kaum lain, mereka tidak dikenakan tindakan, tetapi jika ada perbuatan oleh bangsa Melayu yang memperjuangkan bangsanya maka mereka dituduh rasis dan kerajaan yang dipimpin oleh bangsa Melayu ini akan segera mengenakan tindakan terhadap mereka kerana takutakan bangsa lain. Akhirnya bangsa Melayu semakin takut untuk bersuara kerana pemimpin-pemimpin Melayu yang sebenarnya terlalu takut memperjuangkan bangsa.

Malang bagi bangsa Melayu di bumi sendiri kerana tidak lagi ada suara-suara yang gagah dan berani seperti sebelum ini. Kita perlukan pemimpin-pemimpin yang ultra Malay seperti Harun Idris untuk memimpin bangsa kita. Pemimpin-pemimpin penakut sepatutnya disaran berundur bagi menjaga ‘telur’ masing-masing.

Kerana apa ini terjadi? Kerana Melayu tidak lagi kuat. Kerana Melayu sudah tidak bersatu. Kerana Melayu berpecah-pecah dan dipecah-belahkan supaya akhirnya bangsa Melayu menjadi layu dan lemah. Sehingga bangsa Melayu hanya hidup dengan mengharap belas ihsan bangsa lain dan menumpang di negeri sendiri.



(Laporan akhbar)

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri." (Baca laporan Utusan
Malaysia) : KLIK

(Baca blog-blog berikut yang menyatakan pandangan penulisnya)

http://arifomar.blogspot.com/2010/02/lagi-melayu-dikorbankan.html

http://parpukari.blogspot.com/2010/02/melayu-oh-melayu-apa-nak-jadi-dengan.html

8 comments:

ORANG KG said...

salam:

teman setuju dengan mike.teman tengok bila kita cakap salah sikit kena minta maaf,yang kulit satu lagi cakap tak pula kena hentam.satu lagi bila org kita buat salah sikit cepat pula kena dakwa,tetapi dalam blog puak-puak sana kurang pula tindakan diambil dgn cepat.adakah ini hendak menjaga hati org lain.ohhh satu lagi lawyer2 melayu kita pun malas nak tolong org kita,mungkin tak masyukkk kot,cuba tengok gang sebelah sana satu org kena berpuluh lawyer dia beratur.cth terdekat gerai-gerai melayu d penang yg teman tengok PERKASA sahaja yg maju ke depan mana pempin umno yg lain,kecut perut kaa...atau kalau komen lepas tu kena minta maaf,ini lah yg membuat teman sedih dgn situasi politik kita sekarang.sebenarnya kita tak lemah,tetapi kita sendiri melemahkan orang-orang kita didalam negara ini,benar kata kan benar.adakah kita ingin di belit dan d manupulasi dengan mengambil kelemahan orag2 melayu kita?

tq

Jeepers Creepers said...

pemimpin umno sekarang semuanya kaya kaya. sebab tu takut nak berbunyi. banyak bunyi karang saham jatuh.

sapa yang bagi duit pada mereka? tentulah peniaga cina. peniaga melayu tak ada duit nak bagi mereka makan.

sekarang ni sebilangan pemimpin umno dah sama tahap dengan dap. sanggup pijak bangsa sendiri untuk dapat duit projek dari bangsa lain.

orang melayu memang boleh bangkit lawan tapi perlukan pemimpin. kalau takde pemimpin macam mana nak bergerak.

umno sekarang dah tak boleh memimpin orang melayu. umno dah tak ada juara orang melayu, tak ada pendekar. yang ada cuma peniaga peniaga. mereka mana tahu berlawan. mereka cuma tahu untung.

sekarang kita cuma boleh harapkan pada perkasa. perkasa lah harapan akhir kita.

syabas buat penganjur sedaq kat penang. sebab bangkit menentang guan eng.

Anonymous said...

kepimpinan melayu hari ini yang menerajui tidak saperti kepimpinan melayu terdahulu saperti tun mahathir yang tegas dan berwibawa kecekapan menerajui negara ..... kepimpinan melayu alaf' ini saperti kepimpinan 'anguk2 geleng2' - kaum lain diutamakan - kaum melayu digorengkan

bRAVEhEART said...

Salam,

Orang Kg, perjelaskan,yang kulit satu lagi tu adalah bangsa Cina. Jgn nk sembunyi2 dan takut2.

Betul, peimpi Umno semuanya dah dipasang kelikir dihidung mereka oleh bangsa Cina. Jiwa mereka semuanya dah terjual termasuk roh mereka, jasad mereka pun bukan hak milik mereka lagi.

Rakyat semua kena befikir sepertimana pemimpin berfikir: penyokong tidak akan dipeduli tetapi penentang akan dihargai dan cuba dibeli. Jadi, tentanglah kerajaan dan pemimpin untuk mendapat sesuatu darinya. Ini hakikat dan mentaliti dalam Umno.

Orang Melayu mesti bangkit dan menentang, kemudian pemimpin2 akan datang tanpa malu2 untuk menjadi ketua kita dan memimpin kita nanti.

YANG GAMBI said...

Salam BH, setuju sangat dengan komen Yb Raz..... apabila sudah digelumang dalam kekayaan, mulut mula terkunci, mata terpaksa dirabunkan, teliga terpaksa ditulikan....... inilah kepimpinan muda UMNO sekarang, sebab itu kuncu-kuncu komunis mula berani bersuara lantang.....

Datuk Nasir Safar dikecam tanpa ada pembelaan, seorang guru cabuk dari sekolah Cina menempelak 'Melayu lembu' pun takut nak diberi tindakan..........

Anonymous said...

mari kita sama2 bantu angkat datuk nasir safar menjadi pemimpin melayu
melalui perkasa....mari ..mari..mari

Anonymous said...

Salam,

Memang Pemimpin Melayu sekarang sudah kehilangan telur-nya. Bangsa Melayu semakin hari semakin tercela dan dihina sehina-hinanya dan pemimpin Melayu hanya kecut perut sambil memegang telur masing-masing.

Salam kepada Melayu semuanya, bangkit dan berjuanglah walau tanpa pemimpin, dan sebenarnya kita tidak pun memerlukan pemimpin yang pengecut begini.

AbgTuah said...

BIBIT-BIBIT PERPECAHAN DAN KERUNTUHAN PR TELAH BERLAKU SATU PERSATU..

JIKA SI NUAR SANGKUT DIDALAM KES SODOMI II..PR KEHILANGAN KETUA IBARAT KEHILANGAN NAHODA KAPAL..KAPALNYA AKAN HANYUT TANPA HALUAN..

IBARAT ANAK AYAM KEHILANGAN IBU..

ITULAH HUKUMAN KEPADA MEREKA JUGA KEPADA HAMPAS KERANA TERLALU BONGKAK

OH YA..KALAU NAK JADI PEMINPIN JIWA DAN HATI KENA BESAR

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...