18 February, 2010

DEMO BEROK DAN TAWARAN TEAM BLOGGER RAKYAT


Bijaknya KJ mengambil kesempatan untuk menjadi juara demonstrasi. Banyak pihak termasuk blogger terperangkap dan menjadi beruk yang bertuankan KJ. Mugkin sebahagian dari mereka sudah pun dibeli secara pakej. Hehehe! Yang tak berhati-hati sentiasa akan tertipu.



Maaf! Ruangan ini sepatutnya bagi blogger min.sHOGUn tetapi saya mengambilnya sekurang-kurangnya untuk beberapa hari ini sehingga selesai misi counter attack saya dan dia pulang dari konvesyen nanti.



----------------



Kata Gomo dianggarkan antara 800 - 1000 orang menyertai demonstrasi aman dihadapan kedutaan Australia bagi menghantar memorandum membantah campurtangan 50 Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman negara kita yang secara tidak langsung mencemarkan kedaulatan negara kita.


Diberitakan juga banyak pihak yang terlibat termasuklah Perkasa, MIC, Makkal Sakti dan beberapa Ngo serta Pergerakan Pemuda UMNO.


Ada pihak melihat bahawa demo itu memberikan kesempatan kepada KJ untuk menjadi juara sama ada secara langsung atau tidak dan secara sedar atau tidak. Bagaimanapun inilah yang telah berlaku. Mungkin ada pihak yang telah merancangnya sedemikian rupa tanpa disedari oleh peserta demo berkenaan.


Sahabat-sahabat blogger turut juga terlibat sama terbeli samaada secara pakej atau berasingan. Yang nyata adalah mereka yang selama ini selalu menghentam KJ namun pada hari itu terpaksa tunduk seakan mencium tapak kaki KJ. Demikian bijaknya KJ. Demikianlah kehidupan dan putaran rodanya.


Saya cuma nak kata; kemahiran menulis diblog bukan bermakna mahir dalam selok belok dan sepak terajang dalam permainan politik. Adakalanya kita terperangkap dan akhirnya jatuh tertiarap di kaki KJ. Huhu!



Yang ni aku tak tau nak tulis apa sebab keduanya aku kenal
Kah kah kah! terliwat juga setor kunyit parpukari akhirnya, hehe


Rupanya ini dia KJ dan PK (Apakah PK sudah diliwat KJ?) Kahkahkah



---------------



Begini posting PDO semalam, sebahagian darinya saya salinkan seperti dibawah ini:

Para ahli Blogger Pembela Negara harus sedar akan sikap sebenar pemimpin UMNO itu. Maka, apalah guna mereka cuba untuk mengampu dan mempertahankan pemimpin yang langsung tidak mahu memberi perhatian kewujudan mereka di alam siber. Di Pahang misalnya, ada blogger seperti BraveHeart yang dilihat begitu komitmen untuk membantu perjuangan UMNO. Namun, sudah beberapa kali beliau menyatakan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap pemimpin UMNO yang bukan sahaja tidak menjaga kebajikan mereka. Malahan juga langsung tidak memberi ruang serta peka dengan kewujudan mereka di alam siber. Media alternatif dianggap tidak penting dalam arus perjuangan. Walhal mereka sendiri tahu bahawa pengaruh media alternatif terutamanya blog telah menyebabkan UMNO BN kalah dibeberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu. Apakah Pahang akan menjadi negeri seterusnya. Oleh itu, marilah kita bersatu atas nama Perjuangan Rakyat demi keadilan sejagat. Apalah guna perjuangan jika keringat yang dicurah tidak langsung diberi perhatian oleh pemimpin atasan. Kami menghulur tangan untuk kita bersatu di alam siber demi sebuah perjuangan leluhur!


Terima kasih atas tawaran dari pihak sebelah sana. Sepatutnya lah tawaran ini dipertimbangkan dengan wajar bagi mereka yang ada semangat perjuangan didalam diri. Saya tidak memandang sinis pelawaan ini bahkan saya sangat menghargai apabila ada pihak yang dianggap musuh lebih menghormati kita dari pihak yang kita perjuangkan sendiri selama ini.


Blogger Pahang belum kemana-mana lagi dan masih jauh ditinggalkan oleh PDO. Mereka tidak akan mampu saingi PDO dan saya berkata jujur kerana saya mampu menilai kekuatan dan kelemahan UMB Pahang bahkan dalam masa setahun lagi pun mereka tidak akan mampu. Mereka masih tercari-cari haluannya dan kebanyakkan blogger yang dilatih UMB Pahang masih ibarat kura-kura yang bersembunyi disebalik cengkerangnya. Penakut bila digertak


Kepada PDO, bagaimana pun buat masa ini biarlah saya disebelah ini dan memperbetulkan mereka dari dalam. Kerana saya percaya bahawa kelemahan ini adalah kelemahan orang tertentu, andai orang berkenaan ditukarkan maka kemungkinan UMB Pahang akan dapat kembali teguh. Jadi kepada PDO, anggaplah saya masih sebagai musuh yang juga perlu dihormati sebagaimana saya menghormati PDO sebagai lawan juga.


~ bRAVEhEART





7 comments:

Arif Omar said...

HAI PARPU. LAIN MACAM AJE SAYA LIHAT KEMESRAAN DENGAN KJ. ADA APA-APA KE.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,*^%()(*&^%$%^&*(*&^%$#%^&*()(*&^$%#$^&(*&^%$#$%^&*(*&^%$#$*(*&^%$

Local Fighter said...

Salam saudara,

Jangan mudah termakan pujuk raya PDO dan sekufu sekafat mereka.

Seharusnya tuan 'counter' mereka balik. Adakah mereka berjuang secara adil?

Adakah tuduhan dan fitnah yang pernah PDO lemparkan suatu ketika dahulu tentang kesihatan Saiful Bukhari itu perjuangan?

Fitnah mereka lagi keji daripada cara DAP! Cakap manis ibarat menanam tebu dibibir!

Harap tuan terus istiqamah. Perjuangan membela memang perit lebih2 lagi yang nak dibela tu tak sedar diri macam UMNO!

Kita berjuang bukan untuk UMNO, tuan! Tapi untuk generasi anak kita masa depan! Jangan terjerumus ke dalam lubung tahi Anwar Ibrahim!!

bRAVEhEART said...

Salam,
sdr arif - Parpukari...hehe
Sdr Local Fighter - saya dh pun menjawab pelawaan mereka dengan baik dan halus serta manis dan lemah lembut, tetapi maknanya tetap keras yang bererti TIDAK.

Apache said...

Akhirnya PDO mengaku mereka dibayar..hahahaha...dasar pencacai..heheheh

bRAVEhEART said...

Terima kasih Apache kerana ziarah, awk tau kemana arah saya dn saya dari dulu tak berubah arah, cuma mereka yg tk mengenali saja yg menaruh sangsi. Tp biarkan mereka.

PUTERI said...

SAlam BH,

PDO ingat kita ni di bayar macam depa..hehe...dah pecah tembelang mereka rupanya..kekuatan BPN kerana kita semua majoritinya berjuang secara sukarela..kerana perjuangan kita bukan utk sesiapa, tapi utk melihat agama, bangsa dan negara tidak diperlekeh dan musnahkan oleh para musuh.

Inilah yang mereka takut, dan cuba buat strategi utk pecah belahkan BPN..harap ketua BPN, Pang5 ambil perhatian soal ini..kerana sudah ada bibit psywar yg dimainkan oleh pihak proPakatan.

bRAVEhEART said...

Terima kasih puteri kerana hadir dan memberi komen. Saya dah dihujung agenda, saya rasa dh nak bersara.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...