Mana ada naik? Semua turun
Menjelang Tahun Baru Cina, kerajaan memberikan (lagi) amaran kepada peniaga agar jangan menaikan harga barang yang dikawal. Mampukah kerajaan mengawal harga barang kawalan ?
Selalunya yang lebih berkuasa adalah golongan peniaga kapitlis ini dan amaran-amaran kerajaan hanya dibalas dengan tindakan mengurangkan stok dalam pasaran yang akhirnya membuatkan kerajaan terpaksa akur untuk menaikkan harga.
Kebelakangan ini memang suara pemimpin sudah kurang didengar dan pemimpin sudah kurang dihormati. Mungkinkah kerana talah terlalu banyak amaran demi amaran namun tidak ada satu pun tindakan yang keras diambil dan ini membuatkan mereka menganggap amaran kerajaan itu hanyalah teguran dan senda seloka politik semata-mata.
Ini mungkin juga berkaitan dengan ketidak-beranian pemimpin-pemimpin terutama pemimpin Melayu, yang tidak berani mengambil tindakan terutama kepada bangsa lain atas alasan menjaga hati bangsa-bangsa itu. Ini membuatkan kepala mereka lebih membesar dan membengkak dalam masa sama mampu mengecutkan hati dan 'telur' bangsa kita.
Mungkin saranan Husin Lempoyang untuk mewujudkan Kementerian Amaran Dalam Negeri adalah wajar dipertimbangkan. Pertimbangkan juga perlantikan KJ sebagai menteri berkenaan.
Perbicaraan yang sedang berlangsung dan menarik perhatian umum ini juga mengenai barang naik dan barang yang dibawa masuk dari jalan belakang. Katanya perbicaraan akan dijalankan secara tertutup. Mungkin satu demonstrasi bagaimana kemasukan itu berlaku juga akan ditujukkan. Klik sini ke Parpukari.
Update 11.16AM - Keyword: Mokhtar!!, hehe - saya suka ini (Klik sini)
6 comments:
kementerian baru? masa rombakan kabinet hari tu ade kementerian yg dimansuhkan .. ni nak tubuh kementerian baru? macam tubuhkan suruhanjaya plak dah. bila masih dalam proses pembikinan.. rakyat kata lambatlah, tak jadilah, ape la.. so, ini bkn jalan penyelesaian,, ini penambahan masalah. yg perlu diberikan perhatian skg ni ialah penguatkuasaan. sejauh mana penguatkuasaan itu tegas dalam menjalankan tugas mereka. mereka yg patut dibasuh habis-habisan.
skg ni even kita ada kawan kat kastam, sebagai contohlah kastam.. dia buat rampasan, ada juga pegawai2 dalaman pergi curi plak dari kastam dan jual balik kat orang ramai.. tak ke salam tadi? maknanya pegawai dalam agensi tu sendiri kena BASUH!
Jadi apa masalah awak?
hehehehe....
Kalau sebut "mokhtar", mungkin barang lain yang akan naik...!
Salam bro, lama tak melawaat blog tuan......
Semua harus terima kenaikan harga barang.....kalau turun pun ada pulak yang tak suka..... hanya yang dah tak berupaya takut barang tak naik....
letih. dari pahang ini dah 2 orang jadi menteri amaran. letih kawan dibuatnya
Salam,
Mokhtar: Saya nak beri amaran kepada tok bomoh yg gunakan minyak lintah supaya jgn guna lebih dari 3 hari berturut2. Sehari urut dah tambah seinci, kalau urut seminggu tak kah jadi 21 inci? Dh dekat sekaki tu! Kalau barang tu betul2 naik? Hisss!
Post a Comment