Sokong berikan jawatan Menteri kepada KJ dan gugurkan salah satu diantara Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang tidak lagi perform
Banyak laman blog menulis meminta KJ letak jawatan Ketua Pemuda UMNO. Saya juga turut menulis begitu beberapa hari lalu. Namun setelah membaca banyak laman-laman blog yang mengeluarkan kenyataan serupa membuat saya merasa ada konspirasi yang ingin melenyapkan KJ dari persada politik tanah air.
Saya juga menemui beberapa laman blog yang cenderung dan menyokong KJ. Saya terbaca juga beberapa kenyataan dari Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang kalau tak silap saya mencadangkan supaya KJ diberikan jawatan dalam kabinet. Kenapa tidak? Kenapa tidak dikosongkan kerusi kabinet oleh salah satu dari mereka ini untuk diberikan kepada KJ bagi menguji keberkesanan KJ. Kita pun sudah maklum setakat mana keberkesanan kedua-dua menteri berkenaan tetapi kita belum menguji KJ.
Justru, mungkin boleh dicadangkan salah satu diantara kedua menteri berkenaan dilucutkan jawatannya bagi memberikan laluan kepada KJ. Mungkin pilihan pertama adalah menteri yang mulutnya celupar itu yang patut disingkirkan dulu. KJ lebuh muda, lebih ghairah dan bersemangat untuk beretugas dan membuktikan keupayaannya, septutnyalah dia diberikan peluang. Sepatutnya jugalah Nazri atau Zahid berundur secara sukarela bagi memberi KJ peluang.
19 comments:
Salam.
Cadangan saudara adalah baik dan patut diberi pertimbangan sewajarnya. Mungkin DS Najib ada rancangan beliau sendiri utk KJ ni. Sehingga kini barangkali belum sesuai lagi utk KJ menanggotai kabinet diatas sebab-sebab tertentu. Dlm masa yg sama KJ mestilah terus berkhidmat dan berjuang utk parti walupun tidak didalam kabinet. Dari situ persepsi umum mengenai beliau mungkin akan berubah dan beliau boleh dilihat sbg pejuang dan pembela agama dan bangsa dgn hati nurani yg ikhlas. Kepada KJ saya ingin menasihati beliau terimalah kejadian ini sbg cabaran dan ujian Allah. Dgn kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan, hikmahnya akan tetap ada dan akan mendatang. Berjuang dan berkhidmatlah utk agama, bangsa, dan negara secara jujur dan ikhlas tanpa ada niat lain disebaliknya.
bizzak... bizzak (bijak)
Zahid Hamidi patut memberi laluan kpd KJ. Lagi pun berilah peluang pulak kepada KJ utk buat duit melalui tender2 Kementerian!
Assalamualaikum
Sy amat bersetuju dengan cadangan saudar itu. Kan lebih baik di antar mereka berdua i.e Nazri atau Zahid mengosongkan jawatan mereka dan berikan kpd KJ tu. Memandangkan mereka berdua berkata KJ layak di jadikan menteri jadi tak salah kalau mereka beri lalu kpd KJ utk tujuan itu. Lagipun mereka berdua dah tak larat lagi nak menjalankan tanggongkawap kpd agama dan bangsa mereka. Lepaskan jawatan itu dan berikan kpd KJ.
Adakah mereka berdua RELA untuk BERKORBAN buat KJ.
Kalian fikir-fikir kan lah ...........
Salam. Saya cadangkan kedua dua menteri yg disebutkan tadi tidak berada dlm kabinet aje. tak layak pun jadi menteri
Apa yang penting kebajikan untuk rakyat. UMNO perlu menunjukkan kesungguhan untuk berbakti pada masyarakat dan bukannya bertekak sini sana demi seorang dua pemimpin.
Salam semua,
Terima kasih memberikan komen. Sdr Sahak, tidak salah kita membincangkan mengenai pemimpin negara kerana mereka berkhidmat untuk kita. Jika kita rasa mereka tidak perform, kita patut beri isyarat supaya mereka berundur kerana kita mahukan pemimpin yang dapat memberi khidmat dan khidmat yang memuaskan rakyat. KJ, bersabar dan teruskan perjuangan. Apa nak takut pasal rasuah dalam politik tu, bukan awak sorang dan lagi pun, dia orang semua tu mendapat nikmatnya, awk telah menjanakan ekonomi ahli2 Umno semasa PAU, ini pun kita sebagai satu bakti. Fardhu Kifayah ke ni?
gantikan dengan zaid hamidi. ini semua gunting dalam lipatan dan asyik main politik aje,. tak habis dengan motosikal. ada je lah alasan nak sahkan tunggangan motosikalnya ke thailand.
Salam semun.
Sdr Arif, awak dah lebih berani dari saya bersuara? Saya rasa dh tercabar sebagai bRAVEhEART, huhu
Sepatutnya ketiga-tiga ekor tu dibuang dari memegang jawatan menteri dalam UMNO-BN
HU HU HU....beri peluang? Lihat bagaimana penulisan dari pembangkang yang sentiasa menyokong kj untuk diberi tempat. Apakah ikhlas saranan mereka? Mereka seboleh-olehnya ingin memandu akal kita agar mengiyakan kononnya kj hebat. Dan sebenarnya tiada konspirasi untuk menjatuhkan kj, kerana kj bukanlah asset, tetapi liabiliti. Konspirasi...he he he..dah bunyi macam anuar berahi pulak....
Aku cadang kj balik parlimen Rembau untuk di 'tadika' kan poltiknya semula.
Jika KJ jadi menteri umno akan rebah. Menteri umno yg dok ada ni pun tak jaga kita orang melayu. Kalau KJ jadi menteri KO la kita.Bila che det bercakap masaalah melayu ada menteri kata perkauman. Satu sekolah untuk semua pun dia tak setuju.Tapi dia menang atas tiket parti yg memperjuangkan melayu.
kenapa tak gugurkan mukriz atau razali yang langsung tak perform
muahahahha
Salam,
Memang banyak pendapat kita terima, naikkan orang itu dan buangkan orang ini, bekukan orang itu dan tolakkan orang ini. Persoalan utamanya adalah kita sentiasa tidak berpuas hati terhadap apa yang kita ada. Justru perkara pertama yang kita patut lakukan adalah menaikkan diri kita sendiri sebagai menteri bahkan sebagai PM supaya senang kita naikkan dan jatuhkan sesiapa sesuka hati kita. What say you? Huhu...bila aku mula bersuara, duniamu akan terfana...hahaha
Sdra Braveheart,
Menaikkan atau menonjolkan diri sendiri dgn niat utk berkhidmat dan membela nasib rakyat adalah merupakan usaha murni. Ia mesti disokong dan didokong 101%. Jika sebaliknya atau hanya atas tiket utk berkhidmat dan berjasa pada rakyat, padahal apa yg tersirat dlm hati hanyalah utk mencapai dan melaksanakan agenda peribadi, spt mana terdapat dikalangan pemimpin-pemimpin tertentu baik sbg pemimpin parti diperingkat neger, bahagian dan cawangan, juga dikalangan mereka yg menjadi ketua-ketua kementerian kerajaan diperingkat persekutuan dan negeri, maka ia mestilah ditentang dan dihapuskan sama sekali. Mereka inilah sebenarnya pengkhianat rakyat dan negara. Jadi, jangan sekali-kali mengejar jawatan menteri utk mengaut dan mengumpulkan kekayaan. AWAS ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!
sebelum ni tak berapa nak percaya cakap-cakap org kat kedai kopi tu, tapi bila aku mula rajin baca tulisan blog2 ni, barulah aku nampak memang seratus peratus benarnya " sebenarnya org yang merosakkan, menghancurkan, memporak perandakan, mengucar-ngacirkan, melaga-lagakan, dengki, khianat dan berhati busuk untuk merosakkan parti UMNO adalah dikalangan org UMNO sendiri, mcm blog nilah antaranya..fikirkanlah dan renungkanlah..
HIDUP UMNO UNTUK BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
Wah, BH memang berani. Bila lihat tajuk dan sinopsis melalui blog Waadat tadi, tak perasan saya BH yg tulis.
Dah jengah blog baru Cheguman Online
Terima kasih atas maklumat menarik
Post a Comment