27 May, 2010

MESEJ BLOGGER PRO UMNO SUDAH SAMPAI KEPADA PM





GEMPAR! MESEJ BLOGGERS PRO UMNO SUDAH SAMPAI KE PM!!!

dari blog House PK



Tahniah aku ucapkan kepada bloggers Pro UMNO yang telah terlibat dalam kempen untuk menasihati PM supaya liabiliti tidak diambil jadi Timbalan mahupun Menteri, akhirnya mesej kita ini telah pun sampai kepada PM, sila baca di bawah ini:

Sebelum ini ada jangkaan bahawa rombakan Kabinet mungkin dibuat semalam (Rabu, 26 Mei).

Bagaimanapun menurut sumber, rombakan itu ditangguhkan untuk sedikit masa lagi dan berkemungkinan diumumkan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas untuk lawatan rasmi ke Laos bulan depan.

"Sebelum ini pun saya memberitahu anda bahawa rombakan semalam hanyalah kemungkinan berlaku kerana kuasa merombak adalah terletak sepenuhnya pada tangan Perdana Menteri.

"Jadi, hanya Datuk Seri Najib yang tahu bila beliau mahu membuat rombakan secara tepat," katanya.

Namun sumber itu berkata, pandangan yang dibuat beberapa bloggers termasuk dalam bentuk deklarasi (gambar di atas) dan penulisan di blog masing-masing berhubung rombakan itu telah diserahkan kepada Najib untuk beliau menilai sendiri langkah selanjutnya.

Kata sumber itu, Perdana Menteri mengambil tahu pandangan para bloggers pro UMNO yang banyak membantu kerajaan dalam menangkis serangan bertali arus pembangkang di negara ini.

"Ada kemungkinan juga rombakan itu ditangguhkan kerana mengambil kira pandangan para sahabat bloggers kita," katanya.

Walaupun beberapa bloggers pro UMNO menulis berlapik, tetapi ada juga beberapa bloggers telah menyatakan dengan jelas dalam entri mereka agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak dilantik ke sebarang jawatan.

Pandangan mereka ialah Khairy akan menjadi satu liabiliti yang terlalu besar untuk UMNO dan sukar untuk mempertahankan UMNO serta kerajaan terutama melalui serangan di internet jika budak hitam itu dilantik.

Begitulah petikan dari Portal
Malaysian-Instinct! Alhamdulillah, nasihat kita semua sudah sampai kepada Tuan PM, sekarang ini terserahlah kepada kebijaksanaan PM untuk memutuskannya!


BH ~ sentiasa bersama-sama rakan blogger pro UMNO kita yang menegur kerajaan dan UMNO dalam berbagai cara dan nada. Kami cuba lakukan sesuatu yang terbaik bagi kepentingan semua dan yang penting kami mewakili satu kumpuan besar yang bersatu dalam hati dan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan bersama.

Terima kasih PM, jika PM benar-benar menerima mesej kami serta faham maksud kami dan seterusnya mengambil tindakan sesuai dengan segera. Kami sentiasa akan memberikan sokongan kepada PM.


2 comments:

mek wok said...

Yang memanaskan kerusi parlimen tu elok juga diganti,
yang dah berapa kali rewind macam filem klasik Melayu Cathay Kris tu perlu juga di ganti dengan wajah baru yang lebih cerah, lebih muda, lebih bijak pandai, lebih bersemangat,
yang dah nampak sangat kaya raya 7 keturunan makan tak habis tu pun boleh diganti jugak...
Tengah tertunggu-tunggu kabinet baru DSN ni!

bRAVEhEART said...

betul tu mek wok, masalahnya mereka ini tidak pernah sedar diri dan merasa bahawa mereka sentiasa diperlukan oleh rakyat.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...