Suara Anak Pahang - Perlu Baca
18 May, 2010
PERINGATAN KEPADA BANGSA MELAYU
Kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang berfikir. kepada penyokong-penyokong Melayu yang berakal, lihatlah apa sebenarnya yang berlaku;
Di Hulu Selangor BN menang - bertambah satu lagi kerusi parlimen kaum India
Di Sibu DAP menang - bertambah satu lagi kerusi parlimen kaum Cina
Siapa yang akan menguasai politik negara akhirnya setelah menguasai ekonomi?
Dari Blog seMalaysia Tahniah untuk DAP kerana menang di Sibu. Dikala PKR rebah di Hulu Selangor, DAP pula berjaya menaikkan bendera Roketnya di Sibu. Ini bermakna, satu lagi Ahli Parlimen dari DAP bertambah di dewan rakyat tatkala PKR kehilangan satu kerusi MP-nya. Semakin angkuh DAP sekarang, seangkuh Lin Dan semasa mengalahkan Datuk Lee semasa berlansungnya Piala Thomas. Walaubagaimanapun, ketua pembangkang tetap di sandang oleh Anwar walaupun dia kepatahan sayap. Takpe..DAP boleh papah.. tapi 'papah' bersyarat. Syarat mudah, Anwar kena jadi macam MB Nizar - boneka mereka. MB Nizar menang pun kerana DAP yg tolong. BN menang sedikit di Hulu Selangor pon sebab DAP yg tolong PKR. Lihatlah kuasa DAP.. Tidak mustahil, Anwar akan digunakan untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, dan mendirikan negara Republik di Malaysia seperti Singapura. Barulah kepala DAP boleh jadi Presiden Republik Malaysia. Kalau Raja-raja Melayu masih berkuasa, mereka takkan melantik bangsa lain selain dari Melayu menjadi PM. Bangsa Melayu akan di pecah-pecahkan (Kepada kelompok-kelompok kecil) supaya senang di perintah-macam di Singapura.
Teori RAHMAN akan jadi kenyataan, Najib PM terakhir Melayu dan PRU13 Melayu akan kehilangan kuasa terhadap negara sendiri. Orang-orang Melayu harus keluar dari UMNO dan Pas dan kemudiannya mengundi tanpa mengira parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
5 comments:
Kamu ni masa SPM mesti tak lulus matematik. Berapa sangat kawasan majoriti Cina yang boleh buatkan DAP perintah Malaysia? Majoriti tetap Melayu, dan jika PR tawan Putrajaya yang jadi PM Anwar atau Hadi Awang.
Tak habis2 kamu dengan rasis anti bukan Melayu kamu, tak sakit kepala ke dengan perangai sembab mcm tu.
Cara nak menangkan orang melayu.
UMNO patut undi calon melayu walaupun dari PAS atau PKR. Begitulah sebaliknya PAS, PKR perlu undi calon melayu BN secara senyap. Lupakan perbezaan politik demi memenangkan kaum melayu.
cadangan bodoh
'TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA' Satu kata-kata sakti oleh Laksamana Hang Tuah yang boleh ditafsir sebagai sifat orang melayu dari dulu sampai sekarang sama tidak ada bezanya.
1. Hasad dengki - tidak boleh melihat kaumnya senang.Lebih suka berbaik dengan orang atau bangsa lain asalkan boleh menghancurkan bangsanya sendiri demi kepuasan hatinya atas ketidakmampuannya mengatasi orang yang sebangsa dengannya.
2. Melatah - sering bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu sehingga tindakannya itu akhirnya merugi dan memalukannya sendiri.Sanggup memburuk dan merosakkan maruah bangsa sendiri asalkan cita-cita tercapai. Dan tersedar setelah semuanya hancur dan tak dapat ditolong lagi.Dari sini lah timbul peribahasa Menyesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.Dan tidak ada orang yang menyesal dulu,semuanya menyesal kemudian.
3. Berburuk sangka - sering berfikir seseorang yang cuba berbaik-baik dengan seseorang itu mempunyai niat yang tidak elok.Disini fitnah akan bermain peranan demi untuk menghancurkan hubungan tersebut supaya keharmonian yang terjadi akan musnah dan menjadi satu bahan untuk diceritakan kesana-sini.
4. Munafik - sering bercakap mengikut situasi.Percakapan sering berubah-ubah demi mendapat keuntungan peribadi walaupun terpaksa membunuh saudara sendiri.
5. Bodoh sombong - tidak mau belajar dari kesilapan yang lalu malahan bercakap besar mengatakan yang ianya tahu segalanya.Sanggup membahagi kekuasaan demi janji atau imbalan yang bakal diperolehi walaupun dari pihak musuh.Merasakan pihak musuh tak mungkin mengkhianatinya,walaupun sebelum-sebelum ini pengkhianatan terjadi dimana-mana.Terlalu mempercayai orang lain dari bangsa dan keluarganya sendiri.
6. Mengamuk - sering merasakan hanya dirinya yang benar.Apabila ada yang menegur akan melenting dan timbul amarah yang hebat didalam jiwa terutama yang menegur adalah dikalangan sendiri atau yang lebih bawah darinya.
--Berdasarkan faktor-faktor ini lah tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka dan ianya identik dengan bansa melayu dan akan terus menjiwai bangsa itu.Mudah-mudahan bangsa melayu dapat bersatu dan mengembalikan maruah bangsa kesatu tahap yang tertinggi...AMIN -ASP-Z-
BH,
Posting tuan taksub ..Melayu....Soal nya salah siapa, melayu juga kan. Ada akal fikir, ada mata lihat , ada telingga dengar, ada lidah rasa.
Masalah nya Melayu sebdiri tak tolong kaum nya, memperkecil dan memperkotak katik bangsa sendiri. Tengok dalam media cetak, media elektronik dan dunia cyber, tak habis-habis memperkatakan melayu kurang itu, kurang ini, serba kurang. Selalu sangat masuk dalam otak akhir nya jadi betul. Lepas itu timbul macam-macam masalah.
TK
Kembara Putih ni memang bodoh nak mampos, dia ingat semua nya kena kira macam metametik. Apakah matetetik boleh ukur berapa banyak perasaan sayang atau setia seseorang? Masalahnya adalah oeang melayu yang mengundi dan menyokong bangsa lain lah bodoh. Kecik2 tak nak mampos
Post a Comment