26 May, 2010

SETELAH BATU PUTIH, TANJUNG PAGAR BUATKAN RAKYAT MALAYSIA PUTIH MATA

Posting 1:30 nanti, memang layak KJ jadi menteri jika......



NAJIB Tun Razak dan Lee Hsien Loong bersalaman sebelum memulakan sidang akhbar bersama di Hotel Shangri-la, Singapura, semalam. – BERNAMA


Apabila Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapura, maka kita menuding jari kepada Pak Lah sebagai pengkhianat bangsa yang kegagalan mempertahankan pulau berkenaan dan dituduh menyerahkannya melalui rundingan sulit.

Namun apa pula akan kita katakan apabila DS Najib juga menyerahkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar kepada kerajaan Singapura?


Saya masih ingat bahawa kerajaan Singapura memang beria-ia hendakkan tanah milik KTMB itu, kerana itu mereka membina hentian terakhir KTMB di Woodland. Pada ketika itu pihak kerajaan Malaysia masih kelihatan berkeras untuk mempertahankan Tanjung Pagar. Apa yang pihak Singapura lakukan adalah memindahkan operasi Imigresyen dan Kastamnya ke Tanjung Pagar.

Namun Imigresyen dan Kastam Malaysia masih di Tanjung Pagar dan itu membuatkan urusan Imigresyen dan Kastam di sempadan antara Malaysia dengan Singapura kelihatan janggal. Iaitu dari Singapura, kita melalui pemeriksaan Imigresyen dan Kastam Malaysia dahulu sebelum pemeriksaan Imigresyen dan Kastam Singapura dan begitulah sebaliknya.

Keengganan pihak Imigresyen dan Kastam berpindah ke Tanjung Pagar dilihat sebagai tindakan mempertahankan tanah air kita yang tertakhir, namun ianya kini memang sudah sudah berakhir.

Nampaknya pemimpin kita telah melengkapkan catatan sejarah; menyerahkan Pulau Singapura kepada PAP untuk membentuk kerajaan Singapura, menyerahkan Pulau Batu Putih dan terkini menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar.

3 comments:

Anonymous said...

15 Responses to “Politics is Money, says Mahathir”

Let expose the true Mahathir who is increasingly seen as an irrelevant, self centered and bitter ex-politician. The more he tries to defend his record and legacy, the more ridiculous he sounds. No harm, Maureen. Those who grew up not knowing any other Prime Minister than Mahathir should know that our leaders before him were the men who built our country to see it degenerate into a nation where money is everything. Malaysian history did not begin in 1981.–Din Merican DJ BLOGGERR

dinobeano - May 26, 2010 at 7:22 am

DIN MERICAN you are rotten to the core" (DIN MERICAN awak busuk hingga ke ususnya).

Din Merican orang –nya ibarat sebiji mangga kuini, wangi bau nya tapi busuk lagi berulat di-dalam.

Whenever Dr. Mahathir open his muth and says something, you felt inferior, looks and sounds like an idiot.

You are no nothing but a bunch of desperate goons who harbors and spewed hatred on Dr. Mahathir in you blog for your"cita-cita yang tak kesampaian" even though you were at one time very close to him.

Anyway Din Merican you are a sore looser.

Inilah antara contoh anak Melayu yang biadap.

Anonymous said...

Sudah-sudahlah menghasut.. PM kita bukan buta tuli nak buat decision.. so kalau dah sokong.. bagi sokongan 100%. kita lihat apa akan berlaku selepas itu.

Anonymous said...

tulisan yang dangkal pemikiran!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...