31 January, 2012

PAS SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN.......

Saya sedar dan insaf sudah tidak lagi dikehendaki, saya juga akan berundur.....



1. Pas sudah tidak lagi perjuangkan Islam seperti waktu dahulu. Pas sudah menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud seperti yang dicanangkan selama ini malah sudah menukar arah perjuangannya kepada membina negara berkebajikan gara-gara tunduk kepada kehendak sekutu DAPnya.

2. Terbaru, Pas memecat Datuk Dr Hassan Ali hanya kerana Dr Hassan Ali perjuangkan kebenaran Islam serta kerana Pas patuh kepada kehendak PKR. Demikianlah Pas yang suatu ketika dahulu dihormati kerana keberaniannya perjuangan menegakkan Islamnya namun kini sudah jadi 'anjing betina' yang bacul dan tunduk kepada desakan sekutunya. Pas sudah hilang identiti. Pas juga sudah keliru dan hilang arahtuju.

3. Khabarnya, tidak lama lagi seorang lagi pemimpin besar Pas akan menuruti jejak Datuk Dr. Hassan Ali meninggalkan parti. Ini akan memberikan tamparan hebat kepada parti Pas. Yang akan tinggal didalam pas nanti hanyalah para pemimpin yang hipokrit dan mencari kepentingan diri mereka sahaja.

4. Pengumuman Haji Hadi  yang terkenal dengan amanatnya yang memecah-belahkan bukan sahaja Islam di Terengganu bahkan di Malaysia untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang dilihat sebagai sindiran kepada DS Nik Aziz yang sejak dulu lebih sudu dari kuah. Bagaimanakah dalam sesebuah organisasi Presidennya kehilangan banyak kuasa dan suara serta tidak dihormati berbanding Nik Aziz yang hanya Mursyidul Am.

5. Yang patut berundur bukanlah Hj Hadi tetapi adalah Nik Aziz. Selain dari sudah terlalu lama jadi pemimpin beliau juga dilihat sebagai MB yang tidak berjaya bangunkan Kelantan dan gagal menyelesaikan masalah negeri berkenaan. Kesihatannya juga sering menganggu beliau memberikan tugas dengan lebih bertanggungjawab. Kedudukannya sebagai MB di Kelantan tidak lebih hanya sebagai sebuah tugu dan bukannya pentadbir yang mampu menyelesaikan masalah rakyat serta memberikan keselesaan kepada rakyat.

6. Pas tidak usah lagi bercakap mengenai negara berkebajikan kerana jika Kelantan yang sudah 20 tahun lebih dibawah pimpinan Pas dijadikan contoh, maka apakah kebajikan yang diberikan oleh Pas terhadap rakyatnya selama ini?

7. Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya hendak memberi tanah kepada rakyat Pahang jikalau Pakatan pembangkang memerintah Pahang, namun beliau sendiri lupa bahawa beliaulah yang diberikan tanah oleh kerajaan Pahang selama ini sedangkan dinegeri asalnya beliau tidak mendapat dan tidak ada apa-apapun.

8. Ada penyokong kerajaan berkata, jika Tuan Ibrahim Tuan Man tidak puashati dengan kepimpinan kerajaan BN Pahang, beliau bolehlah dipersilakan kembali ke negeri kelahirannya dan mencari kebahagiaan yang diinginkannya disana.

9. Pas sudah tidak relevan. Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan. Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah tidak lagi relevan. Beliau kalah dalam pemilihan parti dan sudah tidak dihargai lagi. Order baru pas sudah menolaknya jauh.



6 comments:

Anak Lenggong said...

DiSelangor pula Tengku Panglima diRaja Selangor, Tengku Sulaiman Salahuhuddin Abdul Aziz Shah pula bertitah..tidak mau rakyat luar Negeri Selangor yang menguasai kerajaan Selangor ...sebab mereka ni cuma pengacau sahaja....

Anak Lenggong said...

DiSelangor pula Tengku Panglima diRaja Selangor, Tengku Sulaiman Salahuhuddin Abdul Aziz Shah pula bertitah..tidak mau rakyat luar Negeri Selangor yang menguasai kerajaan Selangor ...sebab mereka ni cuma pengacau sahaja....

Anonymous said...

ginilahhhh ... pakat masing2 negeri berpecah dengan persekutuan .... pakat masing2 buat negara sendiri ... masing2 majukan ekonomi sendiri ... masing2 seduk minyak sendiri ....

bRAVEhEART said...

Ya, pakat2 buat semejid dn surau sendiri....hehehe....adoiiiiyaaaa...

Anonymous said...

Baik pakat2 pileh pemimpin sendiri,tak payah adakan pilihan Raya,tadbir negeri sendiri dan makan hasil sendiri.Tak payah nak lobi lobi.

bRAVEhEART said...

mmmmm, susah tu bro, sbb ramai yg berkerja dengan kerajaan makan gaji, dn kerajaan mesti ada ketua negara @ PM.....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...