Logo Awal BPN
Logo Kumpulan Penyokong BPN
Logo BPN
Logo terbaru BPN (flash) tidak dapat
ditunjukkan kerana masalah teknikal.
Posting seorang sahabat, blogger
Sebelum PRU12 lalu banyak pihak termasuk pemerintah sendiri tersilap dalam menilai blog (media sosial / termasuk fb dan sebagainya) sebagai media alteratif berbanding media arus perdana. Justru itu ada antara pemimpin kita memandang remeh terhadap peranan blog sehingga ada yang menganggap blogger sebagai ‘beruk’.
Akibat dari kegagalan kerajaan menilai impak sebenar peranan ‘media sosial’ maka pada 8hb Mac, 2008 keputusan PRU12 telah mengejutkan banyak pihak – BN kehilangan beberapa buah negeri dan gagal mendapat majoriti mudah 2/3 di Parlimen. (Klik ke Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri) dan (Klik ke Kedudukan Kerusi Dewan rakyat)
Timbul kesedaran dikalangan sebahagian rakyat yang prihatin dan ingin berjuang menebus malu lalu secara sukarela membina blog dan menubuhkan BPN (Blogger Pembela Negara) yang bertujuan berjuang membantu kerajaan menentang blogger dari kalangan pro pembangkang. Kami bergerak semasa pemimpun UMNO masih terlena ataupun masih hilang punca. Segalanya dilakukan dengan terancang dan atas rasa keinsafan diri demi sayangkan agama, bangsa dan negara tercinta ini..
Rata-rata blogger ahli BPN mula berblog pada sekitar 2008. Dibawah ini saya catatkan maklumat sebahagian blogger (bekas) BPN. Mohon maaf kepada mereka yang saya tidak sebutkan:
Parpukari – 25.11.2008
Gomo – 16.12.2008
Taipingmali – 16.4.2008
Pang5 Perang Siber – 9.5.2008
Waadat – 20.11.2008
Abang Tuah – 11.5.2009
Yeop Perak – 13.11.2008
Kumbang – (sudah ditutup / tiada maklumat)
Pejuang Bangsa – 30.3.2008
Pak Mie – 21.12.2008
Pilihan Anda – 10.4.2008
Melayu Sepang – 14. 3.2008
Rajah Mas – 10.12.2008
Sumandak – 9.8.2007
Desperado – 10.4.2008
Apai Ngelai – 14.11.2008
Braveheart – 30.6.2008
Gabungan Blogger Pembela Negara dibentuk sekitar 26.11.2008, mensasarkan golongan muda yang celik IT dan menyerang blogger-blogger pro pembangkang yang pada ketika itu menguasai media sosial khususnya blog. Blogger-blogger BPN menjawab dan menyerang-balas segala dakyah dan tohmahan blogger pro pembangkang secara bersepadu dan tersusun diblog masing-masing. Selain itu chatroll BPN juga sering digunakan sebagai medan perbahasan dimana suasananya selalunya hangat.
Ahli-ahli BPN juga sering mengadakan mesyuarat secara ‘online conference’ bagi membincang dan mendapat kata putus bagi satu-satu isu dan diakhiri dengan resolusi-resolusi tertentu. Ini berlaku beberapa lama sehingga akhirnya blogger pro pembangkang kelihatan tewas dan berakhir dengan blogger pro kerajaan @ mesra kerajaan menguasai 100 tempat teratas dari blog yang dikunjungi ramai seperti yang disiarkan di Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beberapa blogger lama telah tercicir dari senarai 100 terkini atas beberapa sebab. Kumbang umpamanya sudah istihar bersara atas alasan yang sangat peribadi. Saya sendiri sudah beberapa kali ingin bersara namun atas desakan dan sokongan sahabat masih juga meneruskan dan menganggap ini sebagai satu perjuangan.
Kesedaran (sedikit) dari UMNO dengan menwujudkan kumpulan blogger Unit Media Baru disambut baik. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu adalah lebih baik UMB menyerap kedalam BPN ataupun BPN diserapkan ke UMB supaya supaya tidak berlaku pertembungan kepentingan. Bagaimanapun, melainkan UMB Pulai Pinang dan Wangsa Maju, lain-lainnya hanyalah sekadar ‘melukut ditepi gantang’ atau dengan kata yang lebih pedas; 'bagai pondan jalang'.
Saya beberapa kali menyuarakan kekecewaan terhadap UMB Pahang namun terus-terusan kecewa kerana bagaikan menyalak bukit, bukit tetap tak akan runtuh. Yang akan runtuh hanyalah semangat mereka yang benar-benar ingin berjuang pada jalan yang mereka pilih. Saya membayangkan UMB Pahang akan mampu mengabungkan seluruh blogger di Pahang dibawah satu payung, memantau disamping membekalkan mereka dengan maklumat untuk dijadikan bahan dalam penulisan, supaya blog-blog mereka sentiasa hangat dan tepat menuju sasaran. Impian itu harus disimpan bila pemimpin yang ada hanya mementingkan nama serta korni dari kepentingan menjuarai media sosial.
Terkini, ahli BPN telah mengadakan perbincangan untuk kembali menyusun dan menguatkan pasukan dengan merapatkan saf memandangkan PRU13 semakin hampir, mana tahu nanti jika tenaga kami yang sudah tinggal sedikit ini masih diperlukan untuk satu perjuangan meskipun sama ada dihargai ataupun tidak.
Tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa mereka boleh melakukan apa pun secara sendirian. Bahkan blogger elite sekalipun, keberkesanan mereka adalah kerana adanya sokongan blogger seperti kami. Kamilah yang berjuang dibarisan hadapan, Justru, BPN akan dikuatkan semula. Ahli-ahli BPN akan disatukan semula. Blog-blog dari blogger ‘otai’ akan kembali dipulihkan, blogger baru akan juga dibimbing, ruang sembang dichatroll BPN akan kembali dimeriahkan, laman facebook akan BPN berikan perhatian. Segalanya demi sebuah perjuang, demi sebuah bangsa bernama Melayu!
Baca - Pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap blogger di Utusan Malaysia. (Klik)
BH = Blogger Haprak
Baca - Pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap blogger di Utusan Malaysia. (Klik)
BH = Blogger Haprak
4 comments:
bro, syabas..
terima kasih atas artikel anda.
saya dah ulas.
sangat menghargainya.
Menarik sejarah perjuangan gerak siber BPN. Pihak atasan patut beri perhatian kepada perjuangan mereka ini. Syabas!
Salam Bro,
walaupun pembabitan aku sebagai jurublog independent juga bermula seawal 2008, jemputan ke BPN sehingga kini aku tak sertai, bukan kerana tidak sudi, tetapi hati aku terlalu kuat atas syak bahawa ia di dalangi oleh KJ yang kecewa kerana UMB tidak mendapat perhatian blogger2 pro UMNO/BN. maaf kalau sangkaan aku ini langsung tidak berasas, kerana aku hanya berterus-terang mengenai rasa dalaman aku. tetapi aku sentiasa mengikuti perkembangan blogger-blogger BPN atas kapasiti individu.
Tetapi aku juga dapat merasai bahawa blog-blog yang ujud ini memang ada kesan, cuma masih ada segelintir 'dinasor' yang menafikannya. BIARKANLAH....
Sekadar mengungkap sejarah, aku mula berblog sekitar bulan mac 2008 dengan posting di bawah:
http://pelantaqhujah.blogspot.com/2008/03/turun-bukan-kena-keluar-parti.html
Dan aku masih 'remain as the same as before'. Marhien.....
Salam Bro detguaq,
Satu pernyataan yang saya rasakan sangat inklas dari sdr. Tapi percayalah bahawa BPN bukan pro sesiapa. Mungkin ada individu dlm BPN yang menyokong seseorang tetapi BPN sebagai satu bada bebas tindak terlibat secara langsung. Bagaimana boleh dikatakan BPN pro kepada KJ? Lihat Gomo dan BH sendiri yang selalu hentak KJ! Kita ada pendirian sendiri dan BPN pun ada ketetapan sendiri. Saya harap sdr akan sertai kami nanti, lembutkanlah hati sdr utk jadi pelapis, BH dan Abang Tuah antara yang ter'otai' tentu akan tidak lagi berdaya memikul beban dan tanggungjawab besar ini, lalu kepada siapa akan kami lepaskannya? Demi agama, bangsa dan negara! Mari kita rapatkan saf perjuangan kita! Seruan ikhlas dari BH
Post a Comment