06 December, 2010

CINA: UNTUNG SABUT TIMBUL, BILA TENGGELAM UNTUNG BATU

Husin Lempoyang untung juga - meniaga orang dan meniaga 'onta' hehe! WOW!!!



Parti UMNO dan BN yang diwarisi Najib sebenarnya lebih tenat daripada yang diwarisi ayahandanya pada tahun 1969. Prestasi parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan, MIC di Semenanjung Malaysia adalah lebih parah berbanding dengan pilihan raya 1969.

Salah satu faktor kenapa parti MCA yang pro UMNO tidak dapat sokongan Cina pada pilihan raya 1969 berpunca daripada tindakan Singapura keluar dari Malaysia pada 1965.

Lee Kuan Yew telah menjadi sumber inspirasi dan meyakinkan kumpulan Cina “banana skin” bahawa bangsa Cina boleh menguasai politik dan pemerintahan negara Melayu.

Secara senyap-senyap kaum itu menyokong DAP dan parti Gerakan (serpihan parti MCA) Kaum Cina juga mengundi PAS untuk mengurangkan majoriti UMNO/BN. Pemimpin yang tidak mesra-Cina dan dianggap ultra Malay seperti Tun Mahathir tewas di Kota Setar Selatan kepada calon PAS.

Demikian tulisan sahabat saya,seorang blogger yang juga orang kuat Perkasa di Sabah, Sdr. Musli Oli. Selanjutnya beliau menulis lagi begini;

Beliau tidak tergesa-gesa mengejar undi Cina dan membiarkan orang Melayu terkapai-kapai. Tun Razak melawat negara China hanya lebih kurang 60 hari sebelum pilihan raya umum diadakan. Manakala Najib melakukan lawatan peringkat awal menjadi PM Malaysia. Dasar-dasar kerajaan Najib kelihatan lebih memihak kepada kepentingan kaum Cina.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung akan berciciran..... 

Baca keseluruhan postingnya ' Konspirasi Politik Melayu' disni (KLIK)


Dalam banyak hal saya sependapat dengan beliau. Cuba kita perhatikan siapa sebenarnya yang meraih faedah dari segala keaadaan ini? Kaun cina sentiasa diberi muka oleh Kerajaan ‘kunun’ kerana ingin menarik undi mereka. Maka berapa banyak peruntukan diberikan kepada kaum ini, seperti semasa di PRK Hulu Selangor namun undi mereka masih kesana. Mereka mendapat apa yang mereka hendak tetapi kita masih tertipu dan ditipu, dalam masa sama kehendak Melayu diabaikan.

Dipihak pembangkanpun demikian sehingga bukan saya agama sanggup mereka gadaikan demi mendapat sokongan kaum ini bahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri pun sanggup mereka janjikan. Lagi kaum ini beroleh keuntungan. Kaum ini nampaknya adalah dari kalangan sabut dan batu; untung sabut mereka timbul, untung batu mereka tenggelam.

Dalam ketika kedua kumpulan melayu bertempur mempertahankan kekuasaan masing-masing, kaum ini tidak menyertai mana-mana demonstrasi tapi dalam senyap-senyap mereka berkira-kira, mengira faedah yang akan mereka dapat berikutan dari kenaikan harga barangan. Dalam politik mereka untung, dalam ekonomi mereka lagi untung. Dalam kerajaan mereka untung, dalam pembangkang mereka untung, bahkan dalam Islampun mungkin mereka akan diberikan ‘tiket’ untuk ke syurga. Apa kita nak kata? Produk barang halal mereka, barang harampun mereka niaga juga. Mereka berusaha mereka dapat untung, kita berusaha mereka juga dapat untung. Apa perjuangan kita dan apa perjuangan pemimpin kita?

Baca juga Sri Tri Buana dalam isu untung-rugi Melayu. (KLIK)

3 comments:

whiteorange said...

kalaulah melayu melayu pkr dan pas sedar akan hakikat ini, pasti melayu tak akan kucar kacir begini ...

SIAL PUNYA PKR PAS

oRang kAmpong said...

Salam ziarah.kwn rasalah udah smpi masanya pembahagian kerusi mesti dikaji semula.BN klu nak selamat MCA dan GERAKAN mesti bertanding dikwsn diorg.Tun mahathir pernah praktik formula ni.klu kalah itu diaorg punya pasallah.apasal bg klh.undi melayu deme toksah bimbang kompom tak belut.melayu umnolah.melayu pas taik telinga dier jual.

bRAVEhEART said...

Salam,

Whiteorange - Nilah sebenar masalah bangsa melayu - tk boleh bersatu. Sangup membelot kerana hanya sedikit keuntungan peribadi.

Orangkampong - "melayu pas taik telinga dier jual" - jahat kenyataanni, kasar...dulupun saya memang menulispun kasar2, tp skrg dan tua kena lah berlembut sikit, hehe. Apapun apa yg ok katakan itu adalah hakikatnya - sebuah kebenaran.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...