15 December, 2010

PKR GUNA BLOGGER UNTUK TAWAN SARAWAK




Kebelakangan ini perhatian kita banyak tertumpu kepada sebuah laman  blog yang dinamai ‘wikileaks’. Jika ‘wikipedia’ berperanan sebagai pemberi maklumat sebagaimana ‘encyclopedia’ versi internet, maka ‘wikileaks’ berperanan sebagai pembocor rahsia-rahsia dan skandal besar di internet.

Banyak pihak merasakan seolah beroleh kemenangan apabila banyak rahsia mengenai Anu-arr di’telanjangkan’ disitu. Tetapi kita lupa bahawa memang Anu-arr dimalukan dan dikalahkan disitu tetapi itu bukan bermakna memenangi apa-apa. Mungkin Anu-arr akan tersungkur selepas ini tetapi itu belum mampu memastikan kerajaan akan bangkit lebih tegap terutama apabila menghadapi PRU13 nanti.

Setakat mana kekuatan UMNO sendiri sebagai ‘abang besar’ dalam kerajaan BN? Di kebanyakan Negeri, Bahagian dan Cawangan masih ada pemimpin yang berlawanan antara satu sama lain bagaikan berpatah arang berkerat rotan. Bahkan ada yang masih tega ‘membakar kelambu’ kerana kecewa. Ada yang tidak ragu-ragu dan malu-malu melakukan ‘cas keting’.

Di Kedah (baca sini)  dan  (dan sini)  keadaannya pun bukan tersangat baik. Dalam kes perlantikan Pengerusi Perhubungan Negeri, mereka kelihatan bertikam sesama sendiri. Terengganu pun sama. Nampaknya memang ‘air tidak tenang’ dan bahkan memang terdapat banyak ‘buaya’. Ini semua menyumbang kepada kelemahan sokongan terhadap UMNO, BN dan kerajaan. Nampaknya pemimpin UMNO masih meletakkan perjuangan untuk kepentingan diri lebih utama dari merjuangkan rakyat. Slogan ‘rakyat diutamakan…’ nampaknya masih belum dapat dicerna dengan baik oleh sebilangan besar pemimpin dalam UMNO.

Saya bimbang, dalam pada kita bergembira kerana Anu-arr kelihatan sudah tersungkur, dalam pada kita melihat PKR semakin rebah dan hancur musnah, tetapi mereka akan dapat bertahan dan bangkit semula dibumi lain; Bumi Kenyalang @ Sarawak. (baca sini)  menurut sumber, dimaklumkan bahawa PKR telah menyediakan dana sebesar RM4 juta bagi menjayakan agenda mereka dengan bantuan dan peranan media sosial; blogger serta cyber trooper. Dalam keadaan kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap para blogger, PKR telah melangkah dan mendapatkan khidmat mereka untuk menjuarai media sosial.

Kita bimbang pada pilihanraya nanti tiba-tiba kita ‘terlentang’ dan 'terpukul' kerana kesilapan dalam membuat perkiraan dan salah tafsir peranan terhadap blogger dan kekuatan pihak lawan. Siapa yang dapat tentukan siapakah nanti 'Si Luncai' yang akan terjun dengan labu-labunya?

1 comment:

Wake UP! said...

Banyak duit PKR. Dari derma macam PAS atau dari dana kuasa asing?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...