Suara Anak Pahang - Perlu Baca

04 December, 2010

SURE HEBOH DAN PASTI KECOH - BARANG NAIK!




Sebagai mukadimah, baca dulu diblog Husin Lempoyang ini (Klik Sini) Tapi jangan lupa untuk membaca di link yang akan diberikan dibawah nanti! Hehe!....WOW!!!

Dalam heboh para blogger merayakan blog mesra kerajaan menguasai 100 blog terpopular di Malaysia, dalam kita, dalam kecoh kita menyaksikan demonstrasi dan kebangkitan rakyat memprotes parti dan kerajaan pembangkang, tiba-tiba kita tersentak dengan teriakan: Harga barang naik!! Harga barang naik!!

Tiba-tiba pandangan jadi gelap! minyaknaik,gulanaik,gajibarunaknaik,ramainaikdarah,ramaisesakmengenaibagaimananakmentekedarah,malammalamnaknaikatasbinipundahtakselera,sebabsemuanaikharga***&&##@@#@@#???$$$$

Bacalah suarahati nurani blogger picisan ini, ini adalah suara rakyat marhaen sebenar di daerah pedalaman. Mungkin kerajaan lupa nak buat perkiraan tentang kehidupan mereka yang selama ini sudah cukup sengsara. Apabila gaji naik mereka tidak mendapat apa-apa. Bila peneroka Felda mendapat bonus, mereka juga tidak mendapat apa-apa. Mungkin mata pemerintah tidak melihat pada mereka, atau pemerintan memBUTAkan mata?


Saya salinkan sepenuhnya disini: Sumber Blog N9 TAHAN


Patutlah dia bunyi kuat sangat!!!!!

Mari kita tengok,sapa yang kena?????

(Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok)

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.
P/S:-Pandai sungguh Pihak Berwajib(KERAJAAN) bermain kata-kata. Dia kata subsidi barangan akan mula dikurangkan esok.Kita sebagai Pengguna dan Rakyat kena tahu 1 benda.Ianya adalah SAMA dengan KENAIKAN HARGA bagi barang-barang yang telah disebutkan diatas.

Baru-baru ni harga RON97 naik.(masa BN sibuk menang di GALAS hari tu) Dan sekarang menyusul pula RON 95 dan DIESEL.Kalau semua benda ni naik harga, semua barang lain akan turut naik harga!

Minyak naik kali ni tak ada pulak kait dengan kenaikan harga minyak dunia! Macam mana pulak kena naik minyak padahal harga dunia tak naik pun? Dan untuk masyarakat Malaysia Amnya dan Rakyat Jerantut KHASNYA, kita semua perlu berterima kasih kepada kerajaan yang benar-benar telah membuktikan yang RAKYAT DIDAHULUKAN (rakyat kena dulu! / rakyat dahulu dikenakan)

Tahniah Rakyat Malaysia!(cerita di sini)


Baca juga disini seperti mana yang dijanjikan di atas tadi: (KLIK SINI) WOW!!!



2 comments:

Anonymous said...

mungkin bila dah menang di galas baru nih...BN dah rasa diorang dok cukup kuat...patut nyer berterima kasih ngan org asli yg dok mengundi hangpa tuh...

BN lingkup PRU 13 kalau dok ikut kepala idris jala...

dulu kata malaysia buleh bangkrap.. rasa aku pasai nak elak Malaysia bangkrap kot...depa dok penaik harga barang nak pelingkup rakyat sendiri...

yg sebetoi nyer...
pencapaian diputarbelitkan...
rakyat dibelakangkan...

hangpa ngan pembangkang sama naik...elok tangkap semua humban kat planet of the apes

bRAVEhEART said...

Saya pun tak tau nak kata apa, tp jauh dalam hati memang tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang walau apapun alasanya. Bagaimanapun, barang saya tu saya akan sentiasa pastikan boleh sentiasa naik, hehehe! WOW!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...