'Kunun'nya perjuangkan Islam. 'Kunun' nak laksanakan hukum hudud. Tapi rakyat melihat segalanya itu hanylah sendirawa semasa semata-mata. Hanya untuk meraih undi. Hanya menipu rakyat yang percaya bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas.
Nik Aziz dan pemimpin Pas selalu gambarkan bahawa UMNO tidak perjuangkan Islam bahkan UMNO sebagai musuh Islam. Hanya Pas lah yang Islam. Kerana itulah mereka berani mengatakan bahawa sokong Pas masuk syurga. Kata-kata Tok Guru seolah-olah penentu.
Bila ada orang labelkan Nik Aziz pemegang kunci syurga, ramailah 'beruk-beruk' Pas yang marah. Tapi itulah hakikatnya kerana beliau menentukan apa saja berkaitan dengan hukum. Sehingga apa yang Pas lakukan semuanya 'halal' namun jika perkara sama dilakukan oleh 'UMNO' kenapa pula dihukum 'haram'?
UMNO selalu digambarkan sebagai punca segala masalah dan keburukan. Pemimpin UMNO semuanya dipandang sebagai tidak bermoral dan melakukan segala macam kesalahan. Mungkin beliau lupa bahawa pemimpin Pas juga manusia biasa.
Sewaktu DS Anwar Ibrahim masih dalam UMNO, segalanya buruk sehingga Mat Sabu sanggup memberikan nama jolokan Anwar 'Al-Juburi'. Namun bila Anwar sertai mereka atau mereka sertai Anwar, segalanya berubah menjadi baik belaka. Malah mereka pertahankan dan menyatakan Anwar tidak terlibat dalam liwat meliwat. Demikianlah bila Islam dipolitikkan. Hukum dan fatwa selalu berubah mengikut keperluan mereka.
Dengari dan hayati klip video diatas. Tidakkah Nik Aziz sudah berubah-ubah pendiriannya demi pertahankan wakil rakyat Pas? Sesungguhnya Pas ini sesat dan menyesatkan, dulu kini dan selamanya. Imej pemimpin Pas di kampong-kampong juga tidak sebaik dulu. Rakyat melihat mereka sudah tidak lagi ikhlas berjuang. Perjuangan bukan lagi demi Islam, tetapi lebih kepada kepentingan diri semata-mata. Kerana itu hari demi hari kita menyaksikan banyak pembongkaran dilakukan.
Jika dulu tuduh pemimpin UMNO rasuah, kini pemimpin Pas pun sama. Jika dulu tuduh UMNO ini kroni, kini jelas Nik Aziz juga amalkan sikap kroninya. Jadi apa baiknya Pas yang menjual agama Islam untuk kepentingan diri mereka? Pas hanyalah sebuah parti yang pergunakan Islam untuk kepentingan diri dan menghancurkan rakyat dan orang Melayu.
Nik Aziz mesti meletakkan jawatannya demi tidak terus menyesatkan rakyat. Pas mesti dibubarkan supaya Islam tidak terus dijadikan batu loncatan dalam berpolitik dan supaya Islam tidak terus dijual belikan. Bangsa Melayu mesti bersatu, dan hanya UMNO yang mampu perjuangkan bangsa Melayu dan Islam sekali gus.
Nik Aziz mesti meletakkan jawatannya demi tidak terus menyesatkan rakyat. Pas mesti dibubarkan supaya Islam tidak terus dijadikan batu loncatan dalam berpolitik dan supaya Islam tidak terus dijual belikan. Bangsa Melayu mesti bersatu, dan hanya UMNO yang mampu perjuangkan bangsa Melayu dan Islam sekali gus.
8 comments:
Lagu sudirman buat dzimba naik semangat.. tahniah bro..
Dah tua nak mampus tu buatlah cara dah tua nak mampus.
Kalau mampus nanti PAS bungkus.
dzimba - ya, kita sama2 naikkan semangat kita demi perjuangan ini.
wake-up - woit!!slow down bro, hehe
tahniah masuk top ranking 100 blog popular.
sokongan padu utk misi SATUKAN SATU MELAYU MUSLIM MALAYSIA
Salam,
Melayuraya daily - perlu kisah ke? tapi saya tak kisahpun. Saya sudah dalam kelas tersendiri. Nothing to gain and nothing to loose.
Pang5 - Insyallah, bila Melayu sudah semakin matang dan bijak berfikir
Salam bro, blog bh masih hebat....
haha, masih mampu menghangatkan telinga puak2 khawarij dan kaum2 penikam belakang
Post a Comment