08 December, 2010

KU LI - HARIMAU KELANTAN YANG MENYIMPAN KUKU

Ku Li: Selama ini melawannya secara bersopan, namun bila hati sudah dilukai, sampai mati akan tetap melawan, andai kata sayap telah patah akan tetap bertongkatkan paruh



Selepas YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya memimpin UMNO / BN di PRK Galas yang baru lalu, beliau telah dilihat sebagai musuh yang sangat berbahaya yang mesti dimusnahkan segera. Mungkin Ku Li berpendapat, selesai sahaja PRK Galas dulu, maka seluruh rakyat Kelantan boleh bersatu semula tanpa mengira kecenderungan politik mereka. Kerana selama ini sikap Ku Li memang tidak terlalu mencampuri politik Kelantan secara keseluruhannya.

Namun, selepas membantu memenangkan Galas, Ku Li telah dianggap sebagai musuh nombor wahid Kelantan oleh kerajaan negeri yang diterajui Pas. Natijah kepada segala dendam kesumat mereka maka tidak hairanlah, atas nasihat politik segala darjah kerabat yang dianugerahkan kepada Ku Li ditarik balik. Alangkah hina dan tidak bermaruahnya sebuah parti yang ‘kununnya’ perjuangkan Islam serta seorang Menteri Besar yang juga ‘kununnya’ berpegang kepada agama Islam sanggup menasihati Sultan supaya menarik balik kurniaan terhadap beliau.

Kerana itulah, baru-baru ini Ku Li telah menyarankan kepada Majlis Raja-Raja supaya melihat kembali peraturan dan dengan beraninya menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada pemerintahan kesultanan Kelantan mutakhir ini adalah tidak sah dari segi undang-undang serta mempertahankan bahawa DYMM Paduka Sultan masih tetap dan kekal lagi berkuasa.

Ada pihak yang melihat politik kelantan akan dilanda gelora atau tsunami besar sekiranya Ku Li benar-benar bersedia mengeluarkan ‘kukunya’. Selama ini kita melihat kerabat Di Raja itu tidak pernah berbuat onar dalam politik Kelantan. Namun, apabila harimau yang sedang tidur ini diusik, tentu ia akan mengeluarkan kukunya. Sekiranya ini benar-benar dulakukan oleh Ku Li, sudah tentu politik negeri Kelantan akan jadi huru hara. 

3 comments:

oRang kAmpong said...

Ku Li adalah pemimpin yg bermaruah dan sgt sayang kpd org melayu. klu dier tidak bermaruah dan beriman dah lama dier jd PM. xp dier bukan mcm blader anWAR dan Tok Guru pukimak tu yg sanggup jual bangsa utk POLITIK.bro Ku Li meninggalkan umno dulu bukan sorang xmcm anWAR gay tua tu.

bRAVEhEART said...

Salam Org. Kg,

Saya tidak marahkan komen sdr. tetati ayat 'puk****' tu say rasa kasar sikit utk Nik Aziz, terutama skrg ni bila sy dah berubah cara menulis jadi lebih bermoral. Bagaimanapun, itu adalah hak sdr. Harap maaf membuat teguran disini. Apapun terima kasih kerana selalu dtk ke laman saya ini. Saya anggap sdr. sbg sahabat saya.

Anonymous said...

OK sir, tq. terbabas. kwn sebenarnya memang ada personal ngan dier.pleased dont publish my comen ni. just u n me.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...