27 December, 2010

MERAPATKAN SAF PENGAMAL MEDIA SOSIAL

Sebahagian peserta kursus blog dahulu, kemana mereka pergi? 
Atau apa sudah jadi?

1. 
PM sudah memberi isyarat bahawa PRU semakin hampir. Semua jentera pilhianraya negeri-negeri sudah mula digerakkan, demikian juga diperingkat bahagian. Orang-orang UMNO yang selama ini tertidur sudah kembali terjaga dan bernafas. Mereka masih hidup!, dan cuba meneruskan kesinambungan dan wawasan parti yang masih banyak belum terlaksana sepanjang mereka tidur lena.

Pahang yang selama ini membiarkan media sosial tanpa adanya pemantauan kini sudah kelihatan menuju kearah itu. Mungkin blog 'Pahang-ku' - http://pahang-ku.blogspot.com adalah buah yang dhasilkan sebagai terjemahan kepada keinginan menjuarai media sosial yang disaran PM selama ini. Bagaimanapun, ini bukan pertama kali mereka cuba menuju ke arah itu. Dulu UMB bergegar dan digegarkan, namun hilang lesap entah kemana. Kalau tak silap, dulu pernah ada beberapa blog pro kerajaan yang dibina dan akhirnya mati tak berkubur.

Pahang Daily - hilang tanpa kesan. Pahang News dan Pahang Kini - kini tinggal sebagai kuburan usang. Kalau inilah akhir sebuah impian, maka kita tidak akan dapat tidur lena menjelang PRU nanti.

Banyak kali diadakan kursus penulisan blog oleh beberapa pihak di Pahang. Berapa yang dilatih dan berapa yang dilahirkan? Kegagalannya adalah silap dalam membuat tafsiran. Blogger juga seperti lain-lain bidang penulisan, memerlukan bakat, keinginan, komitmen dan pengetahuan. Justru jangan berfikir selepas kita adakan satu kursus maka dari 50 peserta itu mereka akan melahirkan 50 blogger yang baik dan hebat.

Ada blogger yang berfikir dan mengumpul maklumat untuk menulis, ada yang hanya copy and pasti serta beri sedikit ulasan, ada yang hanya copy and paste, bahkan ada yang hanya memberikan link ke blog berkenaan seakan penunjuk jalan...rupa-rupanya macam-macam jenis blogger ada!

Saya selalu sarankan supaya dalam membina pasukan blogger, ambillah dari mereka yang sedia ada dan sedang menulis. Mereka ini akan tetap menulis walau tidak menerima apa-apa dari sesiapa, justru kenapa tidak gunakan minat dan kemahiran mereka untuk melakukan tugas bagi pihak kita? Mungkin dengan sedikit imbuhan akan menggembirakan hati mereka tentunya!


2.
Semua sudah sedar bahawa PRU semakin hampir. Namun banyak pihak masih belum bersedia untuk merapatkan saf dalam perjuangan kita. Kerana itu kita lihat masih ada blog-blog yang masing-masing pro kerajaan / UMNO namun menghentam sesama sendiri. Ini sepatutnya dihindari kerana tu akan melemahkan kita sesama sendiri dan sudahnya berkemungkinan kita akan gagal dalam perjuangan kita nanti.

Saya memantau dan melihat dengan jelas ini masih berlaku, justru saya menyeru blog WZWH, SPU dan UD menghentikan sebarang provokasi dan pergaduhan sesama sendiri.  Tidak ada faedah yang akan kita dapati jika perpecahan terus terjadi. Kita akan lihat apa yang perlu kita lakukan untuk selesaikan permasalahan ini. Sekali lagi, hentikan! demi kejayaan dalam menghadapi PRU akan datang.


4 comments:

Wake UP! said...

Sebab itulah sepatutnya bloger yang sudah sedia ada dihantar kursus sebegini.

Ini bagi memberikan mereka lebih motivasi berbanding dengan mengambil sesiapa sahaja yang tidak berminat dan akhirnya menghilangkan diri tanpa dikesan.

Jeepers Creepers said...

betul tu bro..para blogger perlu bersatu untuk pru akan datang.

dzimba said...

depa berebut untuk jadi popular broo.. jangan jadi mat jenin sudahlah ..menang sorak tetapi kampung tergadai.

http://pantausblog.blogspot.com

bRAVEhEART said...

salam wake-up,YB Ras dan dZimba,
kita hanya mampu bersuara dan mungkin suara kita pun tak sesiapa mendengarnya, tapi apa kita peduli? kita akan tetap menyuarakan apa ada dalam hati kita..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...