07 December, 2010

MAHASISWA PELACUR: APA TINDAKAN KEMENTERIAN?

Gambar hiasan.


Penglibatan mahasiswa dalam gejala seks semasa masih dikampus bukanlah satu perkara baru. Malahan ianya sudah dikira basi dan jadi lumrah. Bagaimanapun apabila golongan ini dihebohkan sebagai melibatkandiri dalam 'industri' pelacuran secara sambilan, maka isu ini harus difikirkan dengan bersungguh-sungguh.

Mahasiswa yang terlibat sebagai 'call-girl', Pelacur kelas atasan, GRO, dan bahkan 'gigolo' bukan hanya melibatkan IPTA bahkan IPTA juga. Bukan melibatkan yang bukan Melayu sahaja malahan anak Melayu dan yang beragama Islam turut sama. Alasan mudah adalah bagi menampong biaya pelajaran, namun selebihnya adalah untuk menikmati kemewahan serta melayani nafsu liar mereka.

Dimaklumkan bahawa pihak kementerian masih belum menerima laporan resmi dari IPTS dan IPTA yang berkenaan kerana pihak yang terlibat mengambil langkah menyembunyikannya. Pihak kementerian seharusnya memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan keras samaada terhadap pelajar terbabit serta IPTS dan IPTA yang berkenaan bagi membersihkan nama institusi pendidikan negara.

Andaikan masalah kewangan bagi menampong pendidikan mereka adalah penyebab utama, maka pihak kerajaan dan kementerian mesti mengambil tindakan drastik termasuklah menyediakan dana yang lebih banyak sebagai tambahan kepada biasiswa yang ada selama ini.

Sila baca pandangan dan kupasan yang lebih teliti dari blog 'mesin taip buruk'. (KLIK SINI) Dan bersama kita bertindak sesuatu bermula dengan memikirkan bagaimana atau apakah cadangan  yang boleh kita berikan kepada kerajaan dan kementerian bagi mengelakkan gejala ini berterusan. Masalah mahasiswa juga adalah masalah kita kerana mungkin ada diantara mahasiswa itu terdiri dari kalangan anak-anak kita sendiri.

2 comments:

RON95 RM1.90 said...

Kalau KPT nak tunggu laporan, memang takkan ada. Adalah lebih baik pasang spy, dan selalu-selalulah lepak dengan security guards di university. Mereka lebih tahu jadual para GRO ini. Para guard ini biasa nampak kereta mewah mengambil & menghantar pelajar wanita ke kampus - seawal pukul 6 pagi!

Tanyalah mereka.

Anonymous said...

Harap2 orang politik kita tidak terlibat dalam melanggani mereka ini

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...