YAB DS Nik Aziz Bin Nik Mat, menteri Besar Kelantan diberitakan berada didalam keadaan kesihatan yang tidak baik. Beliau dibawa ke hospital malam semalam kerana diberitakan sesak nafas. Berita ini saya ambil dari blog Big Dog yang mengambilnya dari Malaysia Instinct.
Big Dog, menulis bahawa sudah tiba masanya bagi Nk Aziz untuk bersara dan berihat dari kegiatan politik. Tugas dan bebanan tanggungjawab harus diserahkan kepada mereka yang lebih muda atau setidak-tidaknya memiliki kesihatan yang lebih baik.
Tanpa sebarang prejudis kerana berlainan fahaman atas dasar berlainan parti, BH memohon dan memohon semua pihak juga bersama berdoa untuk kesihatan beliau. Bersihkanlah hati kita, yang membezakan antara kita adalah berlainan fahaman politik, namun kita sama sebangsa dan seagama. Amin!!
Jangan kita jadi bebal seperti penyokong sebelah sana yang mendoakan keburukan terhadap pemimpin kita dahulu. Bukan hanya berbuat baik harus dibalas baik, bahkan berbuat jahat pun harus dibalas dengan baik. Itulah antara amalan sebenarnya yang dianjurkan oleh Agama Islam. Wallahualam!
4 comments:
sakit ada makna tu....
suruh nik aziz berdoa sendiri lah..diakan hebat
Pokemon nie lari... sbb dia dah tau dia akan disoal siasat oleh SPRM.... WOi POK NIK... JGN KO LARI...
POK NIK ITULAH TANDA USIA KITA SUDAH LANJUT,SUDAH TIDAK BERDAYA LAGI,SUDAH UZUR DAN LEMAH...USAH DIPAKSAKAN DIRI UNTUK JADI INSAN KUAT DAN PENUH KHUDRAT KERANA SEMUA ITU TELAH LAMA BERLALU DAN IANYA TIDAK AKAN KEMBALI LAGI....APA YANG ADA SEKARANG HANYALAH SEDIKIT KHUDRAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK POK NIK MANFAAT DALAM MASA YANG AMAT TERBATAS DAN SINGKAT....INILAH MASA YANG PALING BERHARGA BUAT POK NIK MENGHULURKAN SALAM UKHWAH KE ATAS INSAN SEAGAMA TANPA MENGIRA FAHAMAN DAN IDEOLOGI DAN INILAH MASANYA UNTUK POK NIK MEMOHON KEMAAFAN DARI INSAN SEAGAMA LANTARAN PERSETERUAN DAHULU DAN INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK POK NIK MEMPERBETULKAN KESALAHAN LAMPAU POK NIK DEMI UMMAH DAN AGAMA SUCI ALLAH.....POK NIK SAAT ITU SEMAKIN HAMPIR DAN TIDAK PERNAH TERLAMBAT DAN TERCEPAT WALAU SEDETIK....IANYA TERUS HAMPIR DAN TERUS MENGHAMPIRI KITA.....SEBELUM IANYA TIBA, POK NIK BERUNDURLAH DENGAN AMAN DARI KERUSI KEMULIAAN INI YAKNI TAKHTA DAN KUASA......KERANA SESUNGGUHNYA HARTA DAN KUASA ITU BISA MEMBUAT INSAN HILANG PERTIMBANGAN DAN IA JUGA BISA MELENYAPKAN KETENANGAN........BERFIKIRLAH POK NIK SEBELUM TIBANYA SAAT ITU...........
Post a Comment