19 December, 2010

POLITIK ANU-ARR, MEMBAWA KEBELAKANG

Kahkahkah! Sapa punya lembu ni sudah terlepas tengah jalan?







Saya seratus peratus sangat bersetuju dengan pendapat sahabat saya di GAP (Menuju Putrajaya Atau Menuju Zoo Negara). Mengenai janji dan harapan yang diberikan oleh Pakatan Pembangkang dalam mengimbangi hegemoni politik BN selama ini.

Pakatan diharapkan mengubah taraf kehidupan rakyat dengan memulakannya melalui membawa suara rakyat kelas pertengahan untuk disuarakan di Parlimen. Namun apa yang berlaku selama ini amat mengecewakan kita. Kerana mereka yang kita sokong dan mengharapkan memperjuangkan kita tidak langsung berusaha untuk memperjuangkan kehendak rakyat, sebaliknya hanya perjuangkan kepentingan dan survival orang-orang tertentu dan kita rakyat ditinggalkan.

Kita mengharap mereka berusaha mengatasi isu kos kehidupan yang semakin meningkat, kesempitan hidup dan kadar kemiskinan, isu kenaikan harga barangan, penambahbaikan sistem pendidikan dan mutu kesihatan. Inilah perkara-perkara asas yang kita hendak mereka perjuangkan. Tapi apakah itu yang mereka lakukan?

Lebih 3 tahun kita menunggu-nunggu wacana politik baru yang pakatan janjikan, namun yang mereka berikan hanyalah jeritan dan pekikan dari satu demonstrasi ke demonstrasi dalam berbagai gaya termasuklah dengan nekad berguling-guling diatas jalan, bertindak seperti monyet di zoo dalam DUN Perak dan terbaru demo dihadapan Parlimen. Soalnya, apakah ini yang rakyat inginkan? Apakah faedah yang akan rakyat dapati? Serta siapa dan untuk apakah ‘perjuangan’ (?) itu mereka lakukan?

Pakatan masih belum mampu menunjukkan keintelektualan mereka selam berkuasa dan diberikuasa. Yang kita lihat hanyalah tindakan kurang matang dan bodoh berserta moral yang teramat rendah yang tidak sanggup kita lihat sebagai pemimpin yang akan memandu rakyat dalam kehidupan. Benar, ada pemimpin kerajaan UMNO / BN yang juga buruk moralnya, tetapi mereka cuba menutupinya. Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang menganggap mereka boleh lakukan apa saja dan seolah-olah kelancangan dan sikap kurang ajar serta rakus mereka itu adalah budaya baru yang mampu membawa kejayaan dan akan dianggap sebagai ‘hero’ oleh rakyat.

Menurut blog GAP; perhatikan isu air di Selangor,  Pakatan dulu adalah oposisi. Namun sekarang mereka adalah kerajaan dan sepatutnya peluang yang diberikan oleh rakyat dapat mereka gunakan sepenuhnya untuk menunjukkan kualiti dan kehebatan mereka mentadbir. Sayangnya bila kes air mula diceritakan kisah benarnya, mereka membawa perangai lama - demontrasi di jalanan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Apakah inikah sahaja yang mampu mereka bawakan kepada rakyat ? Adakah ini corak pemikiran politik baru ?

Tidak ada harapan yang pembangkang dapat berikan kepada rakyat, malah mereka akan lebih rakus memporak-perandakan kerajaan sehingga tidak akan dapat dikawal lagi, segalanya mereka lakukan atas nama demokrasi, ‘kunun’nya. Sedangkan apa yang mereka lakukan adalah memusnahkan demokrasi itu sendiri.

Cukuplah kita disajikan dengan mimpi-mimpi. 16 September pun sudah 2 kali berlalu tanpa menghasilkan apa-apa. Janji Anu-arr hanyalah angan-angan dan pembohongan yang diciptanya kemudian dia sendiri mempercayai pembohongan yang diciptakan itu serta mengajak kita sama-sama bermimpi.

Negara akan lebih aman tanpa adanya Anu-arr pengkhianat anugerah Tuhan itu. Jika tidak ada Anu-arr, tentu tidak ada PKR, tentu tidak ada mimpi Pakatan Rakyat dan tentu tidak ada kecau-bilau dan kerosakan di muka bumi Malaysia ini. Kita menyeru kerajaan supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap segala kesalahanya dan segera melontarkannya kemana sepatutnya dia dan impiannya itu dipadamkan.

Mungkin kita fikir pentadbiraan kerajaan sekarang ini buruk, tetapi membenarkan Pakatan Pembangkang memerintah akan menjadikan keadaan bertambah-tambah lagi buruk. Ibarat kata; 'lari dari lubang tikus, masuk ke lubang taik' (emmm! bukan lubang belakang yang Anu-arr suka tu?)

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...