Kebelakangan ini terlalu banyak yang berlaku dalam politik tanahair, yang mencerna perubahan sikap dan pemikiran pengundi. Media sosial juga telah memainkan peranan penting dalam menjana perubahan berkenaan selaras dengan perkembangan IT. Maklumat tersebar lebih meluas dan dalam kadar segera serta sukar dibendung. Ianya menyebar bagaikan angin kesegenap penjuru dunia.
PKR sudah diambang kemusnahan. Parti yang 'kununnya' memperjuangan kebebasan rupa-rupanya hanya perjuangkan kebebasan orang-orang tertentu sahaja. Keadilan yang dimaksudkan bukanlah untuk semua, tetapi hanya untuk pemimpin mereka sahaja. Proses demokrasi didalam parti yang sepatutnya menjadi asas kepada pejuangan parti sudah juga tengelam berikutan perebutan kuasa yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Kerana itu, pemilihan dikebanyakan cabang parti berlaku dalam keadaan tidak adil serta suasana permusuhan. Pokoknya dalam PKR tidak ada demokrasi dan tidak ada keadilan yang dilaungkan.
Pas, parti yang 'kununnya' memperjuangkan Islam juga sudah semakin jelas membawa kearah kesesatan. Pemimpin Pas mempertaruhkan sokongan Melayu dan agama Islam semata-mata untuk meraih sokongan dan menterjemahkannya menjadi undi dalam pilihanraya. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat undi dan kuasa. Bukan setakat bersahabat dengan kafir harbi malahan mereka sanggup bersahabat dengan syaitan juga. Kerana itulah beberapa pemimpin mereka berperangai seperti syaitan.
Terbaru ada seorang ADUN 'syaitan kecil' dituduh berzina dengan isteri orang, dan pemimpin parti tidak mampu menafikannya. Ekoran itu, pihak yang mendedahkannya kepada umum telah diugut dan bahkan cuba dibunuh, yang berkemungkinan atas arahan pihak yang terlbat sebagai tindakan membalas dendam. (Baca Sini) Memang syaitan sudah menjadi sahabat setia pemimpin dan pengikut Pas sejak lama dulu.
Jika saya menyokong pas sudah tentu saya ada alasan sendiri untuk berbuat demikian, dan jika saya ditanya maka inilah jawapan yang akan saya berikan;
1) Undi Pas masuk syurga
2) 'Kunun'; mengikut sunah nabi, pemimpin Pas berbini ramai, saya pun nak berbini ramai. (Baca Berapa Bini Pemimpin-pemimpin Pas)
3) Jika melakukan dosa (Spt. Mat Sabu) pemimpin Pas akan tutup dan ampukan dosa.
4) Rasuah halal dalam Pas kerana ianya dipanggil 'sedekah' didalam Pas
UMNO itu Islam, Pas itu hampas dan jahanam! Kenapa saya sokong Pas? Saya tak sokong pun dan tidak akan jadi lembu bodoh yang sokong Pas sampai bila-bila!
7 comments:
Nenek aku ahli PAS.
Tapi bila pilihanraya dia kata dia pangkah BN.
Aku heran dan ajaib.
PAS salah ajar atau nenek aku salah belajar.
Nenek aku kata,"Aku sokong PAS kerana nak masuk syurga di akhirat.
Aku pangkah BN sebab nak hidup senang di dunia"
Lama juga aku termenung.....
Aku rasa lebih baik kita gunakan
slogan nenek aku.
SOKONGLAH UNTUK PAS MASUK SYURGA.PANGKAH BN UNTUK SENANG DI DUNIA.
Salam Bedah Jendul,
Bijak nenek kau tu, dia tk terpengaruh dengan Pas yg janjikan sesuatu yg bukan hak dan milik mereka pun. Lebih bijak bila nenek kau tak benarkan datok kau berbaring-baring tengah jalan menghalang jalan Sultan Perak ketika mentauliahkan Dr. Zamri jadi MB Perak. Yg baring2 dulu tu semuanya dah 'mati' sebangai lembu 'korban', hehe!
Jangan percayalah dengan cerita dongeng undi PAS masuk syurga.
Pernahkah orang yang undi PAS yang sudah meninggal dunia hidup balik dan menceritakan mereka sudah ke syurga?
Kalau tidak ada, tak payah percaya.
Nenek kpd anak aku juga berprinsip mcm nenek bedah jendul....heheheheheh samalah kita..
Dia malas bergaduh dgn puak2 bodoh kg.dia jd dia kata (dia kata) dia sokonglah puak2 tu tp setiap pilihanraya dia pangkah BN. Kwn2 dia yg sokong pas itupun buka main galak dan berbangga jika anak cucu mereka mendapat kerja gaji besar dgn kerajaan, periksa dpt A berjela2 kemudian dpt biasiswa ngaji U dlm dan luar negeri pula. Hangpa pikiaq lah bukankah semuanya hasil usaha UMNO dlm BN semua itu? Bodoh puak2 tu, telur emas berebut ttpi ayam yg bertelur itu hendak disembelih.....akai ada ka?
Anon,
Hahaha! Datok kepada Cucu saya pun sama juga. Dia tetap percaya Pas tu lebih teruk dari anjing kurap. Merekalah yang gigit tangan kita tiap kali kita beri mereka makanan. Ada akai ke macama tu?
NENE AKU CAKAP BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SEMOGA MENDAPAT BALASAN SYURGA ALLAH.
TAPI PUAK PAS CAKAP UNDI PAS MASUK SYURGA. DARI YANG AKU PAHAM DARI APA YANG NENEK AKU CAKAP, "UNDI PAS, MASUK SYURGA PAS"
FIKIR-FIKIRKANLAH APA YANG NENEK AKU CAKAP.
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.
• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.
Post a Comment