21 December, 2010

KEMALANGAN DAHSYAT DI SIMPANG PULAI KERANA SABOTAJ?

Sebahagian mangsa kemalangan yang selamat dan diberikan pertolongan cemas


Membaca di akhbar-akhbar, laman-laman blog serta menonton di tv mengenai kemalangan ngeri yang berlaku di Simpang Pulai, Ipoh sangat memilukan. 

Lapor harian Kosmo begini (sebahagian):

IPOH – Mendengar jeritan dan melihat anggota badan pelancong yang terputus merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang saksi kejadian yang berada di lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Mohd. Shafwan Mohd. Nan, 17, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke pusat peranginan itu dengan menaiki sebuah bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands.

Katanya, ketika di atas bas, dia terkejut apabila melihat ada beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak terpelanting di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan ada yang telah mati.

“Walaupun cemas dan takut dengan keadaan itu, saya memberanikan diri untuk turun. Bas dua tingkat tersebut remuk dan apa yang memilukan, saya terdengar mangsa-mangsa yang terselamat menjerit dan merintih kesakitan minta diselamatkan.........

Tentu dengan mudahnya kita menyalahkan pemandu bas berkenaan. Selain itu kita juga menyalahkan syarikat kenderaan berenaan. Kita juga akan menyalahkan kerajaan dan JKR kerana keadaan jalan dan selengaraannya yang mungkin penyebab kemalangan berkenaan. Memang mudah menyalahkan orang lain, tentunya.

Bagaimanapun ketika saya menonton tv semalam, sewaktu pemberita tv berkenaan mewawancara YB Dato' Devamany berkaitan kemalangan tersebut, ada sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang selama ini - perbuatan khianat.

YB Dato' Devamany a/l S.Krishnasamy, Ahli Parlimen Cameron Highland merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meragui adanya perbuatan khianat oleh orang-orang tertentu dengan mencurahkan minyak dipermukaan jalan atas tujuan tertentu. Beliau juga meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berkenaan.

Kita melihat bahawa dakwaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ada pihak-pihak tertentu yang beranggapan bahawa mereka akan mendapat rezeki diatas kemalangan yang berlaku. Mungkin mereka tidak mengharapkan kemalangan yang sebegitu dahsyat, bagaimanapun ianya adala diluar kawalan mereka.

Bukan jarang kita dengan bahawa ada pihak yang merancangan kemalangan dan bersedia menanti untuk memberikan perkhidmatan apabila berlakunya kemalangan. Perbuatan mereka ini sungguh hina dan kejam dengan mempertaruhkan nyawa orang ramai demi rezeki hidup mereka. Kita juga memandang isu ini serius dan pihak polis sudah sepatutnya menyiasat dan memantau jenayah kemalangan terancang seperti ini.

Bagaimanapun sebagai pemandu, kita haruslah sentiasa berhati-hati dijalan raya dan memastikan kita sentiasa mematuhi arahan di papantanda dan tidak memandu laju.Kerana apabila kemalangan berlaku, kitalah yang terlibat serta menanggung akibatnya dan bertanggungjawab sepenuhnya. 


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...