Posting blog Gelombang Rakyat bertajuk: Perlu lagi ke Blogger Pembela Negara? Pada Jumaat 10 Disember 2010 adalah dirujuk
Saya menunggu jika ada sahabat-sahabat lain yang memberikan tindak balas terhadap posting berkenaan dan akhirnya saya dapati tidak ada. Mungkin kerana terlepas pandang isu ini atau menganggap ini isu picisan yang tidak perlu diambil tindakan.
Atas dasar itu, maka saya perlu tampil menjawab atas kapasiti seorang antara peneraju BPN ini.
Saya telah menulis 2 posting yang ada kaitan dengan isu ini; (klik) PRO KERAJAAN MENGUASAI BLOG, MANA UMNO SEBENAR? dan MENGIMBAU KENANGAN – BLOGGER PEMBELA NEGARA
BPN masih ujud namun atas beberapa sebab sudah kelihatan tidak gagah seperti dahulu. Blogger-blogger baru telah mengambil tempat mengisi barisan perjuangan ini dan kami yang ‘usang’ ini, secara keseluruhannya lebih banyak memberi sokongan dari belakang. Alasan utama adalah terpaksa memberikan komitmen kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang mengatasi segalanya.
Parpukari aka ‘House of PK’ dan ‘Taipingmali’ sudah meninggalkan BPN mengikut haluannya sendiri, namun masih aktif dah bahkan sangat membanggakan kerana berada diatas diantara 100 blogger di-‘ranking’ alexa.
Sebelum posting diblog ‘Gelombang Rakyat’ lagi, kami sebenarnya sudah merapatkan semula saf. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dan kami telah membuat beberapa persetujuan untuk mengangkat kemnbali martabat BPN. Bukan kerana kami sendiri, tetapi kerana perjuangan ini yang perlu diteruskan. Bebarapa pendekatan baharu akan dipraktikan antaranya akan lebih memberi tumpuan kepada blogger baharu untuk dibimbin dan bernaung dibawah lambang BPN bagi melonjakkan mereka.
Memang dulu BPN digeruni oleh blogger lawan. Berjaya menghancurkan dominasi blogger pro pembangkang didalam media sosial. Bahkan masa kini pun bayangan BPN masih jadi igauan mereka.
Dakwaan bahawa BPN menyokong KJ atau pun sesiapa adalah tidak berasas. Kami sebagai satu pasukan tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dan membuat sebarang ketetapan untuk menyokong seseorang. Jikapun ada sokongan yang diberikan, itu adalah bersifat peribadi, dan itu adalah semuajadi. Sesiapa boleh cenderung dan menyokong sesiapa dalam BPN, tetapi sebagai satu pasukan kami masih bebas dan berkecuali.
Gelombang Rakyat berpendapat BPN masih diperlukan, dan memang pun kita sedang dalam usaha untuk bergerak aktif semula. Dengan cara dan strategi baharu. Pandangan Gelombang Rakyat tetap akan diambil kira. Bagaimanapun selain dari meningkatkan dan menggalakan penulisan diblog-blog ahli, tumpuan akan diberikan juga kepada sembang di laman facebook. Bahkan chatting di chatroll BPN akan dihangatkan kembali kerana disitulah dulunya gelanggan tempat kita berhujah dan memberikan pandangan serta pendapat masing-masing.
Bukan hanya blogger baru yang masih mengingati BPN dan mahukan kami kembali, sebenarnya kami pun ingin juga. Justru kita menyeru kepada semua yang masih bersemangat untuk melangkah kearah itu. Kita berkumpul semula pada setiap malam Sabtu jam 10.00 malam diruang sembang YM. Sesiapa yang masih belum ‘add’ sebagai ‘friend’, sila hubungi mana-mana AMT BPN untuk di’add’ kan bagi membolehkan bersama menyertai sembang BPN berkenaan.
BPN membuka pintu seluas-luasnya kepada semua yang berminat dan bersemangat. Yang bertujuan untuk membangunkan dan bukan untuk menghancurkan kerana perjuangan ini adalah untuk agama, bangsa dan tanahair.
Nota:
Tulisan ini bukanlah kenyataan resmi BPN, ianya adalah pandangan saya peribadi selaku salah seorang pendukung dan AMT BPN yang peka terhadap sebarang isu berkaitan BPN.
Nota:
Tulisan ini bukanlah kenyataan resmi BPN, ianya adalah pandangan saya peribadi selaku salah seorang pendukung dan AMT BPN yang peka terhadap sebarang isu berkaitan BPN.
No comments:
Post a Comment