17 December, 2010

INSYALLAH, PAHANG AKAN TIBA KE PERTEMUAN BLOGGER PERAK



Salam kepada semua sahabat blogger di Perak, terutamanya sekupangdua. Insyallah, Pahang akan tiba untuk bersama-sama dan memberikan sokongan. Kami merasakan penghargaan ini bagaikan satu penghormatan yang tinggi, namun yang lebih utama adalah nilai persahabatan dan keinginan untuk berkerjasama dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Insyallah! Sewaktu post ini disiarkan, saya sedang dalam perjalanan. Doa para sahabat untuk keselamatan saya dalam perjalanan sangat dihargai untuk satu pertemuan mengikat silratulrahim antara kita.

Baca alu-aluan dari sekupangdua;

Assalamualaikum Semua!

Kami mengalu-alukan kehadiran AMT BPN yang akan turun ke ipoh esok, kehadiran kalian amat di nantikan. Rasanya tak sabor gak untuk kita duduk semeja pekena TEH TARIK! mungkin selepas program kita boleh bercerita panjang dari pelbagai aspek BPN sendiri , bagi bloggers Perak yang akan turut sama diharap dapat membantu bersama dengan kehadiran Sahabat-sahabat kita. 

Nampaknya penghormatan besar terhadap Bloggers Perak yang akan di kunjungi AMT BPN yang akan turun dari merata negeri termasuk Sarawak, Kedah, Johor, Selangor, Pahang dan negeri-negeri yang lain, suka teman nyatakan kehadiran kalian sememang nya dinantikan dan berharap ini bukan yang pertama. sebelum itu teman dan warga Bloggers Perak memohon maaf jika terdapat kekurangan yang berlaku esok. Rasanya yang penting ialah Perjumpaan esok dapat membincangkan lebih lanjut serta persediaan BPN sendiri untuk hala tuju tahun 2011.

2 comments:

Gerakan Timur said...

Salam,

Semoga anda selamat sampai ke Ipoh. Harap kekusutan yg melanda sahabat2 blogger di Perak akan dapat diselesaikan demi alif, ba, ta.

Amin...

Wake UP! said...

Syabas bro.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...