09 December, 2010

DEMONSTRASI DAN BINATANG POLITIK

Demo air diberi air, hehe




Datuk Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur menafikan lapuran The Malaysian Insider yang memetik kenyataan pihak tertentu bahawa mengatakan polis melakukan kekerasan semasa menyurai perhimpunan haram isu tariff air diMasjid Negara Ahad lalu. Polis sudah habis ragam meminta mereka bubar tetapi tetap berdegil. Akhirnya polis terpaksa menggunakan semburan air dan gas pemedih mata. Polis melakukan demikian kerana TS Khalids, memungkiri janjinya dengan polis. (Sumber Utusan Malaysia Dec8, 2010:5).


Saya melihat kepada apa yang sebenarnya tersembunyi disebalik perhimpunan haram itu. Menteri Besar yang sudah maklum akan perhimpunan berkenaan tidak mempunyai kata pemutus yang boleh dipegang dan dipatuhi peserta demo berkenaan. Selain itu beliau juga tidak mempunyai ‘kredebiliti’ untuk meminta mereka bersurai. Suaranya  langsung tidak didengar dan dihormati. Kerana yang sebenar-benar berkuasa adalah seseorang yang bersembunyi disebalik tabir, dibelakang beliau. Beliau hanyalah seorang pelakun dan pak lawak diatas pentas besar itu.

Tunjuk perasaan ini hanya satu provokasi yang mengharapkan pihak polis akan bertindak balas dengan keganasan supaya ada peserta yang akan cedera bahkan menjadi mangsa dari kekejaman pihak polis. Supaya dengan  itu pihak polis dan bahkan negara ini akan dengan senang dituduh zalim dengan harapan juga akan mendapat simpati dari rakyat. Sudah tentu kelak negara-negara luar juga akan melabelkan kerajaan kita sebagai zalim. Bahkan pejuang itu bolehlah disamakan dengan perjuangan ‘Suu Kyi’.

Malangnya kedua tokoh itu jika hendak kita bandingkan amatlah berbeza sama sekali. Yang satu berjuang untuk kepentingan rakyat dengan sanggup ‘membakar diri’ sedangkan yang satu lagi adalah berjuang untuk kepentingan diri dan sanggup membakar rakyat demi kepentingan dan cita-cita peribadi.

Akhirnya, perhimpunan itu bubar begitu saja tanpa hasil lumayan seperti yang diharapkan kerana tiada inseden buruk yang boleh diheboh-hebohkan. Nampaknya ada pihak yang lebih cekap dengan perangkap provokasi berkenaan. Kebijaksanaan polis mencium agenda tersembunyi itu telah mengagalkan hasrat dan cita-cita seseorang untuk memberi masej kepada rakyat tidak dapat tercapai

Hakikatnya, sebarang demo jalanan sudah tidak menarik minat rakyat lagi. Bahkan sepatutnya ‘Tokoh Demonstrasi Jalanan Maal Hijrah’ ini sepatutnya insaf dan bersara dari kerja-kerja yang sudah sangat lama si lakukannya sejak zaman mahasiswa dulu lagi. Lepada yang selama ini hanya 'tukar tiub', sudah sampai masanya untuk 'tukar tayar' pula. Selesikanlah  segala yang sepatutnya diselesaikan sekarang ini. Mungkin juga perlu bertaubat pada segala kesalahan yang dilakukan. Kerana anugerah yang paling layak rakyat berikan hanyalah ‘ Tokoh Binatang Politik Negara’ Kah! Kah! Kah! Oppppsss! Itu tiub sudah rosak, Kasi tukar tayar' sekali aaa! Tiubless punya, hehe!

2 comments:

bRAVEhEART said...

Salam Badut Rakyat,
Terima kasih. Sy linkkan blog BR di Link Blogger Pembela.

Anonymous said...

Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...