Suara Anak Pahang - Perlu Baca

01 March, 2011

AL-FATIHAH - DATO' AZIZAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH




Al-Fatihah!

Dato' Azizan Bin Yaakob. telah pulang ke Rahmatullah awal malam semalam akibat serangan stroke. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Jerantut awal pagi ahad lalu setelah diberitakan terjatuh dirumahnya. Beliau kemudiannya dipingahkan ke Hospital Temerloh untuk mendapat rawatan susulan.

Bagaimanapun pada petang hari yang sama beliau dipindahkan di Hospital di Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia pada awal malam semalam. Jenazah beliau dibawa ke Jerantut untuk dikebumikan di kampongnya di Ulu Cheka.

Bersamalah kita berdoa kehadirat Allah SAW semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang diberikan syafaat dan mendapat keredhaannya.

Beliau adalah mantan ADUN Pulau Tawar. Bergiat dalam politik sejak zaman pemudanya dengan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Akhir-akhir ini beliau meluangkan masanya dan memberikan sumbangan buah fikirannya dalam penulisan blog. Beliau juga aktif di laman media sosial lainnya termasuk facebook.

Beliau adalah seorang guru dan anak murid yang baik dan gigih, yang jauh pandangannya dan melampaui zamannya sendiri. Kehilangan beliau dirasai kawan dan lawan politiknya. Juga dirasai oleh sahabat-sahabat blogger. Beliau disifatkan telah memacu perkembangan blog dan media sosial di Jerantut. 


6 comments:

kedai buku perintis said...

salam BH
walaupun saya tidak mengenalinya secara dekat.saya turut terasa terkesan kerana kehilangan tulisan tulisan beliau.SEMUGA ALLAH SAW MENCUCURI RAHMAT KEATASNYA.AL FATIHAH.

sejahtera39 said...

Al-fatihah..... semoga ALLAH cucuri rahmat dan
meletak roh beliau didalam golongan orang yang mulia dsisi NYA...amin

sri tribuana said...

Abg Braveheart, beliau akan dikebumikan di Kg Mat Kilau, bukan Ulu Cheka

SEKALUNG BICARA said...

Innalillah hiwainnailahirojiun.
semuga rohnya diletakkan dikalangan
hamba2NYA yang dikasihi.

d_tieah said...

Muda lagi dia ni..
Alfatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Entry Terbaru 1 : Antara Cinta Pengkid dan Gay
Entry Terbaru 2 : Sebenarnya Kita Sama-Sama Sombong

Wira Kenyalang said...

Al-Fatihah...

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

kepada yang masih hidup teruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran dan kebatilan

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...