Suara Anak Pahang - Perlu Baca

02 March, 2011

JENGKA 25 DINGIN TERHADAP HJ. HADI

Semalam Haji Hadi telah menghadiri ceramah di pentas Pas yang diadakan di Jengka 25. Felda Jengka 25 adalah diantara kubu kuat UMNO selama ini kerana itu adalah sukar untuk Pas cuba menguasainya. Peneroka di Felda Jengka 25 adalah diantara mereka yang bersyukur kerana kesejahteraan hidup mereka selama ini dibawah pentadbiran kerajaan BN.

Memang ada satu dua perkara yang membuat mereka tidak berpuashati terhadap kerajaan namun mereka memilih cara penyelesaian yang bijak dengan bersemuka dengan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab terhadapnya.

Mereka sedar, memilih pembangkang untuk menjadi wakit rakyat bukanlah jalan terbaik malahan akan menambah burukkan lagi keadaan kerana wakil rakyat dari pembangkang sudah tentu tidak dapat melakukan apapun. Jika kita ambil kerajaan Kelantan sebagai contoh, apakah yang kerajaan Pas dapat berikan kepada rakyat dalam membangunkan ekonomi mereka?

Yang kerajaan Pas kelantan mampu berikan hanyalah janji-janji kosong termasuk mendapat keredaan dan diterima masuk ke syurga yang bukanpun milik mereka bahkan mereka sendiripun belum ada jaminan untuk memasukinya.

Haji Hadi diberitakan balik lebih awal dari sepatutnya semalam kerana ceramahnya yang dingin dan kurang mendapat sambutan. Nyata bahawa pengundu di Jengka 25 menolak perjuangan parti Pas yang tidak mampu berbuat apa-apa selain dari membuat DAP memeluk Pas, bukannya memeluk Islam

1 comment:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti Majlis Agama Islam, Mufti, Kadhi, JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...