23 March, 2011

PRN SARAWAK - BN TAWAR PERUBAHAN BESAR






Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan semalam (21.3.2011) bagi membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan. Speaker DUN sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengistiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi semalam.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), komponen terbesar Barisan Nasional Sarawak dijangka perubahan besar dengan dengan menyenaraikan 1/3 muka baru daripada 35 kerusi yang diperuntukan. Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, senarai calon muka baru itu termasuk penyandangnya dijangka diumumkan sehari sebelum hari penamaan calon ~ Harian Metro. Selasa, 22.3.2011 ms14.

Kita melihat bahawa Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB bersungguh-sungguh untuk melakukan transformasi kepada negeri Sarawak dengan memberi nafas dan semangat baru kepada kepimpinan negeri. Kita percaya banyak lagi perubahan bagi negeri Sarawak dan lain-lain negeri akan dilakukan dalam plan tranformasi peringkat nasional pada PRU13 nanti.

Perubahan dan penambahbaikan besar-besaran ini kelak akan membuatkan parti-parti pembangkang tidak lagi berupaya menabur janji-janji palsu mereka kerana apa yang akan kerajaan BN berikan kelak akan cukup dan melengkapi segala yang cuba diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang selama ini.

Selain itu pakatan pembangkang kelihatan semakin retak dan tidak sehaluan apabila ada parti-parti rakan kongsinya yang tidak berpuashati dengan pembahagian kerusi-kerusi untuk dipertandingkan kelak. Pas contohnya dipertikaikan atas alasan dan perjuangan apakah mendapat 6 kerusi sedangkan kekuatan mereka adalah di Semenanjung Malaysia saja.  Timbalan Presiden Parti Keadilan, Mohamed Azimin Ali diberitakan telah gagal untuk menemui Presiden Parti Snap Edwin Dundang bagi memujuk untuk bersetuju dengan pembahagian  kerusi berkenaan serta berunding bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan.

Rakyat Sarawak yang dihina sebagai 'bercawat' oleh Haji Hadi serta dirujuk sebagai jahilian oleh Nik Aziz akan membuat pilihan mereka tidak lama lagi. tentu Pas sudah bersedia untuk melabelkan rayat negeri Sarawak dengan berbagai-bagai kata penghinaan mereka apabila Pas ditolak oleh rakyat negeri berkenaan kelak. Mungkin juga akan banyak tikie-tiket kesyurga akan diberikan kepada mereka yang bercawat itu oleh para pemimpin Pas kelak.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...