Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 March, 2011

DUN KERDAU ~ KEKALAHAN TERANCANG PAS ?


Singapork bagus, Singapork Molek, Singapork comey,
Rama rakyat Kelate' gi kijo di Singapork sebab Kelate' uduh! Tak ado pembangune'


Bagi para penyokong UMNO BN, meletakkan calon 'kitar semula' Hasanuddin Salim adalah keputusan yang sangat dihargai. Ini kerana banyak pihak melihat bahawa situasi itu akan memberikan peluang lebih besar bagi UMNO untuk menang besar.

Calon UMNO BN, Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad adalah seorang tokoh, anak tempatan yang bukan saja 'winnabale candidate', malah dalam benyak keadaan beliau adalah saya sifatkan sebagai 'unbeatable candidate' di kerusi DUN Kerdau ini dalam PRK ini.

Saya melihat bahawa Hassanuddin Salim bukanlah lawan yang setara bagi beliau. Meletakkan Pesuruhjaya Pas Pahang juga tidak akan membawa kejayaan kepada Pas, cuma mungkin akan mampu meningkatkan lebih saingan dan jumlah undi tetapi masih tetap kekal kalah. Hatta, jika Pas meletakkan Nasaruddin Hassan Tantawi dan Nik Aziz sekalipun mereka akan tetap dikalahkan.

Hakikatnya adalah pengundi di DUN Kerdau tetap akan memilih Ustaz Syed Ibrar dan parti UMNO BN sebagai wakil mereka di Dewan Undangan Negeri Pahang. Rakyat dan pengundi menaruh keyakinan yang tinggi kepada beliau yang mewakili UMNO BN.

Kita pasti pihak Pas juga sudah mencongak kekuatan UMNO dan kelemahan mereka. Seperti saya katakan; meletakkan siapa-siapa calon sekalipun mereka tetap juga akan dikalahkan. Mereka seharusnya memberikan laluan kepada PRK bagi bertanding dikerusi ini supaya mereka dapat berkongsi 'kekalahan' bersama disamping mengurangkan impak dari kekalahan itu kepada parti pas itu sendiri.

Saya berpendapat sekiranya PKR meletakkan calonnya Hj. Suhaimi Said di DUN Kerdau ini, pertembungan ini akan lebih memberikan tekanan kepada UMNO kerana kekuatan PKR dan Pas berbeza sama sekali. Tetapi sudah tentulah Pas tidak akan memberikan laluan ini kepada PKR kerana mereka lebih mementingkan penguasaan dan mengutamaan pembahagian kerusi-kerusi biarpun terpaksa menanggung risiko tinggi dengan kekalahan memalukan.

Akhirnya, seperti yang diramal, Pas tewas di DUN Kerdau dan terus tewas dalam setiap PRK yang disertainya kebelakangan ini. Ini memberikan impak yang besar kepada parti. Ini juga membuat Pas semakin hilang harga dirinya.

Mungkinkah ini semua mengikut skrip yang sudah dirancang sejak dulu alam usaha dalaman Pas untuk menyingkirkan 'Tok Garu' mereka? Ada konspirasi didalam Pas yang sengaja melemahkan parti supaya memberikan pengajaran dengan harapan agar 'tok garu' Nik Aziz mereka mengundurkan diri kerana malu dan bertanggungjawab atas kekalahan-kekalahan ini.

Kita semua sedar bahawa didalam Pas ada sebahagian mereka yang 'kurang' menyukai kepimpinan 'Mursyidul Am' mereka sendiri. Mungkin ini adalah satu cara untuk memberikan tekanan kepadanya supaya berundur, atau ini adalah satu permulaan untuk Pas bagi mencari titik pertemuan untuk bersatu didalam UMNO.

Jika ada halangan untuk Pas menyertai UMNO saya rasa ianya adalah kerana Pas akan meminta jawatan PM untuk diberikan kepada Nik Aziz. Apa kata kita jikalau penggabungan parti pas dan UMNO berlaku dan Nik Aziz jadi Perdana Menteri Malaysia?


3 comments:

abraz966 said...

daripada beri pada nik aziz baik bagi pada keling paria.

abraz966 said...

bERANIKAN hATI,tapi tak berani buat apa.po dah !!!

Anonymous said...

KELANTAN MUNDUR 21 THN MEMERINTAH...NI NAK JADI PM.. INGAT DOLLAH YG GAGAL NIK AZIZ GUA INGT 2X5 AJA....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...