Suara Anak Pahang - Perlu Baca

22 March, 2011

ISU TANAH DAN FELCRA MASIH BELUM SELESAI DI JERANTUT


Dato' Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri menghadiri program berkenaan mewakili SUK



Saya ingin menemui seorang sahabat lama, En. Saleh dari Jabaan Pertanian kerana dah lama tak bertemu. Ketika saya hubungi beliau, dia memaklumkan berada di Dewan Majlis Daerah Jerantut kerana menghadiri program anjuran Biro Pengaduan Awam, ' Program Mesra Rakyat'. Lalu saya bertemunya dan langsung menyertai program berkenaan. 

Dimaklumkan bahawa ini adalah program yang pertama kalinya di Jerantut dan yang ke-3 di Pahang selepas diadakan di Pekan dan Kuantan sebelum ini. Saya melihat bahawan ini adalah satu progran yang sangat bagus diadalah bukan saja bagi mengurai kekusutan dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat, namun program ini juga dapat sedikit sebanyak meredakan gelora dalam jiwa rakyat yang selama ini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajaan selama ini.

Namun sedikit kekecewaan didalam hati saya kerana makluman mengenai program ini tidak dibuat lebih menyeluruh. Tidak ada rakyat biasa yang hadir selain dari kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan serta ketua kampong dan ahli jawatankuasa kampong-kampong. Mungkin memang demikian perancangannya yang tidak inginkan penglibatan orang kampong dalam program ini, namun saya merasa bahawa sudah tentu lebih banyak permasalahan akan terbongkar sekiranya semua rakyat dijemput hadir.

Antara beberapa isu yang disuarakan adalah; permohonan tanah yang sudah hampir mencapai 20 tahun namun masih belum menerima jawapan dari pihak berkenaan, mungkin ini siu terpinggir, namun jawapan kehilangan file di pejabat berkenaan adalah sangat mengecewakan. Selain itu, isu pengagihan saham felcra yang tidak mencapai sasaran sebenar dimana mereka yang sepatutnya menerimanya  atas alasan tehap ekonomi yang rendah gagal sedangkan yang berjaya adalah dari kalangan penjawat awam yang nyata ekonominya lebih tingga. Selain itu ada juga yang suami-isteri yang kedua-duanya menerima sekaligus.

Isu felcra adalah isu yang menjadi besar dan mendominasikan politik sekitar Jerantut. Kegagalan kerajaan menangani isu berkenaan akan memberikan besar kepada PRU akan datang. Laman-laman blog di Jerantut juga sudah memainkan isu berkenaan sejak lama dulu. Justeru, pihak kerajaan harus menyelesaikannya secapat mungkin bagi menghadapi PRU13 nanti. Sayugia diingat, bahawa DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar telah pernah jatuh kepada pembangkang, kegagalan menangani isu ini akan mampu dimanapulasikan oleh pembangkang untuk mengalihkan undi menyokongh pihak mereka.

Kerajaan harus lebih serius menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Penjawat awam juga harus membersihkan diri mereka bagi membantu memantapkan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Jika gagal tidak mustahil ada sebilangan rakyat yang masih akan mengundi protes dan akan mengagalkan parti pemerintah menguasai 2/3 kerusi bagi membentuk kerajaan yang kukuh.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.Rakyat disekitar kampung Merting memang dah bengang tahap gaban pada YB Dun Tahan.Seboknya felcra di kampung merting tu cuma 3 org aje org merting yang dapat.Apa jadi lagu ni?ramai kakitangan kerajaan pulak yang dapat saham tersebut peliklah cara pemilihan ni.Pemilih buta mata dan hati ke?

Anonymous said...

salahguna kuasa dan korup penjawat awam memberi impak besar kepada kerajaan pemerintah, dan rakyat akan menghukum kerajaan dengan membuat undi protes jika keadaan tidak diperbaiki

musa petai said...

cuba awak siasat juga berkenaan dengan pemajak resthouse yang disokong menyambung pajakannya oleh orang politik sedangkan dia gagal membuat bayaran sesen pun kepada majlis daerah. memang orang politik menjahanamkan rakyat demi kroni mereka.

Anonymous said...

Mohlah kita pakat undi pembangkang pulok lah.Undi kerajaan pun kita bukan dapat menda menda jugek pun,Yang dapat hanya kroni kroni org politik aje. kita habuk pun tarok

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...