08 March, 2011

PERTENTANGAN UMNO DENGAN PAS, SIAPA YANG MERAIH UNTUNG ?

Pas lebih gembira Pulau Pinang diperintah oleh DAP dari UMNO,
begitulah sikap golongan yang bersekongkol dengan syaitan yang direjam



Saya masih ingat sewaktu saya di Lebis ketika PRK Tenang yang lalu disaat bangsa Melayu riuh rendah berkempen bahkan sesetengah kempennya berlaku dalam suasana tegang, kaum Cina masih tenang dan berdiam diri. Bahkan mereka sungguh pandai menyimpan rahsia hati mereka dengan tidak mengibarkan sebarang bendera di premis-premis kedaiman mereka.

Sesekali, terutama diawal pagi kelihatan ahli DAP bergerak disekitar pekan lama Labis untuk merayu undi. Saya tertanya-tanya dimana kaum Cina yang mewakili MCA berada ketika itu? Hanya satu dua hari diakhir kempen baru ada beberapa puluh orang Cina MCA yang berarak dijalan utama untuk menunjukkan kununnya sokongan mereka kepada BN. Pada hari pengiraan undi kita dapati undi Cina masih bukan kepada BN.

Demikian juga apa yang berlaku di DUN Kerdau, walaupun jumlahnya sedikit namun mereka masih keras hati untuk kembali memberika undi kepada BN, kenapa?etika kita sudah menerima kembali sokongan Bangsa Melayu dan India, mereka masih berdegil dan keras kepala.

Kita faham bahawa sokongan mereka kepada Pas bukanlah sebenarnya ikhlas, dan kita pasti pas juga menyedari itu. Matlamat mereka hanyalah ingin memecahkan undi Melayu supaya kekuatan Melayu akan berkurangann  dan mereka akan menguasai bangsa melayu ini kelak. Mereka sudah kuasai ekonomi dan dengan kuasa itu mereka akan kuasai pula politik.

Perak, jika bukan perlembagaan negeri tidak membenarkan bukan bangsa Melayu menjadi MB sudah tentu mereka akan menjadikannya Singapura ketiga selepas Pulau Pinang. Begitu pun untuk seketika mereka sudahpun menguasai Perak dengan proksinya, Nizar 'haram syarie'. Mujur ada dari kalangan ADUN Melayu yang sedar dan berpaling tadah.

Sudah tentu Pas sedar bahawa itu semua adalah agenda besar bangsa CinaChauninis yang ingin menguasai kita. Kerana itu jugalah kita tidak melihat kekuatan MCA lagi kerana mereka sudah ada bersama-sama DAP. Untuk mengagalkan agenda mereka itu kita harus kuat.  Agenda Melayu harus dipertahankan dan ketuanan Melayu harus dikekalkan. Melayu mesti bersatu, namun Pas adalah duri dalam daging kita selama ini. Mereka lebih rela bersahabat dengan DAP dari menerima UMNO. Bahkan Mursyidul Am nya pernah melafazkan lebih rela bersahabat dengan syaitan demi menghancurkan UMNO.

Begitulah busuknya hati Melayu terhadap sesama Melayu. Mereka itulah pengkhianat bangsa yang sebenar. Musuh utama bangsa Melayu adalah Melayu sendiri. Musuh utama bangsa Melayu adalah Melayu sendiri. Musuh utama bangsa Melayu adalah Melayu sendiri. Jangan lagi kita bermimpi untuk mendapat kembali Pulau Pinang. Pengkhianat bangsa melayu adalah Anu arr. Pengkhianat  bangsa Melayu adalah Nik Aziz. 

Nik Aziz pun tidak berbangga menjadi Melayu, dalam masa sama beliau juga menghina kaum Asli dengan memanggil mereka 'jakun'. Politik kita sebenarnya telah merosakkan bangsa. Orang Melayu berjuang untuk kesamaan hak bagi bangsa-bangsa lain, dalam masa sama orang Cina perjuangkan untuk mendapat lebih hak untuk kaum mereka. Siapa yang bodoh diantara kita?


Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sikap degil dan mencabar mereka sehingga wajar dipertimbangkan sebagai bersifat ‘Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia’. Kedegilan dan kecenderungan melakukan provokasi, walaupun di’kaburi’ sebagai “Resolusi dari sebarang program diskusi intelektual dan ilmiah” sebenarnya tidak melenyapkan niat asas dan objektif yang ingin dicapai.

Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 pada 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda maka tidak perlu ianya dibincangkan samada secara intelektual atau terbuka (dalam bentuk referenduma tau sebagainya), namun ada yang masih lagi berdegil.

Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan “Suqiu” 1999. Ianya dikatakan akan dikemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.

Antara sebahagian dari 17 tuntutan Suqiu yang dimajukan oleh 2,093 NGO Cina ialah kesama rataan ugama, menghapuskan taraf ‘Bumiputra’, menghapuskan sistem ‘kuota’, kesama rataan peluang perniagaan semua peringkat, mengkaji dan memansuhkan Akta Pelajaran 1996 iaitu membenarkan sekolah dilaksanakan dengan bahasa ibunda masing masing dan menolak ‘Sekolah Wawasan’.





No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...