Tokoh politik sering mengajak rakyat bersama mereka dalam apa juga keadaan sebagai tanda bahawa mereka mendapat sokongan dari rakyat. Apabila ada bantahan terhadap kerajaan pemimpin politik akan libatkan rakyat dalam demonstrasi-demonstrasi bagi menuntut kerajaan akur kepada mereka dengan alasan bahawa rakyat bersama mereka. Demikian juga baru-baru ini apabila rakyat Mesir berjaya menjatuhkan kerajaannya, maka pemimpin pembangkang mengajak rakyat melakukan sesuatu seperti itu kununnya demi kebaikan rakyat.
Dalam hal video lucah yang kununnya melibatkan Anu ar, para pengamal media diajak menontonnya dengan tujuan menentukan apakah tertuduh adalah benar-benar terlibat dalam video berkenaan. Kenapa rakyat tidak diajak bersama-sama untuk menentukan kesahihannya? Kenapa tidak kedua-dua pihak membuat persetujuan supaya diadakan tayangan perdana percuma kepada seluruh rakuay jelata supaya mereka akan dapat menentukan dan memutuskan apakah tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan seks berkenaan berdasarkan pengkihatan mereka.
Benarkan juga rakyat mengundi melalui sms bagi menentukan apakah tertuduh dipercayai bersalah atau sebaliknya? Bukankah lebih baik rakyat diajak bersama dalam hal seperti ini juga? Saya pasti tentu ramai ahli-ahli PKR sendiri akan berminat untuk menonton video berkenaan.
No comments:
Post a Comment