Suara Anak Pahang - Perlu Baca

16 March, 2011

NIK AZIZ PEMIMPIN PARTI JAHILIAH

Pemimpin jahiliah tertidur menunggu 'wahyu'


 Apabila Pas tewas dalam PRK DUN Kerdau dan Merlimau, Nik Aziz antara llain dipetik sebagai berkata bahawa dia tidak halal dengan kemenangan BN pada kedua-dua PRK tersebut, kononnya BN telah menggunakan taktik kotor. Memanglah ia satu kenyataan yang sangat keterlaluan, namun apabila ia keluar dari mulut Nik Aziz, ianya bukanlah sesuatu yang pelik.

Ketika UMNO kalah di Kelantan 20 tahun lalu, kalah di Terengganu pada PRU 1999 serta beberapa PRK sebelum ini, kita tidak pernah pun melemparkan apa-apa pandangan yang menunjukkan rasa tidak puas hati selain akur dengan kehendak rakyat. Kita menerima kekalahan dengan penuh redha, sebagai sesuatu yang akhirnya boleh membantu parti menilai segala usaha dan gerak kerja parti untuk rakyat selama ini.
Namun bagi Pas, setiap kali mereka kalah dalam PRU atau PRK, mereka akan menuduh BN dengan berbagai-bagai tuduhan, samaada menipu, rasuah, penyelewengan, pilihan raya paling kotorlah atau apa sahaja yang tergamak mereka katakan sebagai tanda penerimaan mereka terhadap keputusan rakyat.
Mereka akan menuduh, menfitnah BN apabila mereka kalah, tetapi di kerusi atau kawasan yang mereka menang, tiada pula kedengaran tuduhan sedemikian. Inilah tafsiran songsang pembangkang mengenai kalah dan menang dalam setiap pilihan raya. Kejayaan BN akhir-akhir ini adalah petanda penerimaan rakyat terhadap kerajaan yang selama ini telah bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara.
Rakyat sudah bijak untuk menilai kenyataan Nik Aziz. Apakah Nik Aziz merasakan bahawa partinya mesti menang setiap pilihanraya? Apakah rakyat mesti memilih Pas? Jika tidak rakyat akan dituduh sebagai Jahiliah? Apakah Pas ini parti Allah? Apakah jika tidak mengundi pas maka rakyat Malaysia ini berdosa kepada Allah? Pas tidak berhak menyatakan bahawa mengundi pas akan masuk syurga kerana jika demikian sudah tentulah syurga itu sedemikian kecil dan bukan untuk umat Islam dari negara-negara Arab kerana mereka tidak ada parti Pas dan tidak mengundi Pas sama sekali.

Rakyatkah yang jahiliah atau pemimpin Pas kah yang jahiliah? Yang nyata, amalan menuduh orang lain selain dari golongan mereka, termasuk orang yang tidak menyertai mereka dan tidak mengundi mereka sebagai jahiliah adalah ciri-ciri masyarakat jahiliah, kerana tidak dapat melihat dunia secara rasional. Malahan mereka diantara orang-orang yang menyangkal kehendak Allah dalam menentukan takdir.

2 comments:

anak sufi said...

mohon linkkan blog saya di blog tuan. t.kasih. bersama kita membangun bersama UMNO dan BN demi agama, bangsa dan negara.

bRAVEhEART said...

salam,
blog tuan, anak sufi sudah dilinkkan sejak lama dulu, sila lihat dilink blogger pembela ~ bh

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...